Produk Shaklee Untuk Kesihatan Lelaki

Wednesday, January 11, 2017
Masa aina cod vitamin baru-baru ni, customer tanya boleh ke orang laki makan vitamin Shaklee ni? Of course boleh! Semua orang, tak kire lelaki dan perenpuan memang perlukan vitamin supaya tahap kesihatan kita tip top. Tapi yela, prob lelaki ni susah nak suruh telan vitamin kan? Nak-nak lagi kalau suruh telan macam-macam jenis vitamin. Idoknye la dia nak telan kan? Jadi aina nak kongsikan 4 jenis vitamin yang orang lelaki boleh ambil untuk memelihara tahap kesihatan mereka.

Sebelum tu, jom tengok artikel ni.

 

Macam yang dinyatakan dalam artikel ni, sekuat dan sehebat mana pun orang lelaki, mereka juga manusia yang tak lari dari penuaan, penyakit, kurang stamina dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Jadi, mereka juga memerlukan penjagaan kesihatan yang sama sahaja dengan wanita.

Ini set kesihatan lelaki aina cadangkan ambil lah Zinc ComplexOmegaGuard, Vita-E Complex, Vivix dan CoqHealth.


Apa manfaatnya buat mereka?

Zinc Complex

Zinc (Zinc Complexmerupakan salah satu mineral terpenting untuk lelaki dan ianya banyak mempengaruhi KESUBURAN lelaki. Bagaimana ?

  1. Meningkatkan kualiti sperma. Pengambilan zinc yang mencukupi mampu meningkatkan kiraan sperma, kualiti sperma dan morfologi sperma sekaligus meningkatkan kesuburan lelaki secara keseluruhan.
  2. Meningkatkan kesihatan prostat. Menurut kajian, kandungan zinc dalam tisu prostat adalah lebih tinggi berbanding kandungan zinc dalam tisu lembut yang lain. Orang yang mempunyai tahap zinc yang rendah dalam tisu prostat cenderung dan berisiko tinggi untuk mendapat kanser prostat. Jadi, pengambilan zinc yang mencukupi amat penting untuk memastikan kesihatan prostat.
  3. Memelihara tahap testosterone. Satu kajian telah dilakukan terhadap lelaki berusia 20 hingga 80 tahun. Tahap testosterone dalam setiap subjek diambil sebelum dan selepas pengambilan supplement zinc. Hasil kajian menunjukkan paras testosterone di kalangan lelaki muda yang kekurangan zinc mengalami penurunan testosterone level. Manakala bagi golongan lelaki yang lebih berusia yang telah diberikan supplement zinc telah menunjukkan peningkatan level testosterone.
OmegaGuard

OmegaGuard atau minyak ikan mempunyai banyak manfaat khusus terhadap lelaki, antaranya:

  1.  Memelihara kesihatan jantung dan kardiovaskualar. OmegaGuard  mengurangkan keradangan diseluruh tubuh yang biasanya berlaku disekitar salur darah dan jantung. Menurut kajian, pengambilan 2 atau 3 hidangan omega-3 setiap minggu mampu mengurangkan risiko sakit jantung sebanyak 1/3.
  2. Menurunkan paras trigliserida. Pengambilan omega-3 yang konsisten mampu menurunkan paras trigliserida sebanyak 20-50%. Selain itu ia juga mampu meningkatkan kolesterol baik (HDL) yang membantu memelihara kesihatan jantung
  3. Meningkatkan kesihatan mental. Menurut kajian, lelaki sebenarnya lebih ramai mengalami tekanan perasaan berbanding wanita! Yela, lelaki kan ketua keluarga. Macam-macam tanggungjawab nak kena pikul. Dan cara lelaki menangani depresi adalah berbeza dengan wnaita. Apabila lelaki bersedih, mereka lebih banyak pendam dan akhirnya menyebabkan depresi. Situasi tersebut akan menyebabkan paras DHA dan EPA menjadi rendah dan ini boleh menggangu fungsi otak. Disinilah OmegaGuard memainkan peranan. Pengambilan OmegaGuard bersama ubat anti depresi mampu membantu kesihatan pesakit ini.
Vita-E Complex

Vita-E Complex membekal 400IU dalam setiap kapsul untuk kesihatan lelaki. Antara manfaat Vitamin E untuk lelaki:

  1. Meningkatkan kesihatan jantung. Pengambilan vitamin E secara berterusan mampu meningkatkan kesihatan jantung, pengaliran darah yang lebih baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. Mengurangkan radikal bebas. Kaum lelaki suka bersenam kan? Ianya bagus untuk kesihatan tetapi pada masa yang sama meningkatkan kehadiran radikal bebas. Apabila kita bersenam, badan melepaskan produk sampingan yang bertoksik hasil daripada metabolisma tubuh. Radikal bebas ini boleh menyerang dan merosakkan sel. Jadi, pengambilan vitamin E adalah sangat penting dalam menyingkirkan kesemua radikal bebas ini.
  3. Meningkatkan kesuburan lelaki. Selenium (antara kandungan dalam Vitamin E Complex) adalah salah satu elemen penting untuk perkembangan testicular, diperlukan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan spermatozoa) dan fungsi dan pergerakan sperma.
Vivix
  1.  Melindungi daripada prostate cancer. Terdapat kajian menunjukkan resveratrol mampu menghalang kanser  pada semua tahap (daripada mula sampai akhir).
  2. Meningkatkan paras testosterone. Satu kajian telah menunjukkan resverateol telah memberi impak pisitif tehadap kesuburan dan sistem reproduktif lelaki. Satu kajian terhadap haiwan telah menunjukkan peningkatan tahap testosterone bagi kumpulan yang diberi supplement resveratrol. Testosterone dalam lelaki penting untuk menguatkan tulang, tingkatkan mass otot dan memberi rupa kelakiam sejati.
CoqHealth

  1. CoQ10 bertindak sebagai pemangkin tenaga yang dihasilkan oleh jantung dengan meningkatkan penghasilan sperma dan mortaliti. Ia juga memelihara kesihatan prostat. 
Jom tengok bagaimana en. Suami ni yang pada awalnya taknak makan supplement tapi akhirnya...

Lelaki Kuat Sukan Liat Nak Amalkan Vitamin Sampai Dah Nak Lumpuh? from iReach HD on Vimeo.

Seronok kan bila tengok suami kita sihat? Suami adalah ketua keluarga dan pencari nafkah keluarga yang utama. Jadi sebab itu pentingnya untuk menjaga kesihatan daripada skearang. Risiko lelaki untuk kena serangan jantung, strok, gout, kencing manis tinggi di kalangan lelaki berbanding wanita tau! Once ketua keluarga sakit, satu keluarga akan terasa kesannya. Jadi, jagalah kesihatan daripada sekarang supaya kita dapat elak daripada mendapat penyakit-penyakit kronik.

Macam mana nak beli vitamin-vitamin terbaik dunia ni? Haa..boleh pm aina melalui no tel yang tertera di bawah atau boleh beri directly di website shaklee dengan klik ga,bar buy now. Setiap pembelian daripada aina akan mendapat free consultation sepanjang hayat tau! Jadi,jangan tunggu lama-lama. Jom la sama-sama kita hidup dengan gaya lebih sihat.

 
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.