• Tempah Set Shaklee Anda Sekarang

    Saya pengedar sah Shaklee area Kuantan. Bagi nasihat nutrisi Shaklee, info dan pembelian boleh hubungi saya di 013-9695362 (PM / whatsup / LINE)

  • Shaklee

    ALways Safe, Always ALways Work, Always Green

  • Produk Shaklee

    Shaklee mempunyai pelbagai produk penjagaan kesihatan yang meliputi pelbagai peringkat umur.PM saya di talian 013-9695362 untuk dapatkannya sekarang

Sunday, March 26, 2017

Perlukah Ambil Vitamin Setelah Dah Makan Sayur dan Buah?

Posted by aina amin On Sunday, March 26, 2017 | 2 comments
"Saya tak ambil vitamin dah sebab saya makan sayur dan buah". "Perlu ke ambil vitamin? Semua tu boleh dapat daripada pemakanan kita". Aina selalu dapat komen-komen macam ni. Korang pernah terfikir macam ni tak? Meh baca post aina sampai habis lepas tu nilai lah perlu ke tak vitamin ni sebenarnya.
Perlukah Ambil Vitamin Setelah Dah Makan Sayur dan Buah
Ni sarapan pagi ammar. Nasi goreng penuh dengan carrot dan broccoli. Alhamdulillah dia suka sangat dan berjaya habiskan semangkuk nasi goreng.
Perlukah Ambil Vitamin Setelah Dah Makan Sayur dan Buah
Tapi walaupun ammar makan sayur dan buah, aina tetap berikan vitamin pada ammar. Bagi aina, pengambilan vitamin bukan alasan untuk tak bagi anak makan sayur dan buah langsung. 

Fungsi vitamin sebenarnya untuk melengkapkan nutrisi-nutrisi yang tak cukup melalui pemakanan kita. Bayangkan broccoli dan carrot tadi. Aina masak bersama nasi goreng. Bila kena haba, berapa banyak agaknya nutrien yang musnah? Jadi itulah fungsi vitamin, kita lengkapkan nutrisi harian. Bukan sebagai replacement makanan kita.
Perlukah Ambil Vitamin Setelah Dah Makan Sayur dan Buah?

Contoh mudah aina ambil ayam. Semua orang suka ayam kan? Tapi korang perasan tak banyak ayam sekarang size jumbo! Padahal kalau balik kampung ayam cekeding je. Takde la nak tahap obese.

Dulu pernah terjadi pada aina dan suami sendiri. Al-kisah aina beli ayam dan penjual ayam cakap arini ayam semua besar-besar. Takde yang kecil. Jadi aina pilih ayam paling 'kecil' dikalangan ayam-ayam besar tu dan malamnya aina masak ayam halia.

Nak jadikan cerita, lepas aina dan suami habis makan malam, 5 minit lepas tu, muka aina naik gatal, bersin tak berhenti, muka dah mula rasa bengkak. Ya Allah rasa seksanya. Dan bukan aina je, suami pun alami simptom yang sama. Dan kami buat keputusan untuk ke klinik dan doktor sendiri terkejut tengok kami suami isteri muka bengkak dan aina pula bersin tak berhenti.

Last-last masing-masing dapat suntikan daripada doktor untuk hentikan allergy reaction tu. Dan aina syukur sangat sebab malam tu ammar buat hal taknak makan nasi. Jadi dia tak makan ayam tu. Dia makan roti je. Allah lindungi Ammar. Jadi ammar takde apa-apa.

Hakikat sebenarnya hampir semua ayam daging yang kita makan ni disuntik hormon supaya cepat besar dan berat pun lebih besar daripada dulu. Selain itu, mereka juga disuntik dengan antibiotik supaya tidak mudah jatuh sakit. Banyak cara kan yang penternak buat untuk untung? Tapi yela, kalau tak buat macam ni, lambat la ayam nak membesar dan lambat la mereka dapat keuntungan. Jadi berhati-hati bila nak beli ayam. Boleh bayangkan berapa banyak bahan kimia masuk dalam badan?

Walaupun kita cukup bersenam sekalipun, kita masih perlukan vitamin sebagai pelindung (tingkatkan imunisasi badan) lawan macam-macam penyakit. Itulah fungsi utama nutriferon/

Kita dah cukup makanan seimbang pun perlukan vitamin untuk kita detoks macam-macam benda tak elok yang kita terpaksa telan selama ni. Sebab tu shaklee juga ada tawarkan DTX dan juga set detoks.

Hari-hari makan sayur dan buah tetapi masalahnya buah dan sayur sekarang tak seperti dulu. Semakin kurang nutrisi dan vitamin. Jadi sebab tu Shaklee ada vitamin A-Z, dan segala jenis mineral yang diperlukan oleh badan.
Perlukah Ambil Vitamin Setelah Dah Makan Sayur dan Buah?


Dan landmark study yang dijalankan oleh Dr. Gladys Block menunjukkan mereka yang mengambil vitamin Shaklee dalam jangka masa panjang menunjukkan tahap kesihatan jauh lebih baik daripada mereka yang tidak ambil apa-apa supplement atau yang mengambil supplement brand lain.
Perlukah Ambil Vitamin Setelah Dah Makan Sayur dan Buah
Dan lebih memeranjatkan, hasil kajian menunjukkan subjek yang mengambil vitamin brand lain mempunyai tahap kesihatan lebih teruk berbanding mereka yang tidak ambil apa-apa supplement. 

Patut la ada doktor yang against dengan pengambilan supplement. Sebabkan ada yang beri kesan buruk dalam jangka masa panjang.

Jadi sebab tu kami sekeluarga pilih shaklee. Tak berani nak ambil sebarangan supplement yang kita tak tahu kesan jangka masa panjang dia macam mana. Sebab penyakit-penyakit kronik terjadi bukan masa sehari dua. Tapi bertahun-tahun sebelum menunjukkan simptom-simptom nya.

Jadi kalau nak ambil supplement pastikan ia berasaskan sumber semulajadi (bukan sintetik), selamat diambil dalam jangka masa panjang (terbukti melalui landmark study, bukan omong2 kosong syok sendiri) dan yang paling penting berkesan.

Dan shaklee ada 3 elements penting tu. Jadi buat apa susah-susah cari vitamin lain. Shaklee kan hado.
Perlukah Ambil Vitamin Setelah Dah Makan Sayur dan Buah

Pendek kata, vitamin bukan lagi pilihan. Kita semua, keluarga kita dan orang lain pun sangat-sangat perlukan vitamin. Tambahan pula, kita dah tak hidup zaman atok/nenek kita yang bebas bahan kimia bahaya dan juga pencemaran. Kita sekarang di zaman pengilang, petani & penternak yang sanggup buat apa saja asalkan mereka dapat keuntungan yang tinggi. 

Tak tahu nak beli mana? Boleh roger aina ye. Bukan setakat beli vitamin gitu je,siap dengan consultation sekali aina bagi. Dan paling best, sambil makan untuk sihat, boleh juga jana pendapatan sekali. Dah terbukti ramai yang berjaya dapat pendapatan sampingan sehingga 4-5 angka! Bonus shaklee sahaja 10 kali ganda lebih banyak daripada gaji kerja hakiki. Semuanya dilakukan daripada rumah sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh pm aina k. Bersama-sama kita sihat dan kaya dunia dan akhirat.


FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Friday, March 24, 2017

9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan Para Ibu Wajib Tahu

Posted by aina amin On Friday, March 24, 2017 | 1 comment
Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Sebab ramai yang bercita-cita ingin susukan anak masing-masing sekurang-kurangnya 2 tahun. Kerana kita tahu khasiat susu ibu yang tiada bandingan. Even susu paling mahal pun tak boleh lawan susu ibu. Tetapi tempoh penyusuan bukanlah satu perjalanan yang mudah. Ada ups dan down nya. Dan kadang-kadang akan berlaku susu badan semakin berkurangan. Kenapa?

9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan susu badan semakin berkurangan. Jom kita tengok satu-satu. Apabila kita tahu punca, mudah untuk kita selesaikan masalah.

1) Tidak Mendapat Rehat Yang Secukupnya: 
Bersalin, berpantang dan menyusukan anak boleh membuatkan badan seorang ibu rasa penat sangat. Kepenatan yang melampau boleh menganggu proses penyusuan. Salah satu masalah biasa yang boleh sebabkan susu berkurangan. Beberapa minggu pertama selepas bersalin memang akan rasa penat yang amat. Jadi sangat penting untuk ibu untuk dapatkan rehat secukupnya.

2) Tidak Menjaga Kesihatan:
Bila badan jatuh sakit atau berlaku jangkitan kuman, badan akan hasilkan kurang susu. Jika sebabkan demam atau apa-apa masalah kesihatan, dapatkan khidmat nasihat pegawai perubatan. Masalah thyroid dan anemia juga boleh menganggu dengan penghasilan susu badan.

3) Pengambilan Kafein Yang Terlampau Banyak:

9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu
Pengambilan kafein seperti kopi, teh dan coklat dalam kuantiti yang sederhana tidak menjadi masalah. Tetapi bila diambil dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan berlakunya dehidrasi dalam badan dan mengurangkan penghasilan susu badan. Terlampau banyak kafein juga boleh memberi kesan kepada bayi kerana terdapat kajian menunjukkan bayi boleh menerima kafein melalui susu badan. Ini akan memberi kesan kepada masalah tidur bayi.

4) Pengambilan Ubat:
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memberi kesan kepada penghasilan susu badan. Antihistamine, decongestants dan diuretics semua memberi kesan negatif kepada produksi susu badan. Jadi, inform doktor yang merawat kita yang kita sedang susukan anak supaya doktor dapat prescribe ubat yang sesuai.

5) Terlalu Tertekan:

9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu
Tertekan secara fizikal, emosi dan psychological boleh memberi kesan kepada pengahsilan susu badan. Kajian menunjukkan tekanan boleh menyebabkan penghasilan hormon oxytocin berkurangan. Hormon oxytocin adalah hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan susu badan.

6) Pengambilan Pil Perancang:
9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu
Jika anda sedang mengambil pil perancang, ia boleh jadi punca berlakunya susu badan semakin berkurangan. Sesetengah pil perancang mengandungi estrogen, sejenis hormon yang akan menyebabkan produksi susu badan berkurangan. Boleh rancang dengan doktor untuk menggunakan pil perancang yang mengandungi progestrone sahaja.

7) Hamil Lagi:
Jika anda hamil, hormon kehamilan boleh menyebabkan penghasilan susu badan terganggu. 

8) Kekurangan Minum Air Kosong:
9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu
Untuk hasilkan susu badan, ia perlukan air yang mencukupi. Jadikan pastikan sentiasa cukupkan keperluan air dan elakkan badan dehidrasi.


9) Pengambilan Diet Yang Tidak Seimbang:
Pengambilan diet yang seimbang terbukti memberi kesan kepada susu badan. Pemakanan yang seimbang dan sihat dapat membantu badan menjadi lebih bertenaga dan sihat. Jadi lebih mudah untuk badan kita hasilkan susu badan.


Selain lakukan petua-petua untuk banyakkan susu badan, aina cadangkan ambil juga supplement untuk membantu tingkatkan susu badan. Antara supplement shaklee yang sangat membantu untuk tingkatkan jumlah susu badan ialah ESP, Alfalfa, ostematrix. 3 ini adalah supplement wajib aina ambil waktu aina susukan ammar dulu. Sangat membantu kerana aina juga pernah alami masalah susu merundum semasa dalam tempoh penyusuan. Dan alhamdulillah aina berjaya susukan ammar sehingga 2 tahun.

9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu


Apa kata mereka yang telah amalkan Shaklee waktu tempoh penyusuan?

9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu

9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu

9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu

9 Punca Susu Badan Semakin Berkurangan para ibu wajib tahu

Untuk menjayakan tempoh penyusuan sehingga 2 tahun ni yang paling penting perlunya ilmu dan kesabaran. Tak boleh mudah putus asa dan terus berikan susu formula dengan alasan tiada susu. Kerana sekali dah berikan susu formula, demand susu badan semakin berkurangan dan akhirnya badan terus tak hasilkan susu dah kerana tiada demand.

Jadi bagi mereka yang tercari-cari set menyusu untuk bantu sepanjang tempoh penyusuan, boleh roger aina. Aina akan kongsikan macam-macam tips sepanjang tempoh penyusuan. Bersama-sama kita semua rasa nikmatnya dapat susukan anak sehinga 2 tahun.

 
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.




Wednesday, March 22, 2017

Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga

Posted by aina amin On Wednesday, March 22, 2017 | No comments
Setiap ibu pasti nak susukan anak masing-masing sekurang-kurangnya sehingga cukup 2 tahun. Kebaikan susu ibu memang tak boleh disangkal lagi la. Tetapi perjalanan untuk susukan anak selama 2 tahun bukannnya mudah. Sebab itu aina dulu sangat memerlukan vitamin untuk bantu aina banyakkan susu dan bagi badan lebih bertenaga. Dan yang paling penting, berat badan pun turun tau!
Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga

Jadi saranan aina, bagi ibu-ibu kat luar sana yang berhasrat nak susukan anak sehingga cukup 2 tahun, ambil la vitamin yang dapat membantu kita sepanjang proses tu. Pentingnya vitamin ini untuk topup semua nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Bila badan cukup keperluan nutrisi, badan akan rasa lebih bertenaga dan kurang penat. Bila kurang penat, kurang stress dan secara langsung susu pun senang untuk dihasilkan.

Ingat kan sebelum ni aina pernah cerita antara faktor yang boleh buat susu drop adalah disebabkan oleh stress? Jom tengok vitamin apa yang dapat membantu ibu menyusu.


VITAMIN IBU MENYUSU

1) Alfalfa


Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga
Alfalfa complex dianggap sebagai jamu moden keluaran Shaklee. Alfalfa tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi dan telah digunakan lebih daripada 2500 tahun tau. Ia kaya dengan protin, asid amin, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Alfalfa ni bertindak sebagai milkbooster tau. Jadi kalau ada masalah susu kurang, alfalfa adalah pilihan terbaik untuk bantu banyakkan susu badan.

2) Energizing Soy Protein (ESP)

Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga

Untuk hasilkan susu, badan perlukan amino acid daripada protein. Jadi ESP mampu bekalkan lengkap 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Melalui pengalaman aina, memang beza bila minum ESP dan tak minum. Bila minum, lepas pam, susu akan nampak lebih pekat berbanding kalau aina tak minum ESP susu akan kelihatan lebih cair.

Dan yang paling best, ESP sangat bantu aina untuk kawal makan. Kalau minum pagi, akan rasa kenyang sampai tengahari. Takda rasa nak makan snek-snek ringan ke. Ini disebabkan oleh ESP mempunyai glycemix index yang rendah. Maksudnya kadar pertukaran karbohidrat kepada gula (sumber tenaga) lebih perlahan. Sebab tu mampu kenyang lama. 


3) Ostematrix


Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga

Ostematrix antara supplement wajib aina. Setiap ibu hamil dan menyusu perlukan kalsium lebih daripada orang biasa. Ini disebabkan oleh, kalsium banyak digunakan dalam penghasilan susu. Pernah tak rasa sakit gigi, sakit belakang, rambut gugur sepanjang susukan anak? Tu salah satu tanda kekurangan kalsium.

Dan statistik wanita kena osteoporosis tinggi tau! Salah satu sebab tidak cukupkan keperluan kalsium harian. Nak ke bila dah tua nanti jatuh sikit, tulang punggung patah, tangan patah, lutut sakit? Mesti taknak kan? Jadi cukupkan keperluan kalsium harian bermula daripada hari ini k.

4) Vitalea

Vitalea mempunyai 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Bila menyusukan anak, badan akan rasa letih sebabkan banyak kalori digunakan. Jadi multivitamin pertama dunia ni dapat topup balik semua nutrien yang kita tak dapat melalui makanan kita.

Yang bestnya vitalea ni, ia disaluti dengan spirulina. Fungsinya supaya ia larut dalam tubuh dengan cepat. Vitalea ini juga sangat bagus untuk penambah tenaga yang segera.

5) Omega Guard

Omega guard mempunyai kandungan omega-3 (DHA dan EPA) yang tinggi. Kita tahu DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi kan? Sebab itu aina selalu galakkan ibu menyusu untuk ambil omega guard sepanjang tempoh penyusuan.

Kajian menunjukkan jika ibu menyusu mengambil omega-3, bayi akan mendapat omega-3 melalui susu ibu. Selain daripada bagus untuk perkembangan otak bayi, omega guard juga adalah pilihan terbaik bagi ibu yang nak kurangkan berat badan tau. Sebab omega guard sangat efektif dalam bakar lemak dalam badan.

Jom kita tengok pula apa kata mereka yang amalkan vitamin Shaklee sepanjang tempoh penyusuan mereka:

Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga


Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga

Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga

Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga

Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga

Best kan? Ramai yang sebelum ni tak berjaya susukan anak, lepas anak kedua dan ketiga, alhamdulillah berjaya susukan sepenuhnya dengan bantuan vitamin Shaklee dan sudah semestinya dengan izin Allah juga. Kita sebagai ibu, pastikan nakkan yang terbaik untuk anak kita kan? Jadi ikhtiar la sehabis mungkin. Akan rasa kenikmatan yang tak dapat diungkap bila dapat susukan anak kita selama 2 tahun.

Aina sendiri susukan ammar cukup 2 tahun. Dan nak tahu? Sebelum pregnant berat aina 52kg. Sebelum bersalin 63kg. Lepas bersalin dan sepanjang tempoh susukan ammar berat aina 45kg je! Berat zaman anak dara.

Jadi bagi mereka yang tercari-cari set menyusu untuk bantu sepanjang tempoh penyusuan, boleh roger aina. Aina akan kongsikan macam-macam tips sepanjang tempoh penyusuan. Bersama-sama kita semua rasa nikmatnya dapat susukan anak sehinga 2 tahun.

 
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.


Monday, March 20, 2017

Tips Banyakkan Susu Badan Sehingga Stok Susu Penuh Freezer!

Posted by aina amin On Monday, March 20, 2017 | No comments
Proses penyusuan nampak mudah tapi sebenarnya sukar. Kalau dulu aina ada persepsi 'Ala, apa yang susah sangat? Hulur jela kat baby, nanti dia hisap, ada la susu'. Sempit kat fikiran aina waktu tu? Sampaikan waktu hamil tak ambil port sangat tau ilmu penyususan. Akibatnya, first week memang aina struggle sangat-sangat untuk banyakkan susu badan. 

Tips Banyakkan Susu Badan Sehingga Stok Susu Penuh Freezer!

Kesilapan yang aina dulu aina memang tak gali betul-betul ilmu penyusuan sebelum bersalin. Hasilnya, seminngu pertama susu macam nak tak nak keluar. Bila buat kaedah marmet sekalipun, setitik dua je dapat. Kalau dapat satu sudu memang rasa bahagia sungguh. Dan bertambah stress bila ammar disahkan jaundice sehingga kena warded. Lagi la aina kena supply lebih banyak susu untuk bagi bacaan bilirubin ammar cepat turun. 

Jadi bermula daripada situ aina dan suami mula gali ilmu penyusuan. Sebab dah niat nak susukan ammar secara eksklusif selama 2 tahun. Encik google menjadi rujukan utama. Dan alhamdulillah, lama-lama susu semakin banyak. Dan siap boleh buat stok penuh 3 freezer tau! Ok, ni antara benda yang aina buat dalam usaha nak banyakkan susu.

1) Pastikan bayi menyusu dengan betul

Masa awal-awal dulu ammar ada masalah latching. Aina pun tak tahu posisi yang betul dan cara betul nak susukan ammar. Hasilnya cara hisap salah menyebabkan luka. Memang pedih. Jadi cara terbaik untuk bayi menyusu ialah, mulut bayi penuhi kawasan areolar payudara ibu. Dengan cara ini, bayi bukan sahaja dapat hisap dengan betul malah ibu pun tak merana sakit.

Tips Banyakkan Susu Badan Supaya Stok Susu Cukup

2) Fahami konsep demand-supply

Konsep penyusuan yang paling utama, adalah susu yang terhasil berkadar secara langsung dengan keperluan bayi. Allah dah jadikan cantik dah bagaimana badan kita bertindak. Semakin banyak keperluan susu yang diperlukan oleh bayi kita, semakin banyak susu akan dihasilkan oleh badan.

Jadi melalui konsep ni, setiap kali selepas bayi menyusu, kosongkan payudara dengan pam keluar semua susu. Takpe kalau dapat sikit je hatta satu sudu susu. Aina dulu sebabkan susu tak keluar langsung bila guna pam, aina buat secara manually iaitu cara marmet.

Dan pantang paling utama adalah jangan sesekali berikan susu formula dengan alasan anak nangis tak cukup susu. Ingat, banyak perkara selain susu yang boleh sebabkan bayi nangis. Sekali dah bagi susu formula, bayi akan kenyang lama. Jadi bayi akan kurang menyusu direct daripada ibu. akhirnya 'demand' kurang, 'supply' (susu) juga semakin berkurangan.
Tips Banyakkan Susu Badan Sehingga Stok Susu Penuh Freezer!

3) Sentiasa bertenang dan elak stress

Waktu pantang adalah waktu yang kritikal bagi seorang ibu. Semua disebabkan hormon yang tidak balance selepas bersalin. Dan faktor-faktor ini boleh menyebabkan stress di kalangan para ibu. Aina memang perasan setiap kali stress, susu akan drop. Jadi, sentiasa berzikir, tenangkan fikiran dan fikirkan benda-benda yang best je sepanjang susukan bayi.

Satu tips paling mudah, ambil juga b-complex. Vitamin B-Complex terkenal sebagai vitamin anti-stress dan juga bantu untuk bekalkan tenaga kepada ibu. Penat tau menyusu ni! Banyak kalori digunakan.

4) Pergi berurut.

Ini pun salah satu kesilapan aina dulu. Aina tak pergi berurut pun waktu pantang. Salah satu sebab aina bersalin secara pembedahan. Jadi takut nak pergi berurut. Kedua sebab sibuk uruskan Ammar. Ammar adalah masalah jaundice selama sebulan! Memang setiap hari aina ulang-alik klinik untuk check paras bilirubin ammar.

Bila nak berurut, cari tukang urut yang pandai khusus untuk banyakkan susu. Dan bila berurut, dapat juga buat rasa badan lebih segar dan tenang je.

5) Banyakkan makan makanan yang boleh banyakkan susu.

Banyak makanan yang dapat banyakkan susu. Kena cuba satu-satu makanan yang dapat beri kesan susu makin banyak. Macam aina dulu durian sangat membantu! Apa lagi makanan yang mampu banyakkan susu? Boleh klik link bawah.


6) Pengambilan Supplement

Untuk hasilkan susu yang berkualiti, badan perlukan nutrien yang cukup. Bila berpantang kan banyak makanan yang kita tak boleh ambil? Terutama buahan dan sayuran yang sejuk. Jadi untuk menampal rompong-rompong nutrien harian yang diperlukan, kita perlu ambil vitamin.


7) Pengambilan air kosong secukupnya

Pengambilan air secukupnya adalah sangat penting. Kia perlu mengambil air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Bagi ibu menyusu, setiap kali menyusu atau pump, confirm akan rasa dahaga yang amat kan? Jadi minumlah air secukupnya.

Jom kita tengok perkongsian Puan Farawahida bagaimana beliau berusaha tambah susu badan supaya tak panik dan anak tidak menangis kelaparan.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Yang paling utama, kita sebagai ibu kena sentiasa berdoa dan niat sejak daripada hamil lagi kita nak tunaikan hak anak kita untuk susukan mereka sehingga 2 tahun. InsyaAllah, Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pemurah. Allah akan permudahkan jalan kita untuk susukan anak jika kita betul-betul berazam untuk susukan mereka. Dan ingat..takmo stress dan sokongan daripada suami amatlah penting sepanjang tempoh penyusuan ini. Jadi para suami di luar sana, berikanlah semangat dan dorongan kepada semua para isteri k. Bukan satu perkara yang mudah tau!

Jika nak tahu lebih lanjut mengenai supplement yang dapat membantu banyakkan susu badan, boleh contact aina. Aina pun guide cara makan yang betul dan kongsi beberapa tips penyusuan (berdasarkan pengalaman aina) supaya para ibu semua dapat susukan anak masing-masing sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun, insyaAllah.

 
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.





Independent Shaklee Distributor

Label

Alergi (2) alfalfa (12) Angin (1) anti penuaan (2) Artherosclerosis (1) Arthritis (1) B-complex (17) Basic H (2) bcomplex (3) Bell's Palsy (1) bengkak susu (1) Bersunat (1) bisnes online (7) Bisnes Shaklee (24) carotomax (4) chew vitamin c (7) Chicken Pox (1) Cinch (4) cinch tea (1) Collagen Powder (8) CoQ Health (1) Darah Tinggi (2) detoks set detoks (1) detox (5) Diabetes (3) DishWash Concentrate (2) DTX Complex (2) Energizing Soy Protein (ESP) (42) ESP (1) Fresh Laundry Concentrate (1) Garlic Complex (6) Gastrik (3) Get Clean Set (1) GLA (9) Gout (1) Hamil (7) Healthy postnatal set (5) herb-lax (3) Herbal Blend (1) Hidup sihat (15) Ibu Menyusu (6) Jerawat (2) kanser (4) Kanser Payudara (3) Kanser Prostat (2) Kecantikan (31) Keguguran (2) keluarga (1) keputihan (1) Kesihatan (29) Kesuburan (4) Kulit Cantik (26) Landmark Study Shaklee (4) Lecithin (4) Masak-masak (3) Masalah Lelaki (18) Masalah Wanita (37) Mealshake (11) Mengenai Shaklee (4) Mighty 3 gems (1) Nourishing Scalp Treatment Prosante (2) Nutriferon (6) Nutrisi (5) Nutriwhite Skincare (3) Omega Guard (27) ostematrix (22) Osteoporosis (6) Parenting (6) pembedahan (1) Peppermint Ginger Plus (4) Percutian (4) Performance Drink (7) Phytocol-ST (3) Postpartum Depression (2) Resdung (1) Resepi Dapur Aina (3) resepi makanan bayi (2) Ruam Bayi (1) saje-saje (3) Sakit Jantung (4) sembelit (2) Senggugut (2) Set Batu Karang (1) Set Bell's Palsy (1) Set Berpuasa (2) Set Bersukan (1) Set Buasir (2) Set Darah Tinggi (2) Set Detoks Parasit (4) set detox (2) Set Diabetes (1) set Gastrik (1) set gout (1) set hamil (3) set ibu mengandung (1) Set Jeragat (4) Set Jerawat (6) Set Kecantikan (18) set kempis perut (1) set kesihatan lelaki. (1) Set Kolestrol (2) set kulit berminyak (1) set kulit cantik (1) Set Kulit Cerah (12) Set Kurus (12) set kurus inch loss (1) set mengandung (1) Set Menyusu (12) Set Pantang (13) Set Pantang Selepas Keguguran (1) Set Prosante (1) Set Rambut Gugur (8) Set Resdung (1) set sakit gigi (1) Set Turunkan Kolestrol (1) Set Vitamin Anti-oksida (3) Shaklee Get Clean Water (1) sihat otak (1) strok (6) Strok Haba (1) Tentang saya (1) thyroid (1) tips anak (2) Tips Berhenti Merokok (1) tips ibu menyusu (10) Tips Kehamilan (1) Tips keluarga (12) tips kesihatan (60) Tips Kurus (5) Tips Pantang (1) tips penjagaan bayi (10) Tips Penjagaan Rumah (1) tips ramadhan (3) tulang kuat (1) Vitalea (13) vitalea for children (2) Vitamin C (31) Vitamin E (16) Vitamin kanak-kanak (3) Vitamin Subur (4) Vivix (57) Zinc Complex (15)