Resepi Daging Goreng Sedap, Pasti Mak Mentua Puji!

Saturday, September 17, 2016
Assalamu'alaikum...

Ceeewwaaahh..tajuk taknak kalah..hehe. Disebabkan oleh stok daging korban banyak lagi, so kita update resepi daging je la ye. Resepi asal aina dapat daripada mak mentua juga (jadi mesti la sedap kan,hehe), tapi aina dah adjust sikit resepi dengan gabungkan sikit dengan resepi mak aina sendiri. Dengan harapan akan jadi double sedap la!



 Dan alhamdulillah setakat ni resepi daging goreng ni antara lauk favourite suami tercinta. Makan lauk ni dengan nasi panas je memang boleh bertambah banyak kali! Jadi, meh aina share resepi simple tapi sedap ni kut-kut korang dah ketandusan idea nak masak daging kan.

Bahan-bahan:

1) Daging lembu dihiris halus 
2) Bawang besar* (sebiji , kalau size sederhana 2 biji)
3) Bawang putih* (3 ulas)
4) Halia* (1 inci)
5) Kunyit hidup* (1 inci)
6) 5 biji cili api* (ikut kepedasan masing-masing, nak lagi pedas, tambah lagi cili api)
7) Serai sebatang dihiris halus
8) Kicap manis
9) Garam

Cara penyediaan:

1) Tumbuk semua bahan bertanda *. Bawang merah tak perlu lumat sangat pun takpe.
2) Gaulkan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi dengan daging.
3) Gaulkan sekali dengan serai yang dihiris halus.
4) Panaskan dalam 3-4 sudu makan minyak. Goreng daging tadi.
5) Masukkan kicap (sesedap rasa)
6) Perlahankan api, dan tutup kuali / frying pan. (nak bagi air daging keluar dan bagi daging lebih lembut)
7) Biarkan sehingga air hampir kering.
8) Perasakan dengan garam.

Siap untuk dihidang!!

Macam mana?Mudah je kan?Kalau nak biarkan daging tu kering betul pun boleh, atau kalau nak ada kuah sikit pun boleh. Aina lebih suka ada kuah sikit supaya boleh gaul dengan nasi. Selamat mencuba ye! =)

Oh ye, lepas makan daging banyak-banyak, jangan lupa telan omega guard untuk kawal kolestrol dalam badan tau! Kalau takde omega guard, meh pm aina k. =)


FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.



No comments:

Powered by Blogger.