5 sebab kenapa ostematrix suplemen wajib saya sebelum tidur

Assalamu'alaikum

Mesti ramai tertanya-tanya apa itu ostematrix kan? Kalau budak belajar bio mesti la tau terms oste rujuk kepada tulang. Apakah keperluan utama tulang untuk kekal kuat dan sihat? Iye betul!!Kalsium!! Jadi secara umumnya, ostematrix adalah sejenis supplemen kalsium yang amat penting untuk tubuh badan kita. Sebenarnya, dah hampir 2 tahun saya makan ostematrix ni (sejak lahirkan ammar), dan memang antara vitamin yang wajib saya ambil setiap hari. Sebelum saya bercerita kenapa ostematrix ni saya wajib ambil sebelum tidur, meh kita story-mory  sikit benda apa ostematrix ni?


Sekarang memang terlampau banyak supplemen kalsium di pasaran kan? Saya sendiri, sebelum kenal dengan Shaklee, saya memang ambil supplemen kalsium dan saya sudah cuba beberapa jenama kerana masalah utama saya adalah saya tak suka minum susu. Lepas cuba beberapa produk, ternyata Shaklee the best. Ceewaahh..macam obses pulak dengan Shaklee ye? Bukan obses, tapi bila badan sendiri sudah rasa ke'best'an tu, mana la tak jatuh cintan dengan ostematrix ni. Apa yang membezakan ostematrix dengan supplemen kalsium yang lain?

Ok, perlu ingat, supplemen kalsium yang terbaik adalah apabila kita ambilnya, kadar penyerapan adalah 99%. Ostematrix dirumus khas dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini wajib diambil bersama-sama untuk penyerapan kalsium yang maksima oleh tubuh. Kenapa? Magnesium dan vitamin D adalah penting untuk 'mengangkut' kalsium dan diserap oleh badan. Tanpa magnesium dan vitamin D, penyerapan kalsium adalah kurang efektif. Jadi membazir jela kalau telan kalsium tanpa 'pengangkut' dia kan?

Jadi apakah penyebab utama ostematrix suplemen wajib saya sebelum tidur?

1) Tiada lagi rasa sakit belakang dan pinggang

Saya perasan tiap kali saya skip ambil ostematrix, memang saya akan sakit belakang tiap kali susukan ammar. Nak tido pun susah sebab rasa tak selesa sangat belakang. Berbeze bila saya telan ostematrix sebelum tido. Memang lena sungguh!

2) Tak pernah sembelit dah

Dulu waktu zaman bujang sehingga la waktu mengandung, saya memang mempunyai masalah sembelit. Duduk dalam toilet berjam-jam adalah perkara biasa bagi saya. Tapi sekarang, bila saya amalkan ostematrix sejak pantang dulu sampai la sekarang, alhamdulillah, saya tak pernah sembelit dah. Rasa lega yang amat. Tiap2 pagi memang 'pelaburan' lancar je..hehe

3) Bangun tidur rasa lebih segar

Yang ni pun perubahan yang ketara saya boleh rasa lepas amalkan ostematrix sebelum tidur. Nak bangun tidur pun tak susah. Badan rasa segar je. Sakit belakang, lenguh pinggang seme tarak.

4) Tiada lagi masalah kejang kaki

Ini pun antara masalah yang selalu juga saya hadapi. Tapi alhamdulillah dah tak pernah kena dah kejang kaki.

5) Susu badan meriah

Setiap orang mempunyai milk booster yang berbeza. Bagi saya, ostematrix antara supplemen yang sangat membantu saya meningkatkan kuantiti susu badan saya. 

Jadi itu adalah antara kesan-kesan positif yang saya rasa lepas amalkan ostematrix ni. Bukan saya seorang je tau yang dah rasa kesan positif. Ramai dah mencubanya dan sukakannya. Sebagai contoh ibu muda ni yang dulu selalu mempunyai masalah sakit pinggang dan punggung.

Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.

Kenapa ibu menyusu perlukan pengambilan kalsium lebih daripada orang biasa?

Kajian menunjukkan, wanita akan kehilangan 3-5% jisim tulang mereka ketika menyusu. Sebab tu banyak kes ibu menyusu sakit belakang la, gigi kena cabut la. Sebabnya pengambilan kalsium sehari tidak mencukupi keperluan badan. Selain itu, ia juga disebabkan oleh penurunan tahap estrogen. Estrogen adalah antara hormon yang melindungi tulang. Jadi, pentingnya pengambilan kalsium harian yang mencukupi untuk mengelakkan tulang rapuh.

Bagaimana nak dapatkan suplemen kalsium yang awesome ini? Anda boleh hubungi saya di: 

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.