9 Makanan yang perlu dielak ketika menyusukan bayi

Thursday, February 06, 2014
Begitu ramai para ibu yang sangat prihatin apa yang boleh makan dan tidak boleh makan ketika mereka hamil. Tapi mereka lupa, terdapat juga satu dietary guidelines yang mereka perlu ikut apabila menyusukan si kecil mereka. Tidak hairanlah jika sesetengah ibu yang menyusukan anak mendapati anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Ini kerana, semuanya berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.

9 Makanan yang perlu dielak ketika menyusukan bayi

Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu amatlah penting bagi wanita yang menyusukan bayi harus mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Pelbagai makanan boleh diambil ketika menyusukan si kecil, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda. Salah satu tips yang boleh digunakan untuk track kesan pemakanan ibu terhadap bayi anda ialah untuk adakan diari makanan. Melalui diari makanan, kita dapat mengetahui makanan apa yang memberi tindak balas yang negatif pada bayi anda.

APAKAH MAKANAN YANG PERLU DIELAK?


1. Memakan terlalu banyak buah-buah citrus seperti lemon, limau, oren, dan limau gedang. Ia boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitif terhadap buah citrus dalam susu ibu mungkin mudah mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal atau hadkan pengambilan buah-buah citrus.



2. Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin, dan ikan air tawar.

3. Memakan makanan yang diketahui mengalami alahan makanan. Bayi mungkin akan mengalami alahan yang sama sehingga mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam, dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi.

4. Meminum alcohol, bukan saja dilarang dalam Islam tetapi juga boleh dirembeskan ke dalam susu ibu.

5. Pengambilan caffeine dalam minuman. Minuman bercaffeine seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke dalam susu ibu akan menyebabkan gangguan tidur pada bayi. 



6) Coklat juga mengandungi caffeine yang akan membuatkan bayi kembung perut. Oleh itu, para ibu harus menghadkan pengambilan coklat ketika menyusu.



7) Pengambilan sesetengah sayur seperti kobis, kobis bunga, timun dan brokoli boleh menyebabkan bayi anda kembung perut.

8) Makanan pedas seperti kari, boleh menyebabkan bayi sakit perut, jadi makan dalam jumlah yang terhad. Perhatikan jika bayi anda mengalami sakit perut, cirit-birit atau muntah-muntah, yang mungkin menunjukkan bahawa sistem penghadaman bayi anda yang sensitif tidak boleh menerima makanan ini.

9) Pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu dan trans-lemak sangat tidak bagus untuk bayi anda. Ini adalah kerana, lemak tepu dan trans-lemak boleh mengurangkan pengeluaran Omega-3 yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sempurna.

PERLUKAH DIET UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?


Kebanyakkan wanita selepas bersalin yang begitu teruja ingin menurunkan berat badan mereka. Tetapi bagi mereka yang sedang menyusu perlu merancang untuk menurunkan berat badan secara beransur-ansur dari masa ke masa. Para ibu memerlukan kalori bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk stamina mereka sendiri apabila menjaga bayi yang baru lahir. 

Malah, BabyCenter.com menjelaskan bahawa mengurangkan berat badan dengan drastik boleh membebaskan toksin dalam badan yang akhirnya akan diserap di dalam susu ibu. Para ibu hanya perlu makan makanan yang seimbang dan lakukan senaman yang sederhana; berat anda akan turun pada kadar yang sihat untuk anda dan bayi anda.



Aina Mohd Amin 
(ID: 1092280)

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com

COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

14 comments:

  1. Tq for da info.. Sgt bguna utk sy yg fully bff bby kini sudah genap 1 yr .. Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome! gembira perkongsian ni dapat membantu. Terima kasih sbb melawat blog saya. :)

      Delete
  2. Mcm x masuk akal je... Mak minum alkohol baby boleh mabuk ke? Biasanya baby kembung sbb cara menyusu yg x betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas komen anda. Biar sy cuba jelaskan sedikit, mungkin penjelasan sy diatas kurang olahan.

      Baby TIDAK mabuk, tetapi akan terjejas secara terus kalau ibu minum minuman beralkohol. Kajian menunjukkan apa2 yg di minum ibu akan disalurkan terus kepada bayi. Jadinya kalau ibu minum alkohol, secara tidak lansung bayi terima. tetapi, jumlah kemasukan alkohol kedalam badan bayi hasil minuman ibu masih di kaji, ada yang ckp jumlah alkohol sama dan ada ckp hanya separuh jumlah alkohol akan dpindahkan pada bayi. Namun, apa yg penting MEMANG akan ada sejumlah alkohol akan masuk ke dalam badan bayi.

      Hati bayi masih belum matang sepenuhnya. Bayi tidak dapat memproses alkohol sebaik org dewasa. Hal ini akan menyebabkan gangguan kepada bayi dari segi pemakanan, tumbesaran dan kualiti tidur. Bayi yang ibunya sering minum minuman beralkohol di dapati sering tidur dengan cepat tetapi kerap terjaga. Ini tidak bagus untuk bayi, kerana ia sekaligus mengganggu tumbesarannya.

      Harap penjelasan ringkas ini dapat membantu anda memahami hal diatas. terima kasih :)

      Delete
  3. Replies
    1. u r welcome! terima kasih kerana membaca. :)

      Delete
  4. Tq, Good info..tp ank sy fuly bf.. sy sllu mkn limau, ank sy x da mslh kulit, kembung prut pun xda.kubis pun sy pnh mkn.. pun xda apa2 mslh..alhamdulillah.. dia siht wlaupun sy dmm. Dia ttp sihat.. sy rsa ini trpulang kpd pnerimaan badan ank kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..saya setuju dengan puan. Setiap bayi mempunyai tahap ketahanan perut yang berlainan. Ada yang sensitif dan ada yang kurang sensitif. Panduan di atas hanyalah sebagai saranan yang dipetik daripada para doktor dan nutritionist. =)

      Delete
  5. SALAM,GOOD INFO UNTUK IbU2 MENYUSU..baru tau buah oren x leh mkn bnyk2..ada kelapangan jemputla singgah ke blog sy ye..;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..thank you sebab sudi singgah. ^_^ yup, tak elok makan banyak2. makan dalam kuantiti sederhana je. Tapi terpulang juga pada tahap ketahanan bayi kita. =)

      Delete
  6. Mcm mana dgn ubat2 jamu ke...cth manjakani?

    ReplyDelete
  7. Salam, terima kasih kerana sudi singgah blog saya.. =) Untuk pertanyaan puan tadi, sama seperti makanan2 lain, ini terpulang juga kepada daya ketahanan bayi itu sendiri. Tetapi, doktor sentiasa menasihatkan untuk tidak makan jamu pada awl2 tempoh pantang (beberapa bulan pertama bayi). Ini adalah kerana, hati bayi masih belum matang sepenuhnya, dan menyebabkan bayi lebih cenderung untuk terkena demam kuning (jaundice) yang berpanjangan dan juga boleh menyebabkan bayi cirit-birit. Jadi pemakanan seimbang sudah mencukupi untuk ibu2 menyusu. ^_^

    ReplyDelete
  8. Baby saya baru 3 bln.tapi susu dah makin kurang.memgapa yer.mgkin kerana cara pemakanan saya.boleh share tak pemakanan yg boleh meningkatkan kandungan susu badan.t kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..maaf lambat reply komen puan. Puan boleh rujuk di sini http://ainaez.blogspot.com/2014/02/11-makanan-yang-bantu-menambah-susu.html

      Semoga memberi manfaat kepada puan. =)

      Delete

Powered by Blogger.