Vitamin Bantu Banyakkan Susu dan Ibu Lebih Bertenaga
Setiap ibu pasti nak susukan anak masing-masing sekurang-kurangnya sehingga cukup 2 tahun. Kebaikan susu ibu memang tak boleh disangkal lagi la. Tetapi perjalanan untuk susukan anak selama 2 tahun bukannnya mudah. Sebab itu aina dulu sangat memerlukan vitamin untuk bantu aina banyakkan susu dan bagi badan lebih bertenaga. Dan yang paling penting, berat badan pun turun tau!
Jadi saranan aina, bagi ibu-ibu kat luar sana yang berhasrat nak susukan anak sehingga cukup 2 tahun, ambil la vitamin yang dapat membantu kita sepanjang proses tu. Pentingnya vitamin ini untuk topup semua nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Bila badan cukup keperluan nutrisi, badan akan rasa lebih bertenaga dan kurang penat. Bila kurang penat, kurang stress dan secara langsung susu pun senang untuk dihasilkan.
Ingat kan sebelum ni aina pernah cerita antara faktor yang boleh buat susu drop adalah disebabkan oleh stress? Jom tengok vitamin apa yang dapat membantu ibu menyusu.
VITAMIN IBU MENYUSU
1) Alfalfa
Alfalfa complex dianggap sebagai jamu moden keluaran Shaklee. Alfalfa tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi dan telah digunakan lebih daripada 2500 tahun tau. Ia kaya dengan protin, asid amin, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Alfalfa ni bertindak sebagai milkbooster tau. Jadi kalau ada masalah susu kurang, alfalfa adalah pilihan terbaik untuk bantu banyakkan susu badan.
2) Energizing Soy Protein (ESP)
Untuk hasilkan susu, badan perlukan amino acid daripada protein. Jadi ESP mampu bekalkan lengkap 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Melalui pengalaman aina, memang beza bila minum ESP dan tak minum. Bila minum, lepas pam, susu akan nampak lebih pekat berbanding kalau aina tak minum ESP susu akan kelihatan lebih cair.
Dan yang paling best, ESP sangat bantu aina untuk kawal makan. Kalau minum pagi, akan rasa kenyang sampai tengahari. Takda rasa nak makan snek-snek ringan ke. Ini disebabkan oleh ESP mempunyai glycemix index yang rendah. Maksudnya kadar pertukaran karbohidrat kepada gula (sumber tenaga) lebih perlahan. Sebab tu mampu kenyang lama.
3) Ostematrix
Ostematrix antara supplement wajib aina. Setiap ibu hamil dan menyusu perlukan kalsium lebih daripada orang biasa. Ini disebabkan oleh, kalsium banyak digunakan dalam penghasilan susu. Pernah tak rasa sakit gigi, sakit belakang, rambut gugur sepanjang susukan anak? Tu salah satu tanda kekurangan kalsium.
Dan statistik wanita kena osteoporosis tinggi tau! Salah satu sebab tidak cukupkan keperluan kalsium harian. Nak ke bila dah tua nanti jatuh sikit, tulang punggung patah, tangan patah, lutut sakit? Mesti taknak kan? Jadi cukupkan keperluan kalsium harian bermula daripada hari ini k.
4) Vitalea
Vitalea mempunyai 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Bila menyusukan anak, badan akan rasa letih sebabkan banyak kalori digunakan. Jadi multivitamin pertama dunia ni dapat topup balik semua nutrien yang kita tak dapat melalui makanan kita.
Yang bestnya vitalea ni, ia disaluti dengan spirulina. Fungsinya supaya ia larut dalam tubuh dengan cepat. Vitalea ini juga sangat bagus untuk penambah tenaga yang segera.
5) Omega Guard
Omega guard mempunyai kandungan omega-3 (DHA dan EPA) yang tinggi. Kita tahu DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi kan? Sebab itu aina selalu galakkan ibu menyusu untuk ambil omega guard sepanjang tempoh penyusuan.
Kajian menunjukkan jika ibu menyusu mengambil omega-3, bayi akan mendapat omega-3 melalui susu ibu. Selain daripada bagus untuk perkembangan otak bayi, omega guard juga adalah pilihan terbaik bagi ibu yang nak kurangkan berat badan tau. Sebab omega guard sangat efektif dalam bakar lemak dalam badan.
Jom kita tengok pula apa kata mereka yang amalkan vitamin Shaklee sepanjang tempoh penyusuan mereka:
Best kan? Ramai yang sebelum ni tak berjaya susukan anak, lepas anak kedua dan ketiga, alhamdulillah berjaya susukan sepenuhnya dengan bantuan vitamin Shaklee dan sudah semestinya dengan izin Allah juga. Kita sebagai ibu, pastikan nakkan yang terbaik untuk anak kita kan? Jadi ikhtiar la sehabis mungkin. Akan rasa kenikmatan yang tak dapat diungkap bila dapat susukan anak kita selama 2 tahun.
Aina sendiri susukan ammar cukup 2 tahun. Dan nak tahu? Sebelum pregnant berat aina 52kg. Sebelum bersalin 63kg. Lepas bersalin dan sepanjang tempoh susukan ammar berat aina 45kg je! Berat zaman anak dara.
Jadi bagi mereka yang tercari-cari set menyusu untuk bantu sepanjang tempoh penyusuan, boleh roger aina. Aina akan kongsikan macam-macam tips sepanjang tempoh penyusuan. Bersama-sama kita semua rasa nikmatnya dapat susukan anak sehinga 2 tahun.
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.
Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.
No comments: