Cara Mengatasi Kekejangan Otot Ketika Bersukan
"Kira-kira suku batu ke garisan penamat, saya mula pecut. Saya dapat rasakan otot quad saya seperti ditarik. Saya terpaksa perlahankan larian saya kerana rasa otot mula hendak kejang. Kemudian..waahhhh!! Terasa seperti diketuk dengan tukul besi. Kekejangan melanda. Saya terpaksa hentikan larian saya dan cuba urut-urut kaki. Akhirnya saya tidak dapat habiskan larian saya. Macam mana saya nak cegah kekejangan otot ketika berlari?"
Siapa pernah berada dalam situasi macam ni? Hampir-hampir nak tamatkan larian atau paling teruk, sikit lagi nak menang. Tapi kecundang sebabkan oleh otot kejang. Adakah cara untuk kita atasi masalah ni? Jom tengok apakah punca kekejangan otot.
Kekejangan otot berlaku apabila berlakunya pengecutan otot yang tidak terkawal dan akhirnya menyebabkan otot tidak berehat secara normal. Secara fisiologinya, otot kita akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun apabila berlakunya pengecutan secara tiba-tiba, maka berlakulah kekejangan otot. Orang kampung panggil 'simpul biawak'.
Salah satu punca berlakunya kekejangan otot adalah disebabkan asid laktik dan bahan toksin yang terkumpul secara berlebihan. Selain itu, ia juga disebabkan oleh kandungan oksigen dan nutrien yang kurang. Bila kita bersenam tanpa henti, asid laktik adalah antara by-product yang dihasilkan setelah badan hasilkan tenaga. Apabila ia terkumpul dengan banyak, ia boleh akibatkan otot sakit, lenguh dan juga kekejangan.
Kadar tempoh berlakunya kekejangan adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang beberapa saat je. Ada yang beberapa minit. Dan tak kurang yang alami dalam tempoh yang lama. Jika anda alami masalah kekejangan otot pada tempoh yang lama, ia mungkin disebabkan tahap kesihatan badan dah mula menyusut.
CARA ATASI KEKEJANGAN OTOT KETIKA BERSUKAN
- Lakukan regangan atau senaman panaskan badan dengan betul sebelum memulakan apa-apa aktiviti sukan.
- Minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam.
- Minum minuman ber electrolyte seperti sodium. Electrolyte sangat penting dalam mengawal keluar masuk air daripada sel. Jadi ia sangat penting untuk kekalkan kestabilan bendalir dalam badan.
- Ambil karbohidrat sebelum mulakan senaman berat untuk elakkan sumber tenaga kurang ketika bersukan.
PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN APABILA BERLAKU KEKEJANGAN OTOT
Antara perkara yang kita boleh lakukan untuk melegakan sakit akibat kekejangan otot:
- Berehat daripada lakukan sebarang aktiviti lasak. Ini adalah penting untuk elakkan kecederaan yang lebih teruk pada otot.
- Gunakan ais sebagai terapi untuk kurangkan keradangan.
- Balut kaki dengan bandage untuk kurangkan bengkak.
- Duduk atau baring dengan posisi kaki dialas dengan bantal (kedudukan lebih tinggi). Ini penting supaya graviti dapat menarik cecair lebihan di kawasan kaki sehingga bengkak surut.
CEGAH KEKEJANGAN OTOT DENGAN BERIKAN NUTRISI TERBAIK
1) Performance Drink
Performance Drink lengkap dengan gabungan elektrolit yang penting seperti sodium chloride, kalsium, potassium dan mineral dapat bantu stabilkan bendalir agar tidak berlaku dehidrasi.
2) Ostematrix
Ostematrix lengkap dengan magnesium dan calcium. Magnesium penting untuk bantu rehatkan otot dan kurangkan kekejangan. Selain itu ia juga penting untuk tingkatkan kekuatan otot dan pertingkatkan sistem saraf.
3) Bcomplex
Persatun Kanser Amerika telah dapati kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan kekejangan otot. Pengambilan vitamin B complex yang lengkap dengan B1, B2 dan asid folik dapat membantu mempercepatkan penyembuhan kekejangan otot.
Jadi, dengan pegambilan mineral dan vitamin yang cukup memang dapat cegah kita daripada kena kekejangan otot. Dengan gaya hidup yang sibuk dan pemakanan kita yang tidak seimbang menyebabkan kita sukar mendapat nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan.
Pengambilan supplemen yang betul dan mencukupi akan bantu unutk elakkan daripada berlakunya kecederaan dan memulihara badan kita dalam jangka masa yang panjang. Dan lepas ni dah tak perlu risau dengan berlakunya kekejangan otot ketika bersukan. Dapat la bersukan dengan gembiranya.
Jadi, jangan tunggu lama-lama. Meh order vitamin Shaklee untuk tingkatkan tahap kesihatan badan kita sekarang. Cara nak order mudah je, pm/whatsapp aina pada no di bawah atau klik je butang buy now dan beli directly di website shaklee. Dan setiap pembelian produk shaklee daripada aina of course la akan dapat free consultation sepanjang hayat!
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.
Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.
No comments: