Tips Kawal Kenaikan Berat Badan Ketika Hamil
Kenaikan berat badan sangat sinonim dengan hamil kan? Jika pemakanan tak dijaga, tak mustahil berat boleh naik lebih daripada 20kg! Ramai ibu hamil yang susah hati bila nak naik penimbang kat klinik. Takut 'ternaik banyak' lepas tu kena bebel pula dengan nurse dan doktor. Dan perjalanan kehamilan tu panjang lagi dan due date masih lambat. Jadi ibu berpotensi untuk berat badan bertambah lagi.
Aina pernah waktu mengandungkan Ammar, semasa checkup bulanan, naik penimbang, tengok-tengok berat naik 3kg bulan tu! Memang kena la bebel dengan nurse lepas tu. Siap bagi tarikh untuk minum air gula untuk check sama ada aina ada gestational diabetes mellitus (GDM) atau kata lain kencing manis. Alhamdulillah takde.
KOMPLIKASI BERAT BADAN BERLEBIHAN KETIKA HAMIL
Apabila kenaikan berat badan terlampau banyak ketika kehamilan, ia boleh meningkatkan risiko obesiti, diabetes, darah tinggi, kelahiran pra-matang dan saiz bayi yang terlampau besar. Bukan doktor dan nurse saja-saja nak bebel tau. Bebel tanda sayang tu. Sebab itu untuk ibu hamil sangat perlu menjaga pemakanan supaya berat badan tidak naik berlebihan mengurangkan risiko mendapat komplikasi tadi.
TIPS KAWAL KENAIKAN BERAT BADAN
1)Tahu jumlah kalori diperlukan sehari.
Orang kita selalu cakap ibu hamil kena makan double sebab makan untuk 2 orang, betul tak? Haa, konsep ni salah sama sekali ye. Tiada istilah makan untuk 2 orang. Kerana bila kita tingkatkan jumlah kalori lebih banyak daripada biasa, akan menyebabkan kenaikan berat badan yang mendadak. Selalunya orang yang diet je yang ambil tahu tentang jumlah kalori ni. Tetapi untuk ibu hamil wajib ambil tahu juga. Ambil nasihat pemakanan daripada pakar nutrisi mengenai kalori dan diet yang sepatutnya di ambil oleh ibu hamil. Jangan diturutkan nafsu nak makan macam-macam.
2) Kawal berat badan sejak daripada seawal kehamilan.
Kenaikan berat badan yang baik septutnya berlaku pada trimester kedua dan ketiga untuk perkembangan janin. Jika seawal kehamilan sudah berlaku kenaikan badan, jadi sukar untuk ibu hamil dapatkan berat badan yang ideal di trimester kedua dan ketiga. Jadi, gali ilmu nutrisi dan diet yang perlu di ambil ketika ketiga-tiga trimester.
3) Makan kerap tapi sedikit.
Ketika hamil (terutama dalam trimester kedua) kebiasaannya selera makan akan melonjak. Nak makan macam-macam. Aina sarankan, ambil makanan dalam jumlah yang sedikit tiap kali makan tetapi dengan kerap. Di antara waktu makan berat, boleh ambil buah atau kacang sebagai snek. Bukan makanan yang tidak berkhasiat dan tinggi garam dan kalori. Cara ini juga sangat membantu untuk mengelakkan berlaku masalah asid refluks atau pedih hulu hati.
4) Elak makanan terlalu masin
Makanan tinggi garam boleh menganggu keseimbangan cecair elektrolit dalam badan ibu hamil. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan praeklampsia.
5) Sila 'banned' makanan segera!
Makanan segera dah diketahui umum mempunyai bahan perasa, pengawer makanan, pemanis buatan dan bahan kimia yang bukan sahaja tidak baik untuk kandungan malah untuk badan kita juga. Dan makanan segera selalunya mempunyai kandungan garam yang tinggi dan juga berkalori tinggi. Bahkan pengambilan makanan segera secara berlebihan waktu hamil boleh menjadi punca masalah gangguan mental kepada bayi dalam kandungan seperti autisme.
6) Elak minuman 3 in 1 dan bergas
Minuman 3 in 1 mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Begitu juga dengan minuman bergas. Pengambilan gula secara berlebihan boleh meningkatkan risiko GDM, obesiti dan bayi menjadi lebih besar. Seeloknya tinggalkan terus minuman manis dan banyakkan minum air kosong ketika hamil.
7) Kurangkan penggunaan minyak ketika masak.
Daripada ambil makanan bergoreng, apa kata kita mula tukar menu kepada jenis panggang dan stim pula. Bukan sahaja sihat malah dapat membantu ibu hamil untuk kawal kenaikan berat badan.
8) Ambil makanan tinggi serat.
Salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh ibu hamil ialah sembelit. Masalah sembelit boleh menigkatkan risiko buasir. Pengambilan makanan tinggi serat seperti buahan, sayuran, bijirin bukan sahaja dapat membantu dengan proses pencernaan, malah ia juga bantu untuk perut rasa kenyang lebih lama.
9) Lakukan senaman ringan
Siapa kata waktu hamil kena baring dan duduk rumah je. Seawal trimester kedua dan ketiga, ibu hamil boleh lakukan senaman-senaman ringan seperti berjalan di taman. Kalau tak suka berjalan di taman, berjalan di shopping mall pun boleh.
10) Jangan sesekali tinggal vitamin ketika hamil
Vitamin wajib ambil supaya tahap kesihatan kita tip top dan dapat segala nutrisi yang diperlukan. Makanan sekarang dah tak sama macam dulu. Semakin kurang nutrisi dalam setiap hidangan. Bayangkan kalau nak dapatkan 500mg vit C anda perlu makan 50 biji buah oren saiz sederhana tau! Sakit perut dulu sebelum nak habiskan buah oren tu. Jadi ambil la vitamin yang sepatutnya supaya dapat membantu perkembangan janin dengan baik.
Aina ada kawan yang waktu mengandung berat badan dia naik cantik je. Tak naik banyak pun. Dan lepas bersalin ni, cepat je berat dia turun ke berat sebelum mengandung. Dan dia cakap sepanjag dia mengandung omega guard dan bcomplex antara vitamin wajib dia ambil setiap hari. Memang bantu sangat untuk kawal berat badan sepanjang hamil. Sekarang dah bersalin pun dia masih teruskan ambil 2 vitamin tu.
Jadi nasihat aina, kawal la pemakanan kita sebaiknya. Obesiti waktu mengandung hanya meningkatkan risiko komplikasi bukan sahaja kepada si ibu, malah kepada kandungan sekali. Beringat la time makan ye. Jangan ikut nafsu. Sila kongsi jika anda rasa post ini memberi manfaat kepada semua ibu hamil.
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
No comments: