Resepi Mee Sup Mudah dan Sedap!

Friday, September 16, 2016
Assalamu'alaikum...

Sempena cuti Hari Malaysia ni, apa planning korang? Aina setakat duduk rumah je sebab anak bujang demam. Jadi kena kuarantin duduk rumah je. Bila dema-demam ni, memang la selera makan anak bujang kurang sikit. Bagi nasi taknak, masakkan sup ayam (which is his favourite all time!), pun makan seciput je. Lastly tanya dia sendiri nak makan apa dan dia request nak mee. So, aina pun fikirkan mee sup adalah terbaik untuk anak bujang ni.

Ni sekadar gambar hiasan sebab aina lupa nak snap gambar mee sup tadi. Siap je terus makan..hehe Tapi lebih kurang la rupa.
Sumber gambar : google
Dengan penuh semangatnya pergi ke kedai beli bahan-bahan mentah nak masak mee sup simple-simple je tapi sedap ke anak bujang ni. (Note: kalau makanan tu tak kena dengan selera dia, memang di reject tau! takpun makan ciput je). Jadi, macam mana cara aina buat mee sup mudah? Ok, ni resepi dia:

Bahan-bahan:

1) Mee kuning (putih)
2) Bawang Besar* (sebiji)
3) 3 ulas bawang putih*
4) 1 inci halia (diketuk)
5) Ayam dipotong dadu
6) Daging dihiris halus
7) Sayur-sayur pilihan
(yang ni aina letak sawi dan carrot sebab anak bujang suka makan batang sawi dan carrot)
8) Fishball (optional)
9) Telur
10) Air secukupnya
11) Garam secukup rasa

Bahan bertanda * dikisar

Cara penyediaan:

1) Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama halia

2) Bila dah naik bau, masukkan daging dan ayam. Perlahankan api dan tutup periuk selama 5-8 minit. Nak bagi air ayam n daging keluar.

3) Masukkan air (ikut la nak kuah banyak mana)

4) Masukkan carrot + batang sawi + fishball. Biarkan sehingga mendidih

5) Dah didih, masukkan sayur sawi dan perasakan dengan garam.

6) Pecahkan telur ke dalam sup, biarkan beberapa saat kemudian tutup api. (aina and family suka makan kalau telur kuning cair-cair sikit..hehe)

7) Untuk mee, celurkan sahaja dengan air panas untuk beberapa minit.

8) Kemudian, siap dihidang!

Mudah kan? Yang penting habis semangkuk anak bujang makan walaupun takde selera makan tu. Nak laaaggiiii sedap, tambah la kicap cili. Confirm bertambah-tambah makan. Selamat mencuba ye!

Oh, jangan lupa, kalau tercari-cari world class supplement, meh roger aina k. Selamat berhujung minggu!

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.