Tips Banyakkan Susu Badan Sehingga Stok Susu Penuh Freezer!

Monday, March 20, 2017
Proses penyusuan nampak mudah tapi sebenarnya sukar. Kalau dulu aina ada persepsi 'Ala, apa yang susah sangat? Hulur jela kat baby, nanti dia hisap, ada la susu'. Sempit kat fikiran aina waktu tu? Sampaikan waktu hamil tak ambil port sangat tau ilmu penyususan. Akibatnya, first week memang aina struggle sangat-sangat untuk banyakkan susu badan. 

Tips Banyakkan Susu Badan Sehingga Stok Susu Penuh Freezer!

Kesilapan yang aina dulu aina memang tak gali betul-betul ilmu penyusuan sebelum bersalin. Hasilnya, seminngu pertama susu macam nak tak nak keluar. Bila buat kaedah marmet sekalipun, setitik dua je dapat. Kalau dapat satu sudu memang rasa bahagia sungguh. Dan bertambah stress bila ammar disahkan jaundice sehingga kena warded. Lagi la aina kena supply lebih banyak susu untuk bagi bacaan bilirubin ammar cepat turun. 

Jadi bermula daripada situ aina dan suami mula gali ilmu penyusuan. Sebab dah niat nak susukan ammar secara eksklusif selama 2 tahun. Encik google menjadi rujukan utama. Dan alhamdulillah, lama-lama susu semakin banyak. Dan siap boleh buat stok penuh 3 freezer tau! Ok, ni antara benda yang aina buat dalam usaha nak banyakkan susu.

1) Pastikan bayi menyusu dengan betul

Masa awal-awal dulu ammar ada masalah latching. Aina pun tak tahu posisi yang betul dan cara betul nak susukan ammar. Hasilnya cara hisap salah menyebabkan luka. Memang pedih. Jadi cara terbaik untuk bayi menyusu ialah, mulut bayi penuhi kawasan areolar payudara ibu. Dengan cara ini, bayi bukan sahaja dapat hisap dengan betul malah ibu pun tak merana sakit.

Tips Banyakkan Susu Badan Supaya Stok Susu Cukup

2) Fahami konsep demand-supply

Konsep penyusuan yang paling utama, adalah susu yang terhasil berkadar secara langsung dengan keperluan bayi. Allah dah jadikan cantik dah bagaimana badan kita bertindak. Semakin banyak keperluan susu yang diperlukan oleh bayi kita, semakin banyak susu akan dihasilkan oleh badan.

Jadi melalui konsep ni, setiap kali selepas bayi menyusu, kosongkan payudara dengan pam keluar semua susu. Takpe kalau dapat sikit je hatta satu sudu susu. Aina dulu sebabkan susu tak keluar langsung bila guna pam, aina buat secara manually iaitu cara marmet.

Dan pantang paling utama adalah jangan sesekali berikan susu formula dengan alasan anak nangis tak cukup susu. Ingat, banyak perkara selain susu yang boleh sebabkan bayi nangis. Sekali dah bagi susu formula, bayi akan kenyang lama. Jadi bayi akan kurang menyusu direct daripada ibu. akhirnya 'demand' kurang, 'supply' (susu) juga semakin berkurangan.
Tips Banyakkan Susu Badan Sehingga Stok Susu Penuh Freezer!

3) Sentiasa bertenang dan elak stress

Waktu pantang adalah waktu yang kritikal bagi seorang ibu. Semua disebabkan hormon yang tidak balance selepas bersalin. Dan faktor-faktor ini boleh menyebabkan stress di kalangan para ibu. Aina memang perasan setiap kali stress, susu akan drop. Jadi, sentiasa berzikir, tenangkan fikiran dan fikirkan benda-benda yang best je sepanjang susukan bayi.

Satu tips paling mudah, ambil juga b-complex. Vitamin B-Complex terkenal sebagai vitamin anti-stress dan juga bantu untuk bekalkan tenaga kepada ibu. Penat tau menyusu ni! Banyak kalori digunakan.

4) Pergi berurut.

Ini pun salah satu kesilapan aina dulu. Aina tak pergi berurut pun waktu pantang. Salah satu sebab aina bersalin secara pembedahan. Jadi takut nak pergi berurut. Kedua sebab sibuk uruskan Ammar. Ammar adalah masalah jaundice selama sebulan! Memang setiap hari aina ulang-alik klinik untuk check paras bilirubin ammar.

Bila nak berurut, cari tukang urut yang pandai khusus untuk banyakkan susu. Dan bila berurut, dapat juga buat rasa badan lebih segar dan tenang je.

5) Banyakkan makan makanan yang boleh banyakkan susu.

Banyak makanan yang dapat banyakkan susu. Kena cuba satu-satu makanan yang dapat beri kesan susu makin banyak. Macam aina dulu durian sangat membantu! Apa lagi makanan yang mampu banyakkan susu? Boleh klik link bawah.


6) Pengambilan Supplement

Untuk hasilkan susu yang berkualiti, badan perlukan nutrien yang cukup. Bila berpantang kan banyak makanan yang kita tak boleh ambil? Terutama buahan dan sayuran yang sejuk. Jadi untuk menampal rompong-rompong nutrien harian yang diperlukan, kita perlu ambil vitamin.


7) Pengambilan air kosong secukupnya

Pengambilan air secukupnya adalah sangat penting. Kia perlu mengambil air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Bagi ibu menyusu, setiap kali menyusu atau pump, confirm akan rasa dahaga yang amat kan? Jadi minumlah air secukupnya.

Jom kita tengok perkongsian Puan Farawahida bagaimana beliau berusaha tambah susu badan supaya tak panik dan anak tidak menangis kelaparan.

Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.

Yang paling utama, kita sebagai ibu kena sentiasa berdoa dan niat sejak daripada hamil lagi kita nak tunaikan hak anak kita untuk susukan mereka sehingga 2 tahun. InsyaAllah, Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Pemurah. Allah akan permudahkan jalan kita untuk susukan anak jika kita betul-betul berazam untuk susukan mereka. Dan ingat..takmo stress dan sokongan daripada suami amatlah penting sepanjang tempoh penyusuan ini. Jadi para suami di luar sana, berikanlah semangat dan dorongan kepada semua para isteri k. Bukan satu perkara yang mudah tau!

Jika nak tahu lebih lanjut mengenai supplement yang dapat membantu banyakkan susu badan, boleh contact aina. Aina pun guide cara makan yang betul dan kongsi beberapa tips penyusuan (berdasarkan pengalaman aina) supaya para ibu semua dapat susukan anak masing-masing sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun, insyaAllah.

 
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.





No comments:

Powered by Blogger.