Cara Paling Mudah Potty Train Anak Tanpa Rasa Stress

Sunday, March 05, 2017
Alhamdulillah, 28hb lepas genap ammar 3 tahun. 3 tahun yang banyak kenangan panis (pahit+manis,haha). Dan banyak juga milestone ammar yang aina berjaya capai. Salah satu daripadanya nak potty train ammar sebelum masuk umur 3 tahun. Alhamdulillah, ammar dah tak pakai pampers dalam 2 bulan sebelum menginjak ke umur 3 tahun. Kali ni aina nak share macam mana cara aina potty train ammar supaya para ibu bapa semua dapat idea nak potty train anak sendiri pula.

Cara Paling Mudah Potty Train Anak Tanpa Rasa Stress
Macam para ibu yang lain, aina banyak membaca tips-tips nak potty train anak. Dah berapa banyak artikel baca. Tiap kali tu fikir, "boleh ke aku buat?" "Cukup sabar ke aku ni?". Sudahnya aina asyik tangguh je, hehe. Tapi masuk tengah tahun 2016 aina fikir tak boleh jadi, aina kena start train. Baru boleh achieve target aina. 

APA YANG AINA BUAT?


1) Bermula dengan suntik dalam minda ammar apa yang perlu dia buat kalau nak kencing.

Jadi bermula tengah tahun tu, hari-hari aina akan pesan kepada ammar, kalau nak kencing bagi tahu mama. Mama akan bawa pergi toilet. Dalam sehari ada la 5-6 kali juga aina akan cakap perkara yang sama. Aina gunakan method yang sama macam mana aina nak wean-off ammar masa umur dia 2 tahun. Kira ni sebagai langkah pertama la untuk prepare ammar untuk tak pakai pampers. Kita inject dulu arahan dalam minda separa sedar mereka apa yang perlu dilakukan bila rasa nak kencing dan berak.


>> Tips Cerai Susu Badan Selepas Anak 2 Tahun (sila klik)


Cara Paling Mudah Potty Train Anak Tanpa Rasa Stress

2) Berikan penerangan sehari sebelum nak mula potty train supaya anak lebih bersedia.

Start bulan 12 (lama tak aina suntik arahan kencing di toilet,hehe) aina dah berazam nak potty train ammar. Tetapi sehari sebelum tu aina pesan banyak kali kat Ammar yang dia tidak perlu pakai pampers esoknya. Ada orang tanya kenapa aina tak gunakan perkataan 'shishi' untuk kencing atau apa-apa perkataan untuk ganti perkataan kencing. Bagi aina, lebih mudah kita ajar menggunakan perkataan yang betul iaitu 'kencing' dan 'berak' kerana semua orang faham maksud perkataan tu. Jadi nanti bila ammar masuk pre-school, senang nak cakap dekat cikgu kalau nak kencing atau berak.

3) Sentiasa bawa ke toilet

Pada hari pertama aina akan bawa ammar ke toilet untuk kencing atau berak setiap 15 minit. Hari kedua aina up kan jadi 30 minit. Hari ketiga jadi setiap sejam. Dia buat atau tak tu lain kira. Janji kena train selalu bawa ke toilet. Hari pertama biasanya memang akan disaster. Ammar sendiri pun terberak di hari pertama potty train. Siap panggil 'mama!!!tahi tergolek!!'. Aduh..memang aina giveup masa tu. Terus pakaikan pampers. Tapi, apa yang aina belajar lepas tu, hikmahnya, sejak hari kejadian yang tidak diingini tu, ammar berjaya berak di toilet tanpa fail walaupun tenga pakai pampers! Setiap kali nak berak dia akan bagi tau. Mungkin sebab dia sendiri pun geli dengan kejadian terberak dalam seluar. Jadi dia belajar daripada kesilapan. Aina mula potty train ammar semula bila ammar sendiri cakap taknak pakai pampers. Jadi aina rasa, dia sendiri dah bersedia nak potty train.

Cara Paling Mudah Potty Train Anak Tanpa Rasa Stress

4) Jangan marah bila anak buat silap.

Macam aina cakap tadi, 3 hari pertama memang kena banyak bersabar. Dan bila anak terkencing atau terberak dalam seluar, jangan sesekali marah dia. Sebab itu akan buat dia rasa fobia nak kencing dan berak. Kita teruskan bagi kata-kata semangat seperti 'takpe, lain kali ammar nak kencing bagi tau mama k. Nanti mama bawa ke toilet'. Ingat, mereka masih lagi dalam proses untuk belajar. Jadi kata kunci kat sini SABAR...

5) Berikan pujian bila sudah berjaya.

Bila anak dah berjaya kencing atau berak dalam toilet, jangan la diam je. Puji la anak kita dengan penuh excited. Itu akan menambahkan semangat dia untuk lakukan perkara yang sama lagi.

6) Belikan seluar dalam yang dia pilih sendiri.

Untuk meraikan dia nak beralih daripada pampers kepada seluar dalam, aina memang benarkan ammar untuk pilih sendiri seluar dalam mana yang dia nak. Kita berikan pilihan dan dia pilih. Supaya dia rasa dia dah mampu untuk pilih mengikut kehendak dia. Dan dengan cara ni dia akan rasa lebih bersemangat untuk tidak pakai pampers.

Ada orang tanya macam mana aina nak train waktu malam pula? Ada yang aina baca, mereka suruh kejutkan anak untuk suruh mereka kencing. Tapi aina macam tak sanggup pula nak kejut ammar malam2 buta semata-mata nak suruh kencing. Jadi apa yang aina buat, sebelum tidur aina akan bawa ammar ke toilet untuk kencing dulu. Lepas aina bentang toto kat bawah dan biar ammar tidur di bawah. Alang-alang tu boleh train untuk pisahkan tempat tidur sekali,hahaha.

Masa mula-mula macam biasa la. Memang akan berlaku episode ngompol. Setiap hari aina akan basuh toto. Tapi alhamdulillah lepas 3 hari takde dah. Even ammar boleh bangun sendiri dan kejutkan aina kata nak kencing. Lepas 3 hari, ammar dah mula pandai nak tahan kencing, dah tahu nak buat apa kalau ada rasa nak kencing. Lepas 3 hari aina dah tak bawa ammar ke toilet melainkan kalau dia yang minta. 

Cara Paling Mudah Potty Train Anak Tanpa Rasa Stress

Bagi aina, yang paling penting sekali adalah anak kita sendiri yang dah bersedia untuk di potty train. Dalam kes ammar, dia yang minta taknak pakai pampers dah. Jadi itu antara sebab yang kuat untuk aina potty train dia. Dan bila anak dah bersedia, memang rasa mudah sangat. Yang paling penting, sepanjang proses nak ajar toilet train, jangan sesekali marah anak kalau buat silap. Bagi aina, lepas mereka buat silap, lebih mudah untuk kita explain kat mereka dan mereka akan faham apa akibatnya kalau tak kencing atau berak kat toilet.

 Dan setiap ibu bapa kena selalu ingat yang setiap anak lain-lain perkembangan dia. Tak boleh sama kan. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Yang penting, jangan berikan tekanan kepada si kecil kita semata-mata nak mereka potty train seawal mungkin. Just relax and enjoy your parenthood journey.

Aina harap post kali ni dapat berikan sedikit gambaran kepada parents semua yang nak potty train anak sendiri. All the best aina ucapkan dan ingat. Kena banyak-banyak bersabar tau. Kalau rasa post ni bermanfaat, sila la share di mana-mana pun ye.

FB : Aina Amin

Shaklee ID : 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dalu-alukan.



2 comments:

  1. susah jugak eh nak potty train anak anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang perlukan kesabarn yang tinggi. Nak lebih mudah, memang kena tunggu dia sendiri yg bersedia. Memang lebih mudah nak train.

      Delete

Powered by Blogger.