Makanan Yang Perlu Diambil Sebelum Bersenam Untuk Tingkatkan Tenaga

Monday, March 13, 2017
Pemakanan yang betul adalah elemen yang palig penting untuk kekal bertenaga semasa bersenam. Apa yang kita makan akan buat badan kita lebih bersedia untuk hadapi apa jua jenis senaman sekali pun. Ada orang cakap nak kurus cepat, jangan makan apa-apa sebelum bersenam. Konsep ini salah sama sekali. Waktu paling optimum untuk makan adalah sejam atau 2 jam sebelum mulakan senaman. Jadi apakah makanan yang perlu kita ambil sebelum bersenam?

Makanan Yang Perlu Diambil Sebelum Bersenam Untuk Tingkatkan Tenaga

1) Buah-buahan


Buah sangat penting dalam diet harian kita. Ia sepatutnya diambil setiap hari. Buah sangat penting untuk dua perkara: 1) Ia bantu untuk kembangkan salur darah supaya lebih bayak oksigen dapat dibawa ke semua sel badan. 2) Buah dapat bekalkan gula ringkas yang dapat tukarkan kepada tenaga pada kadar yang segera.
Makanan Yang Perlu Diambil Sebelum Bersenam Untuk Tingkatkan Tenaga
Buah yang terbaik adalah pisang dan oren. Kedua-duanya mempunyai gula ringkas yang dapat ditukarkan kepada tenaga dengan cepat.

2) Karbohidrat yang kompleks


Untuk dapatkan tenaga yang berpanjangan ketika bersenam, karbohidrat adalah sumber tenaga yang terbaik. Dalam badan kita, karbohidrat akan dicernakan lebih perlahan jika dibandingkan dengan karbohidrat ringkas seperti jus buah, gula dan soda. Komples karbohidrat adalah seperti roti whole grain, kacang dan pasta.

Bila karbohidrat kompleks ini dicernakan, ia akan disimpan dalam badan sebagai glycogen di kawasan otot dan tisu lemak. Glycogen adalah sumber utama tenaga apabila kita nak bersenam dalam masa yang lama.
Makanan Yang Perlu Diambil Sebelum Bersenam Untuk Tingkatkan Tenaga
Jika mengikut turutan sumber tenaga ketika kita bersenam, mulanya badan akan gunakan gula ringkas sebagai sumber tenaga. Kerana ia mudah dan cepat. Kemudian bila gula ringkas sudah habis, badan akan cari glycogen pula untuk ditukarkan kepada tenaga. Dan bila glycogen semakin berkurangan, badan akan cari protein pula untuk dijadikan sumber tenaga. Ini adalah stage yang kalau boleh kita nak elakkan.

Sebab bayangkan kalau bersenam beria, tapi akhirnya otot kita dibakar untuk dijadikan sumber tenaga. Walhal kita bersenam sebab nak bina otot dalam badan kan? Sebab itu, karbohidrat kompleks antara makanan yang penting untuk diambil supaya dapat bekalkan tenaga berpanjangan.

3) Protein


Protein juga adalah makanan wajib diambil bukan sahaja sebelum bersenam, tetapi selepas bersenam juga. Ini adalah kerana ia adalah komponen penting unutk bina otot dalam badan kita. Selain itu, protein juga penting untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam otot dan menyediakan asas yang diperlukan untuk baikpulih dan bina otot.

Makanan Yang Perlu Diambil Sebelum Bersenam Untuk Tingkatkan Tenaga

4) Snek


Badan kita sentiasa perlukan tenaga sepanjang hari. Badan kita bina glycogen secara berterusan melalui makanan yang kita ambil. Jika glycogen dalam badan kurang daripada keperluan tenaga yang badan perlukan, badan akan mula mencari sumber tenaga daripada protein. Bekalkan badan dengan snek seperti buahan dan kacang akan bantu badan untuk bekerja ada tahap optimum dan dalam masa yang sama bantu sediakan badan untuk senaman seterusnya.

Jadi sebab itu aina katakan pentingnya kita ambil makanan sebelum kita mulakan senaman. Tapi ingat, perlu diambil sejam atau 2 jam sebelum kita bersenam. Jika kita bersenam ketika perut kosong, glycogen dalam badan semakin berkurangan dan akhirnya badan akan gunakan otot kita sebagai sumber tenaga. 

Nak tahu apakah supplement terbaik untuk bantu kita bersenam untuk dalam jangka masa yang lama dan tak mudah pancit, aina akan terangkan dalam next post. Tuunnggguuuuu.... Jika rasakan post aina kali ni memberi manfaat kepada mereka yang berazam nak buat senaman dan kuruskan badan dengan cara yang betul, share la di mana-mana media sosial. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.



FB : Aina Amin

Shaklee ID : 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

No comments:

Powered by Blogger.