6 Cara Mudah Lambatkan Proses Penuaan dan Kekal Awet Muda
Semakin meningkat usia kita, kulit akan menjadi kusam, kendur dan kurang berseri. Paling teruk bila proses penuaan lebih laju daripada sepatutnya. Itu yang ada orang umur baru 30an tapi dah nampak macam 40an dan lagi teruk nampak macam 50an. Meh aina nak share beberapa cara untuk lambatkan proses penuaan dan kekal awet muda.
1) Bersihkan wajah dengan sempurna.
Ramai ambil remeh dengan pembersihan kulit. Ada yang cuci cincai-cincai je. Asal rasa tak berminyak, dah cukup. Tahukah anda, kulit muka yang tidak bersih mudah untuk jerawat tumbuh? Terutama bagi yang suka bersolek. Gunakan makeup removal terlebih dahulu untuk tanggalkan makeup di muka. Kemudian baru cuci muka. Sekali sekala gunakan scrub yang halus untuk kita tanggalkan sel kulit mati di muka.
Dan gunakanlah pencuci muka bersumberkan bahan semulajadi. Elakkan pencuci muka yang mempunyai bahan kimia bahaya yang boleh rosakkan kulit kita.
2) Rawat Kulit Daripada Awal
Jaga kulit seawal mungkin. Usia remaja adalah waktu terbaik untuk berikan perhatian kepada kulit muka kita. Kenali jenis kulit dan pilihlah produk penjagaan kulit yang terbaik bersesuaian dengan kulit kita.
3) Jaga Kecantikan Dalaman
Kebanyakkan daripada kita lebih tumpukan penjagaan luaran. Walhal dalaman juga sama penting. Amalkan supplement untuk cukupkan keperluan nutrisi harian yang diperlukan oleh tubuh. Antara nutrisi penting untuk kulit seperti protein, vitamin A, C dan E dan juga makanan tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas punca kulit kusam. Setiap hari kita akan terdedah dengan radikal bebas, pencemaran, pemakanan yang tidak seimbang yang boleh rosakkan sel kulit muka dan mempercepatkan proses penuaan. Pentingnya antioksidan supaya dalam melambatkan proses penuaan.
4) Rehat dan Tidur Mencukupi.
Tubuh yang kurang rehat akan kelihatan lesu dan kulit akan mudah nampak kusam. Untuk dapatkan kulit kelihatan lebih segar, wajib untuk dapatkan rehat secukupnya. Sekurang-kurangnya dapatkan tidur sehingga 6 jam supaya badan dapat rehat sepenuhnya. Selain itu, perlu dapatkan tidur yang berkualiti. Bila badan dan minda berehat, lebih mudah proses pembaharuan sel kulit terjadi.
5) Masker Tegangkan Kulit
Bagi mereka yang malas nak pergi spa, boleh buat sendiri di rumah. Sesekali cuba stim muka kita dengan wap panas untuk buka liang kulit muka. Kemudian cuci muka dengan scrub untuk bersihkan liang-liang kulit kita. Akhir sekali pakai masker untuk berikan kesegaran kepada kulit muka kita. Dalam masa yang sama kita pun boleh relaks dan tenangkan fikiran.
6) Manja Diri di Spa
Sekali sekala bolehlah manjakan diri kita di spa. Tubuh yang letih perlu diberikan rawatan yang baik. Kadang-kadang bila terlampau stress dengan kerja harian, akan buatkan kulit mudah kusam dan cepatkan proses penuaan. Pelbagai pilihan spa sekarang yang kita boleh pilih seperti sauna herba,urutan dan skrub tubuh. Selain itu boleh juga lakukan perawatan muka di spa.
Kesimpulannya, penjagaan muka jika dijaga seawal usia remaja, bukanlah perkara yang susah. Yang paling utama, amalkan makanan yang penting untuk cukupkan nutrisi kulit, gunakan penjagaan kulit muka bersumberkan bahan semulajadi dan elakkan penggunana kosmetik yang tinggi bahan kimia.
Sekarang dah banyak sangat kes kulit muka rosak teruk akibat tersalah penjagaan kulit muka. Muka rasa seperti terbakar, sensitif pada cahaya matahari, jerawat tumbuh dengan kronik, jeragat timbul dengan banyakknya dan macam-macam lagi. Nak tahu produk penjagaan muka terbaik untuk semua jenis kulit? Terbukti berkesan dan selamat digunakan melalui kajian? Diformulasi oleh pakar kecantikan US dan Jepun? Tunggu di next entry aina ok.
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.
Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.
No comments: