6 Jenis Antioksida Yang Membantu Untuk Kekal Awet Muda dan Sihat

Assalamu'alaikum..

Untuk kekal kelihatan cantik dan muda memang dah jadi angan2 dan impian bagi semua orang. Kalau boleh, dah umur 50 pun nak nampak macam baru berumur 25 tahun. Tapi kalau baru berumur 30 tahun nampak macam dah 50 tahun, tak nak la kan? Perkara ini tidak mustahil kalau kita tahu cara-caranya. Dan yang paling best, bukan sahaja boleh kelihatan muda remaja, badan pun rasa sihat dan muda remaja juga.
Ok, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kita cepat tua daripada usia atau juga memperlahankan proses penuaan itu. Salah satu faktor besar yang boleh mencepatkan penuaan adalah radikal bebas dalam badan kita. Kita semua tahu, radikal bebas ni terhasil daripada pencemaran, tekanan, pemakanan tidak seimbang dan gaya hidup tidak sihat. Jadi, kalau nak counter radikal bebas ni kita perlukan antioksida. Jadi, pentingnya bagi kita untuk sentiasa ambil makanan tinggi antioksida dalam diet harian kita. Mudah kan?

Antioksida terdapat beberapa jenis. Jom kita lihat satu-persatu:

1) Vitamin  dan Betakarotene

Vitamin C dan E adalah antara vitamin antioksida. Kedua-dua vitamin amat penting dalam diet harian kita. Antara makanan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buahan citrus, buahan tropika seperti betik, kiwi dan mangga. Manakala vitamin E pula boleh didapati dalam kacang dan biji bunga matahari, teh hijau dan hati. Betakarotene pula boleh didapati dalam buahan berwarna kuning-oren seperti mangga, kale, bayam, lobak merah. Untuk pastikan kita betul-betul cukup semua vitamin dan beta-carotene yang diperlukan, ambil la dalam bentuk supplement untuk melengkapkan mana-mana yang kurang.


2) Ekstrak Biji Anggur

Ekstrak biji anggur adalah antara antioksida yang mempunyai kesan melawan radikal bebas yang tinggi. Ia juga bagus untuk mengekalkan kapilari dan connective tissue kita dalam keadaan baik. 

Ramai orang akan gigit biji anggur untuk dapatkan kebaikan antioksidanya. Tetapi tak kurang juga bagi mereka yang tak suka rasa biji anggur tu sendiri seperti saya..hehe. Kalau makan anggur, mesti buang biji dulu. Jadi, alternatif yang ada, ambil la juga dalam bentuk supplement seperti vivix.


3) Lycopene

Lycopene adalah sejenis antioksida yang boleh didapati dalam buah tomato. Tapi, korang tau tak, buah tomato mentah tidak mengandungi kandungan lycopene yang tinggi. Tomato perlu dimasak terlebih dahulu untuk mendapatkan kandungan lycopene yang tinggi. Oleh itu, kalau dalam sos spaghetti ke, sos tomato ke atau tomyam, kandungan lycopene tinggi sebab tomato dia dimasak terlebih dahulu. Lepas ni kalau nak makan tomato, masak terlebih dahulu k.

4) Lutein dan Zeaxanthin

Kedua-dua fitokimia ini boleh didapati dalam beberapa jenis buah dan sayuran. Sumber terbaik daripada blueberry dan bilberries. Lutein dan zeaxanthin juga selalunya digunakan untuk melawan proses penuaan mata. Mereka juga memainkan peranan penting dalam pencegahan kanser dan melindungi otak daripada kesan-kesan penuaan seperti lupa dan nyanyuk.

5) Polyphenol dan catechins

Antioksida ni biasanya ditemui dalam teh hijau. Amalkan teh hijau selalu dapat mengurangkan risiko kanser dan pelbagai jenis penyakit. Selain itu, ia juga sangat bagus dalam melawan radikal bebas yang boleh membuatkan kita nampak lebih tua. Selain itu, teh hijau juga bagus untuk meningkatkan metabolisme badan. Jadi kepada mereka yang merancang nak kurangkan berat badan, boleh la amalkan teh hijau tanpa gula ye.

Tak susah kan untuk menjaga kesihatan? Yang penting, amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat, insyaAllah kita akan kekal muda remaja walaupun umur dah meningkat separuh abad. Kepada yang berminat nak beli vitamin dan supplement yang diyakini selamat, berkesan dan semulajadi. Boleh hubungi saya. Servis dan konsultasi terbaik akan diberikan secara percuma khas kepada pelanggan kami. =)

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

1 comment:

Powered by Blogger.