Kenapa Susu Ibu Adalah Susu Terbaik Untuk Bayi Anda?
Assalamu'laikum..
Sejak kita disahkan hamil, pasti ramai yang bercita-cita untuk menyusukan anak masing-masing sehingga 2 tahun. Tetapi malangnya cita-cita sahaja tidak mencukupi jika tidak diiringi dengan ilmu penyusuan yang mencukupi. Menyusukan anak bukanlah perkara yang mudah terutamanya bagi 'first time mother'. Banyak cabaran yang perlu dilalui dan jika tidak ada ilmu tentang penyusuan, kita akan mudah kecundang sekaligus tewas dan memilih susu formula untuk anak kita. Apakah kandungan susu ibu sehingga Islam juga menyarankan untuk susukan anak selama 2 tahun?
American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan penyusuan eksklusif untuk tempoh 6 bulan pertama selepas kelahiran dan sambung tempoh penyusuan sehingga sekurang-kurangnya 12 bulan. Ia adalah waktu optimum untuk kedua-dua bayi dan ibu. Bagi bayi, ia boleh melindungi daripada jangkitan dan mengurangkan kadar masalah kesihatan masa akan datang seperti kencing manis, obesiti dan asma.
Bagi para ibu yang menyususkan bayi, ia dapat membantu pengecutan rahim dan pendarahan berhenti lebih cepat selepas bersalin. Selain itu ia juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Dan yang paling best, ia sangat membantu untuk mengurangkan berat badan dan dapatkan bentuk badan sebelum hamil semula.
Apakah kandungan susu ibu?
Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi yang baru lahir. Terdapat banyak nutrien dalam susu ibu yang membantu bayi daripada jangkitan penyakit. Protein dalam susu ibu adalah lebih mudah dihadam berbanding susu formula atau susu lembu. Kalsium dan zat besi yang terkandung dalam susu ibu juga lebih mudah diserap.
1) Protein
Susu ibu mengandungi 2 jenis protein : whey dan casein. Kira-kira 60% adalah whey manakalah 40% adalah casein. Ratio kandungan protein ini memudahkan proses penghadaman dalam perut bayi yang mana sistem pencernaannya masih belum matang. Jika susu formula, ia mempunyai peratusan casein yang lebih dan menjadi sukar untuk bayi hadam. Kira-kira 60-80% daripada protein susu ibu adalah protein whey. Protein ini mempunyai ciri-ciri perlindungan terhadap jangkitan yang lebih baik.
Senarai di bawah adalah jenis-jenis protein yang terdapat dalam susu ibu dan kelebihannya:
a) Lactoferin: Menghalang pertumbuhan bakteria yang menyerap zat besi dalam saluran gastrousus.
b) Secretory IgA: melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Ia juga melindungi daripada E.Coli dan alergik. Immunoglobulin lain termasuk IgM dan IgG turut membantu melindungi daripada jangkitan bakteria dan virus.
c) Lysozyme: Enzim yang melindungi bayi darupada E.Coli dan Salmonella. Ia menggalakkan pertumbuhan flora yang sihat dalam usus dan mempunyai fungsi anti-radang.
d) Bifidus factor: menyokong pertumbuhan lactobacillus iaitu bakteria baik yang melindungi bayi daripada bakteria berbahaya dengan mewujudkan persekitaran berasid di mana ia tidak boleh hidup.
2) Lemak
Susu ibu juga mengandungi lemak penting untuk kesihatan bayi. Ia sangat penting untuk perkembangan otak, penyerapan vitamin larut lemak dan merupakan sumber kalori rendah. Asid lemak rantai panjang (long chain fatty acid) diperlukan untuk otak, retina dan perkembangan saraf.
3) Vitamin
Jumlah dan jenis vitamin dalam susu ibu berkait rapat secara langsung dengan pengambilan vitamin ibu. Sebab itu sangat penting bagi ibu meyusu untuk mendapat nutrisi yang mencukupi termasuk vitamin. Vitamin larut lemak seperti A, D, E dan K, kesemuanya penting utuk kesihatan bayi. Manakala vitamin larut air (C dan B) juga penting untuk kesihatan bayi dan ibu. Oleh itu, perunding laktasi akan sentiasa menasihati para ibu untuk meneruskan vitamin pranatal.
4) Karbohidrat
Laktosa adalah karbohidrat utama yang terdapat dalam susu ibu. Ia menyumbang kira-kira 40% daripada jumlah kalori yang diberikan oleh susu ibu. Laktosa membantu untuk mengurangkan jumlah bakteria yang tidak sihat dalam perut. Ia juga membantu untuk melawan penyakit dan menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam perut.
Susu ibu adalah susu terbaik dunia
Susu ibu mempunyai kombinasi protein, lemak, vitamin dan karbohidrat yang sempurna. Tiada susu yang boleh menandingi susu ibu. Leukocytes adalah sel-sel hidup yang hanya boleh didapati dalam susu ibu. Ia berfungsi untuk melawan jangkitan. Ia adalah antibodi, sel hidup, enzim dan hormon yang menjadikan susu ibu adalah yang terbaik. Ini semua tidak boelh ditambah dalam susu formula.
Bercita-cita ingin susukan anak sehingga 2 tahun? Hubungi saya dan saya sedia membantu anda. =)
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
No comments: