Resepi Brownies Kedut Mudah dan Serius Sedap!

Sunday, December 20, 2015
Assalamu'alaikum..

Alkisahnya masa birthday husband yang lepas, berangan la nak buat something special. Tapi masalah utama bini kesayangan dia ni ialah, baking memang takde experience langsung. Setakat bake chocolate cookies tu boleh la (dah banyak balang dah i jual tau..hehe). Jadi bila berangan nak buat kek untuk suami tercinta tu, memang kena pikir banyak kali.

Bila niat tu baik, mesti Allah tolong. Tibe2, lalu la kat newsfeed facebook bila kakak tersayang merangkap 'ummi Shaklee', kak yana share gambar brownies kedut. Terus minta resepi, bila tengok senang je, mula la operasi di dapur..hehe.

Saya ada ubah sikit daripada resepi asal.

Bahan-bahan:
1) butter salted anchor 85g

2) gula kastor 160g (resepi asal 180g)
3) telur gred A 2 biji
4) dark choc coins 230g
5) serbuk koko 23g
6) tepung gandum 85g
7) vanilla essence (sikit je..saya guna satu tutup botol dia)

Cara penyediaan:

1) Cream kan butter dan gula

2) masukkan telur dan vanilla essence.
Kacau sebati. Tak perlu pukul.

3) cairkan dark coklat menggunakan kaedah double boiler.
3) Masukkan coklat yg dah cair ke dalam adunan.
4) Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak.

5) Bile dah kacau hingga sekata, masukkan dalam loyang.
6) Bakar pada suhu 180 deg selama 40min. (Resepi asal 200deg. Bergantung kepada oven masing-masing).

Hasilnya...taraaaa!!!
oh ni saya tabur badam sebelum bakar brownies. Ikut la citarasa masing2. Kenapa saya cakap serius sedap? Sebab, aritu bagi suami bawa bekal brownies untuk dikongsikan bersama-sama rakan sepejabat. Semua puji sedap. Siap dapat tempahan lagi! Alhamdulillah...kalau rasa2 nak buat bisnes tu, boleh la jual brownies. Senang, mudah dan lazat!

P/s: lepas makan brownies, jangan lupa telan omega 3 dan lecithin. Kita kasi bakar semua lemak2 extra tu..hehe😎
Nak beli vitamin terlaris di pasaran? Jangan lupa roger2 saya di:


FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

2 comments:

  1. Assalam. Bila ada keiginan, yang tak pernah terfikir pun boleh menjadi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.