Farm in the city memang best!

Thursday, November 19, 2015
Assalamu'alaikum..

Last 2 weeks kami laki bini berkesempatan bawa Ammar pergi tengok haiwan2 di Farm In the City. Dah lama plan nak pergi, tapi biasa la bila plan memang la takkan menjadi. Jadi ni memang uplanned punya trip. Tapi yang paling penting Ammar memang excited sangat. Time cuti2 sekolah nanti, highly recommended bawa anak2 pergi sini. Biar mereka belajar tentang nature.

 

Farm in the city ni terletak di Seri Kembangan. Belakang Giant, sebelah downtown. Tiket masuk dia RM32 untuk dewasa yang pemegang mykad. Untuk kanak-kanak bawah 90cm, free!!yeay..Ammar free lagi,haha..Harga tiket untuk kanak2 tak ingat dah berapa. Boleh check di FB farm in the city.

Apa yang menariknya farm in the city ni, kita boleh expose anak2 kita dengan haiwan2 yang jinak. Kebanyakkan haiwan2 kat sini kita boleh pegang dan bagi makan. Bila mula2 masuk je, akan jumpa kura2 besar. Tak tau la berapa umur kura-kura tu. Tapi memang besar dan ada 2 ekor. Pekerja kat situ akan bagi kita sayur untuk kita feed kura2 tu. Yang lawaknya, kalau ramai2 tu, main tonyoh je kat muka kura2 tu..huhu. Ammar salah sorang daripadanya la yang dok tonyoh kat muka kura-kura tu.

 






Lepas tu kita akan lalu house glass. House glass ni kita boleh nampak macam2 jenis ular, buaya, biawak kat dalam tu. So, haiwan2 yang ni just boleh tengok jela k. Tak boleh sentuh tau!


Pastu kita akan masuk dalam satu sangkar besar yang penuh dengan macam2 spesis burung. Ala2 KL Bird Park la cuma versi kecik je. Kat sini akan ada sorang staf letak burung kecik (sorry, saya memang fail bab nama burung) atas bahu kita. Bila dia letak atas bahu Ammar, keras je Ammar berdiri,haha. Selain tu, kita boleh juga bagi makan dekat burung2 kat situ dan makanan burung memang disediakan. No extra charges. 

 

 

Lepas masuk tempat burung, masuk pula kandang kambing. Kat sini bukan ade kambing je, rusa, kangaroo pun ade jugak. Tapi kambing2 kat situ memang terlebih friendly. Bukan setakat makanan yg kita bagi je dia nak, baju kita pun dia nak makan!!haiya..Mula2 ingatkan Ammar tak berani bagi kambing2 tu makan. MasyaAllah, berani sungguh anak bujang tu. Kena sondol demgan kambing pun boleh buat relak je. Mama nak lari dah tau!



Kat situ ada juga kawasan arnab dan hamster. Kat kawasan sini pun boleh bagi makan lagi..memang bagi Ammar experience bagi makan kat haiwan je la. Sekeliling kawasan arnab tu ada 'longkang ikan'. Kat situ, kita boleh tangkap ikan gune jaring yang disediakan. Yang ni Ammar tak reti sangat lagi. So, tunjuk jela i,an2 tu kat dia.


Ada juga satu kawasan tasik yang dalam tu baannnyyyaaakkk ikan kap (rasenye la..haha). Paling best bile kita bagi ikan2 ni makan, berebut-rebut! Ammar pun excited tengok ikan2 tu. Banyak lagi la haiwan2 yang ade kat situ, macam kancil (ada buaya, ada la kancil kan?hehe), burung hantu dan macam2 lagi la. Memang tak rugi pergi situ kalau ada anak kecil yang suke explore. Tempat dia tak besar sangat dan teduh la nak jalan walaupun tengahari sebab banyak pokok lindung. Kami siap pusing 2 kali dan buat semua aktiviti2 tu lagi sekali sebab Ammar suka sangat. Dan yang paling penting, kat situ baannnyyaaakkk sink untuk kita basuh tangan tiap kali pegang binatang.  =)

 




Oh..kedai vitamin sentiasa buka ye. Kalau perlukan vitamin untuk kekal bertenaga nak layan anak2, jangan lupa pm saya. =)

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.