Susu formula bayi mengandungi lemak trans? Apakah lemak trans?
Assalamu'alaikum..
Semalam ternampak satu post dalam facebook orang kongsikan dalam sesetengah susu formula bayi mengandungi trans-lemak. Apakah trans-lemak ni sebenarnya? Kita biasa dengar lemak terbahagi kepada 2 jenis: baik vs jahat. Jadi trans-lemak terletak dalam kategori mana?
Lemak secara amnya terbahagi kepada 2 jenis; baik dan jahat. Lemak baik adalah lemak poli-taktepu (polyunsaturated) dan mon-taktepu (monounsaturated). Manakala lemak jahat pula terdiri daripada lemak tepu (saturated). Jadi, lemak trans tergolong dalam kumpulan mana? Seharusnya golongan lemak jahat. Lemak trans ni jahat adalah ketua segala kejahatan lemak. Ala-ala darth vader. Kenapa? Lemak trans ini terjadi melalui proses apabila lemak tak tepu diubahsuai melalui penambahan hydrogen dalam rantaian asid lemak (fatty acid chain). Proses ini bertujuan supaya produk itu mempunyai jangka hayat yang lebih lama.
Kenapa saya katakan lemak trans ni jahat ala-ala darth vader? Kerana lemak trans ni sangat berbahaya untuk kesihatan. Ia bukan sahaja mampu meningkatkan LDL (kolestrol jahat) dan menurunkan HDL (kolestrol baik) dalam darah, malah ia juga boleh menyebabkan platelet dalam darah lebih sticky. Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan sekaligus boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.
Disebabkan oleh lemak trans ini sangat tidak baik untuk kesihatan, jadi setiap produk yang mengandungi lemak trans wajib ditulis berapa banyak kandungan lemak trans di dalamnya. Tetapi, jika ia mengandungi kurang daripada 0.5g dalam setiap hidangan, maka pengeluar produk boleh untuk tidak menyatakan berapa kandungan lemak-trans dalam produk mereka atau hanya label seagai '0 gram'.
Oleh itu, jika ingin memilih susu formula atau mana-mana produk makanan yang lebih sihat dan bebas lemak trans, kita hanya perlu lihat bahagian label produk itu sendiri sama ada mempunyai label "partially hydrogenated vegetable oil" atau tidak. Kalau ada, maksudnya produk itu mengandungi lemak trans walaupun pada kandungan dilabel lemak trans sebagai 0g.
Bahaya kan? Sekarang kalau tak jaga pemakanan, memang la mudah sangat dapat penyakit terutamanya darah tinggi, sakit jantung dan strok. Ketahui cara terbaik untuk mengurangkan risiko kita daripada mendapat 'penyakit-penyakit orang malaysia' ni di sini. Jangan lupa untuk dapatkan supplemen tambahan yang terbaik di pasaran dunia dengan hubungi saya di:
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
No comments: