8 Makanan Mengawal Paras Gula Dalam Darah.

Friday, February 21, 2014
Diabetes adalah antara penyakit yang sinonim dengan rakyat MalaysiaKaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun 2011. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap. Maka, amat pentinglah bagi kta untuk mengawal paras gula dalam darah untuk mengelak daripada mendapat penyakit diabetes.


APAKAH KOMPLIKASI DIABETES?

Apabila seorang pesakit menghidap penyakit diabetes, mereka juga akan terdedah kepada beberapa jenis penyakit:
Sumber: SahabatDiabetes.com


APAKAH MAKANAN YANG DAPAT MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH?


Kita selalu mendengar 'mencegah adalah lebih baik daripada merawat'. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan kita untuk menjaga pemakanan kita dan cuba kawal paras gula dalam darah kita. Terdapat beberapa makanan yang mampu membantu dalam mengawal paras gula dalam darah:

1) Avocado


Avocado dipenuhi dengan serat larut yang memperlahankan proses penghadaman. Ini akan mencegah gula dalam darah meningkat terlalu cepat. Ia juga mengandungi lemak monotaktepu dan politaktepu yang mana juga dikenali sebagai lemak 'baik'. Petua: makan haruslah secara sederhana kerana avokado juga tinggi kalori.





2) Sayur-sayuran

Sayur-sayuran adalah makanan yang sangat baik bagi mereka dengan paras gula darah tinggi. Antara sayur-sayuran yang terbaik untuk menurunkan paras gula dalam darah ialah:


  1. Artichoke adalah makanan yang sangat baik untuk menurunkan paras gula dalam darah dengan cepat dan secara semula jadi. Ramuan utamanya adalah cynarin, yang mempunyai ciri hipoglisemik yang ringan. 
  2. Saderi adalah makanan yang terbaik kerana ia membantu untuk mengawal paras glukosa darah, kolesterol, dan meneutralkan asid berlebihan yang dihasilkan dalam badan akibat daripada diabetes. 
  3. Bawang membantu mengurangkan glukosa darah.

3) Kayu Manis
Hasil kajian telah menunjukkan kayu manis sebagai rempah yang mungkin mempunyai kesan seperti insulin dan membantu mengurangkan paras gula darah di kalangan pesakit diabetes. 

Dalam satu kajian baru-baru ini di Jerman, penyelidik telah membahagikan 79 pesakit diabetes secara rawak kepada dua kumpulan. Selama empat bulan, kumpulan ujian mengambil ekstrak kayu manis tiga kali sehari, manakala kumpulan kawalan mengambil placebo. Pada akhir kajian, mereka yang telah diberikan ekstrak kayu manis telah berjaya merendahkan tahap gula darah ketika berpuasa sebanyak 10.3%, berbanding dengan 3.4% bagi kumpulan kawalan. Para saintis membuat kesimpulan bahawa ekstrak kayu manis seolah-olah mempunyai kesan yang sederhana dalam mengurangkan tahap gula darah di kalangan pesakit kencing manis, terutama di kalangan mereka yang mempunyai masalah dalam mengawal paras gula berlebihan dalam darah.

4) Buah-buahan 
Buah-buahan berasid juga dapat membantu menurunkan paras glukosa darah anda. Tetapi gula yang berlebihan dalam buah-buahan akan mengurangkan kesan penurunan paras gula dalam darah. Oleh itu, ambillah secara bersederhana. Makan buah-buahan asid: oren, limau gedang, nanas, strawberi, buah delima, kiwi, cranberry, epal masam, dan ceri masam.

5) Oatmeal
Oat adalah satu lagi sumber yang kaya dengan serat larut, yang dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah anda kerana oat melepaskan tenaga secara perlahan-lahan dan berterusan. "Walaupun ia adalah karbohidrat, ia adalah karbohidrat sangat baik," kata jurucakap Persatuan Dietetik Amerika, Marisa Moore, RD, LD, memberitahu WebMD. Kerana ia kaya dengan serat larut, "ia lebih perlahan untuk dicerna dan ia tidak akan meningkatkan gula dalam darah anda dengan cepat. Ia adalah baik untuk mengawal gula dalam darah dari masa ke masa." 

Oat adalah sumber karbohidrat yang berkualiti tinggi yang menawarkan sumber tenaga yang berpanjangan jika dibandingkan dengan roti putih, ia juga boleh membantu dengan penurunan berat badan. Serat larut dalam oat "membantu untuk menjaga kita rasa kenyang", kata Moore.

6) Cuka 
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa cuka atau jus lemon, yang dicampurkan dengan salad, mampu merendahkan tahap gula dalam darah dengan ketara. Makanan asid yang tinggi akan melambatkan pengosongan perut. Itulah sebabnya sedikit cuka diperlukan untuk mengurangkan tahap glukosa darah. 

7) Keledek Manis
Keledek atau keladi mengandungi tahap serat yang lebih tinggi daripada kentang biasa dan oleh itu ia mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. 

8) Ikan Salmon dan daging
Daging, kaya dengan protein, tidak memberi kesan kepada paras gula dalam darah sebanyak karbohidrat, Apabila dimakan dengan kuantiti yang betul, ikan, dada ayam tanpa kulit, dan daging tanpa lemak adalah pilihan yang terbaik untuk diet diabetes. Moore berkata "salmon adalah pilihan terbaik kerana ia juga mengandungi omega-3 asid lemak jantung sihat. 65% daripada penghidap diabetes mati akibat serangan jantung atau strok," kata beliau. 

Daging juga merupakan sumber kromium, sejenis mineral yang membolehkan insulin untuk berfungsi dengan baik dan membantu badan untuk memetabolismekan karbohidrat. Sesetengah pesakit dengan diabetes jenis 2 mengambil makanan tambahan chromium picolinate untuk mengawal paras gula dalam darah.

Selain itu, Shaklee juga ada menawarkan vitamin yang dapat membantu mengurangkan paras gula dalam darah. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini.


No comments:

Powered by Blogger.