10 cara sihat dan mudah menyahtoksid!

Tuesday, February 04, 2014

1. Amalkan makan makanan organik jika mampu
Piliih makanan dengan bijak. Kebanyakan dari makanan kita samaada sayur atau buah banyak terdedah dengan penggunaan racun pertanian, ini amat membimbangkan. Satu cara terbaik mengelakkan pengambilan toksin secara langsung dari makanan ialah amalkan makanan organik. Makanan organik tidak dibiakkan menggunakan racun, ia tidak bertoksin dan selamat.


2. Minum air yg banyak
Seperti yang kita tahu, 50 – 75% badan manusia adalah air. Jadi air merupakan agen penyahtoksin semula jadi yang sangat baik. Air yang cukup dapat memastikan organ berfungsi dengan baik. Jumlah air yg mencukupi sangat penting bagi system pencernaan , pernafasan dan juga penyahtinjaan.  Bagi mengira jumlah air yang diperlukan oleh badan anda sehari. Sila ikut formula di bawah: (Boleh juga rujuk artikel ini banyak mana perlu saya minum air?)

Sebanyak satu liter utk setiap 25 kg berat badan. Contoh, berat abu 75kg
25 kg = 1 liter air
75 kg / 25 kg = 3liter air sehari harus di minum


3. Tukarkan teh biasa dengan teh hijau
Banyak kajian menunjukkan kebaikan-kebaikan yang di bawa oleh teh hijau yang mana salah satunya penyahtoksid. Teh hijau berbeza dengan teh biasa yang sering kita minum, cara proses daun teh yang unik telah memastikan ia mengekalkan sebahagian besar jumlah antioksidan yang sedia ada di dalam daun teh. Antara kebaikan teh hijau adalah untuk menguruskan badan, menurunkan kadar kolestrol jahat “Bad cholesterol”, menurunkan tekanan darah, mengurangkan kemungkinan mendapat kanser dan menurunkan kadar gula dalam darah.



4. Amalkan senaman
Ini cara yang amat mudah untuk diamalkan, tidak perlu mengeluarkan sebarang kos. Amalan senaman secara sihat paling kurang 30 minit sehari dapat membantu badan membuang toksin melalui peluh. Pilih senaman yang anda sukai untuk memastikan anda kekal aktif. Ingat, jangan senam “ikut-ikut”.  Buat apa yang anda suka, maka anda akan dapat kerap mengamalkannya.


5. Makan lebih makanan berfiber
Makanan tinggi fiber dapat membantu system pencernaan membuang toksin berlebihan. Toksin dan bahan buangan berlebihan dapat memastikan sistem pencernaan berjalan dengan lancar dan ia juga secara tak lansung membantu anda untuk mengurangkan berat badan.


6. Berpuasa
Ada kebaikan kepada yang berpuasa.  Sepertimana otak anda, organ anda yang lain juga memerlukan rehat. Dengan berpuasa, organ-organ anda seperti system pencernaan dapat berehat dari mencerna makanan. Hal ini akan memastikan organ anda kembali bertenaga dan dapat kembalikan “rentak” asalnya.


7. Pastikan tidur yg cukup
Setiap org perlukan tidur yang cukup lebih kurang 7 – 8 jam sehari. Badan yang kurang tidur akan menjadi sangat letih dan ini mengurangkan keberkesanan sistem immun badan dan anda akan mudah jatuh sakit.


8. Jauhi sumber toksin: alcohol, rokok dan kafein
Ini adalah perkara terpenting, apa guna mengamalkan segala langkah menyahtoksid jika kita masih mengambil secara lansung bahan-bahan bertoksin kepada badan. Amalan merokok, minum arak dan minum minuman berkafein dengan banyak dapat mengumpul jumlah toksin yang tinggi dalam badan. Tinggalkan!


9. Uruskan stress dengan bijak
Anda mungkin tidak sedar bahawa jika anda terlalu stress akan sesuatu badan anda akan jadi mangsanya, badan anda tidak mungkin akan mampu berfungsi pada tahap optimal. Sebab itu pengurusan stress yang bijak diperlukan. Badan anda tidak akan mampu melepaskan hormone yang baik jika anda stress. Belajar menangani stress dengan klik link ini tangani stress


10. Makan herba / bahan semula jadi
Terdapat pelbagai herba semulajadi yang menawarkan faedah dan khasiat tersendiri. Banyak herba sangat mudah diperolehi kerana dalam sedar tak sedar kita ada mengamalkan pemakanannya dalam diet seharian sebagai contoh, kunyit. Herba yang bersesuai dapat membantu dalam membersihkan badan dari toksin terkumpul. Diantara contoh herba adalah bunga dandelion , cypress dan alfalfa. (Ketahuikhasiat alfalfa dan Herb-Lax Shaklee untuk menyahtoksid). Pastikan anda gabungkan pemakanan herba ini dengan pengamalan hidup sihat, pasti anda akan rasa kesannya.




Selamat mengamalkan tips mudah ini. Moga-moga kita dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal aktif. “MAKAN DENGAN BIJAK, AMAL TIPS SIHAT, HIDUP DENGAN KUALITI” 

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)

FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.