Suplemen Shaklee Membantu Mengawal Paras Gula Darah

Pernah tak anda check kandungan gula dalam darah anda? Tinggi? Rendah? Penyakit diabetes adalah antara penyakit top ranking di Malaysia. Apakah diabetes? Diabetes atau dikenali penyakit kencing manis merujuk kepada bacaan gula yang melebihi paras normal di dalam badan kita. Gula atau glukosa merupakan sumber tenaga bagi badan kita, tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan yang kronik pada badan kita.

Penyakit diabetes terbahagi kepada 2:

1) Diabetes Type 1: Dikenali juga sebagai Insulin Dependent Diabetes Melitus (bergantung kepada pengambilan insulin). Ia terjadi disebabkan oleh organ pankreas tidak mampu menghasilkan insulin secukupnya. Ini menyebabkan pesakit perlu mengambil suntikan insulin untuk menagwal kadar gula dalam badan.

2) Diabetes Type 2: Dikenali juga sebagai Non-Insulin Dependent Diabetes Melitus. Diabetes jenis ini adalah yang yang paling biasa ditemui dan melebihi 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini. Diabetes jenis 2 adalah disebabkan oleh badan yang menghasilkan insulin yang tidak mencukupi ataupun sel tidak dapat bertindakbalas dengan insulin sebaiknya.

APAKAH BACAAN NORMAL PARAS GULA DALAM DARAH?


APAKAH SUPPLEMEN/VITAMIN YANG DAPAT MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH?

Terdapat beberapa candangan suplemen atau vitamin Shaklee yang dapat membantu mengawal paras gula dalam darah.

1) Vivix
Vivix Shaklee terbukti mampu bantu mengawal paras gula dalam darah dalam masa 2 minggu sahaja. Vivix membantu insulin di bawa ke dalam otot dan menyebabkan paras gula turun. Ia juga meningkat pengambilan glukosa oleh hati, tisu lemak dan otot-otot. Vivix juga mengurangkan 'resistant' kepada insulin. Selain itu, ia mengurangkan radikal bebas dengan menghalang pembentukan Advanced Glycation End Products (AGE) di mana AGE boleh menyebabkan komplikasi pada pesakit kencing manis.

2) ESP Shaklee
ESP bertindak dengan membantu penghasilan insulin. Selain itu isoflavones yang terkandung dalam protein soya dapat membantu mengurangkan risiko diabetes. ESP juga adalah non-GMO dan mempunyai indeks glisemik yang rendah. Oleh itu, ia mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan membuat rasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Ini dapat mengawal paras gula dalam darah.

3) GLA complex
GLA ialah asid lemak omega-6 yang amat penting untuk tubuh badan kita. Ia membantu dalam mengurangkan simptom keradangan dan sakit saraf bagi pesakit diabetes neuropathy.

4) Vitamin C Shaklee
Vitamin C mampu membantu dalam meningkatkan imun sistem badan. Selain itu, ia dapat mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol. Vitamin C juga bantu dalam mengurangkan penghasilan retinopati, neuropati dan penghasilan katarak.

5) Vita-Lea Shaklee
Vitalea mengandungi chromium iaitu sejenis mineral yang membolehkan insulin untuk berfungsi dengan baik dan membantu badan untuk memetabolismekan karbohidrat. Kekurangan chromium dalam pesakit diabetes Jenis 2 boleh menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif.

6) Alfalfa Shaklee
Alfalfa juga dikenali sebagai 'raja tumbuhan' yang mempunyai banyak khasiat. Salah satunya adalah ia mampu mengawal paras gula dalam darah. Alfalfa juga boleh bertindak untuk detoksifikasi toksin dalam badan kita.

7) Zinc Complex Shaklee
Zink merupakan mineral yang amat penting untuk fungsi insulin dan kekurangannya boleh meningkatkan insulin resistanceZink terlibat dalam sintesis insulin, penyimpanan, rembesan dan penggunaan. Selain itu zink juga melindungi sel beta. Terdapat kajian menunjukkan sirosis hati dan kencing manis telah dikaitkan dengan kekurangan zink. Ujian telah mendapati bahawa zink dapat menurunkan tahap glukosa dalam pesakit. Apabila zink diberikan bersama asid arakidonik , omega-6 lemak yang terdapat dalam daging, telah terbukti dapat menurunkan tahap glukosa dan sekaligus mengurangkan hiperglisemia pada tikus diabetes.

Perlu ke makan semua ini?Jangan risau, ini hanyalah beberapa cadangan suplemen untuk membantu anda untuk menurunkan paras gula dalam darah. Untuk dapatkan cadangan suplemen yang terbaik untuk anda dan juga mengikut kemampuan anda, jangan risau, anda hanya perlu hubungi saya di:

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UMP Gambang, Inderapura dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

Konsultasi percuma akan diberikan!! ^_^


No comments:

Powered by Blogger.