Zinc complex dan lelaki sejati?

Friday, February 14, 2014
Buat lelaki-lelaki sejati di luar sana, anda pasti akan tertanya2, apakah kebaikan pengambilan zink dalam diet terhadap mutu kelakian anda? Pada pendapat saya , zink adalah mineral yang paling penting untuk lelaki, terutama lelaki yang aktif dengan aktiviti mengangkat berat. Diet yang kaya zink dan zink tambahan amat berkesan untuk meningkatkan paras testosteron dan membantu lelaki untuk meningkatkan komposisi badan mereka.

Kekurangan zink dalam badan lelaki adalah perkara yang paling biasa terjadi di negara-negara barat. Walaupun hanya sedikit kekurangan zink dalam badan lelaki, ia mampu merendahkan daya seks , menghadkan pembinaan otot, menyebabkan penambahan berat badan. Makanan yang kaya dengan zink adalah rakan terbaik buat lelaki untuk beberapa sebab:

  1. Zink adalah mineral penting untuk meningkatkan paras testosteron.
  2. Zink dapat meningkatkan sensitiviti insulin dan kawal kencing manis.
  3. Zink melindungi daripada masalah prostat.
  4. Zink merupakan aromatase perencat kuat menjadikannya anti-estrogen yang amat berkesan. (lebih bersifat kelelakian)
  5. Zink adalah penting untuk sistem imun dan akan membantu anda untuk berlatih dengan lebih kuat.
  6. Zink meningkatkan nafsu seks dan meningkatkan jumlah air mani.

ZINK, SENSITIVITI INSULIN DAN KENCING MANIS:

Zink merupakan mineral yang amat penting untuk fungsi insulin dan kekurangannya boleh meningkatkan insulin resistance. Bagi lelaki yang ingin kelihatan tegap dan berotot harus mengekalkan tahap insulin sensitiviti yang baik. Ini adalah kerana, insulin resistance dan tahap gula dalam darah yang tidak stabil  akan menyebabkan pembentukan lemak di dalam badan.

Zink terlibat dalam sintesis insulin , penyimpanan , rembesan dan penggunaan ; zink juga melindungi terhadap pemusnahan sel beta.

Banyak hasil kajian menunjukkan sirosis hati dan kencing manis telah dikaitkan dengan kekurangan zink. Ujian telah mendapati bahawa dos yang tinggi dengan zink dapat meningkatkan pelupusan glukosa dalam pesakit dengan sirosis hati, dan zink diberikan bersama asid arakidonik , omega 6 lemak yang terdapat dalam daging , telah terbukti dapat menurunkan tahap glukosa dan sekaligus mengurangkan hiperglisemia pada tikus diabetes.

Penemuan ini membantu untuk menjelaskan mengapa pentingnya pengambilan makanan tinggi protein dalam diet seharian dapat meningkatkan sensitiviti insulin dan bukan mengurangkannya.

ZINK UNTUK MENINGKATKAN PARAS TESTOSTERONE:

Diet yang rendah zink akan menyebabkan kelenjar pituitari untuk berhenti melepaskan luteinising dan follicle stimulating hormones yang berfungsi untuk merangsang pengeluaran testosteron dalam testis.

Diet yang kurang zink boleh mengurangkan bilangan androgen receptor sites sebanyak 40 peratus dalam satu kajian tikus , dan tapak reseptor estrogen meningkat sebanyak 60 peratus!

Kekurangan zink yang sederhana akan mengurangkan jumlah androgen binding sites. Ini menyebabkan testosteron bebas di dalam aliran darah akan ditukar kepada estrogen di dalam hati. Pada masa yang sama bilangan reseptor estrogen meningkat. Ini adalah berita yang tidak baik untuk kaum lelaki! 

ZINK TINGKATKAN TAHAP SEKS!


Zink adalah mineral yang paling penting untuk kesihatan reproduktif dan seksual seorang lelaki. Apabila badan anda mendapat keperluan zink yang mencukupi, ia boleh meningkatkan nafsu seks anda dan jumlah air mani anda juga meningkat. Fungsi zink ialah, apabila bertindak bersama B6, ia mampu mengurangkan tahap hormon prolaktin dalam badan. Hormon prolaktin adalah hormon yang bertanggugjawab untuk mengurangkan nafsu seks pada lelaki.


Zink merupakan mineral amat penting untuk fungsi tiroid - tiroid adalah organ yang sebahagian besarnya menentukan kadar metabolisma badan kita, dan apabila ia berfungsi dengan baik, tahap tenaga dalam badan adalah tinggi dan pembakaran lemak adalah lebih efisyen. 

Zink merupakan komponen utama dalam cecair mani dan yang menjadikan ia putih. Kekurangannya boleh menjadi punca utama kemandulan pada lelaki. Kajian menunjukkan peningkatan jumlah air mani di kalangan lelaki setelah mengambil 50mg untuk 100mg zink tambahan sehari bersama makan makanan yang kaya dengan zink.

ZINK MENINGKATKAN FUNGSI IMUN SISTEM BADAN

Zink diperlukan oleh kelenjar thymus untuk menggalakkan pertumbuhan sel-sel T yang melindungi kita daripada jangkitan. Kekurangan zink yang disebabkan oleh senaman yang berlebihan akan membuatkan kita lebih senang untuk demam atau selsema. Oleh itu, bagi atlit, pengambilan diet yang tinggi zink dan suplemen zink adalah penting untuk mereka berlatih atau bersenam dengan lebih kuat dan masa pemulihan yang diperlukan antara latihan dapat dikurangkan. 

No comments:

Powered by Blogger.