Badan Kurus Dengan Set Kurus Shaklee

Mempunyai bentuk badan yang cantik dan berat badan yang ideal adalah idaman semua orang. Tak kira lelaki atau perempuan. Ini adalah kerana bukan saja senang nak cari baju, malah senang nak lakukan apa sahaja jenis aktiviti, nampak lebih berkeyakinan dan paling penting kuruskan badan secara sihat dapat memelihara kesihatan. Selain itu, sudah menjadi lumrah setiap manusia yang ingin kelihatan cantik, hensem anggun dan bergaya..ceewwaahh!!


Ok, jom kita berkenalan dengan set kurus Shaklee yang bukan sahaja dapat membantu untuk menurunkan berat badan, tapi juga mampu bantu meningkatkan tahap kesihatan kita. Set Kurus Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Para ibu yang sedang menyusu juga boleh mengambil produk ini kerana ia tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Berdasarkan pengalaman pengguna2 set kurus shaklee ni, ia bukan sahaja membantu para ibu untuk menurunkan berat badan, tapi juga susu mereka makin bertambah!!Jadi, itu adalah bonus untuk para ibu.



APA YANG TERDAPAT DALAM SET KURUS SHAKLEE?



Set Kurus Shaklee terdiri daripada tiga komponen; iaitu BAKAR, BUANG dan BINA.


LECITHIN / OMEGA GUARD



Lecithin dan omega berfungsi untuk bakar lemak di dalam badan. Sebab itu dua vitamin ini sangat penting dalam set kurus. Lecithin terkenal sebagai 'fat emulsifier' semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dan sekaligus menghalang lemak daripada diserap oleh badan. Ia berfungsi sebagai pemecah lemak dan dan pembersih salur darah yang dapat membantu dalam pelangsingan badan. Bonus untuk pengguna Lecithin, dapat membantu mencegah penyakit darah tinggi, strok dan atherosclerosis. Kenapa? sebab Lecithin mampu melarut lemak, kolestrol dan triglycerides yang menyebabkan penyakit2 kat atas.

Manfaat Omega pun sama. Omega dapat mengawal paras kolestrol dalam badan. Selain itu, amalan pengambilan omega dalam diet harian adalah sangat bagus untuk kesihatan jantung dan otak. Jadi, mana satu yang terbaik antara Lecithin atau Omega? Ibaratnya seperti naik flight dan bas. Kedua2nya akan sampai ke destinasi, tetapi naik 'flight' akan sampai lebih pantas. Cuma beza antara dua tu adalah kos. Sama seperti lecithin dan omega. Ramai cakap pengambilan Omega Guard memberi kesan lebih cepat berbanding lecithin. Tetapi,semuanya terpulang kepada setiap individu. Ramai juga pengguna yang berjaya menurunkan berat badan dengan pengambilan lecithin. 

Dah lepas halang lemak daripada diserap oleh badan, mestilah kita nak dia keluar daripada sistem badan kita kan? Di sinilah fungsi Herb-Lax dan Alfalfa. Alfalfa berfungsi untuk mengakut lemak dan kolestrol tadi keluar daripada sistem badan. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai detoks. Kenapa pentingnya kita detoks badan? Boleh refer di sini. Selain itu, alfalfa juga terkenal sebagai milk booster. Jadi, bagi para ibu yang menyusu yang nak kuruskan badan, ini adalah satu bonus untuk anda!

Manakala untuk herb-lax bertindak sebagai julap semulajadi. Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, herb-lax adalah terbaik untuk membantu masalah anda. 100% daripada bahan semulajadi tanpa bahan kimia dan selamat digunakan.

Energizing soy protein (ESP) dan Cinch adalah sumber protein yang terdapat dalam set kurus shaklee. Protein amat penting dalam membina otot dalam badan. Otot adalah penting untuk meningkatkan metabolism badan. Tanpa otot, metabolism badan kita rendah dan pembakaran lemak sukar untuk berlaku. Bagusnya ESP dan Cinch, kedua2nya mempunyai glisemik indeks yang rendah untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah dan juga mengekalkan tenaga. Pengambilan ESP atau Cinch di waktu pagi akan membuat kita rasa bertenaga dan kenyang berpanjangan. Bonus untuk pengguna yang mengambil ESP, kulit akan kelihatan lebih cantik, anjal dan parut semakin berkurangan!

PERLUKAH ANDA MENGAMBIL KESEMUA PRODUK NI UNTUK KURUS?

Semuanya terpulang kepada setiap individu. Tetapi, untuk dapatkan kesan yang optimum, boleh la cuba kesemua produk yang telah dicadangkan. Jika anda hendak kurus tetapi tidak mempunyai kekurangan bajet. Boleh mulakan dengan Lecithin + Alfalfa + ESP iaitu set basic kurus. Apabila anda berpuas hati dengan hasilnya, boleh repeat order atau tambah pula denga produk lain. ^_^

3 TIPS UTAMA UNTUK KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

1) Pengambilan kalori kurang daripada keperluan kalori harian (calories deficit). Contohnya, jika badan anda memerlukan 1200 kalori, cuba kurangkan kepada pengambilan makanan hanya 1000 kalori sehari. Bagaimana cara nak kira kalori yang diperlukan oleh badan? Saya akan ajar anda cara2 untuk mengira kalori yang diperlukan oleh badan anda di next entry. (Ilmu wajib dikongsi kan?) Atau anda boleh PM saya di FB saya 'Ainaez-Superb Supplement' untuk dapatkan tips secara personal.

2) Senaman. Senaman adalah penting bukan sahaja untuk menurunkan berat badan, tetapi ia juga bagus untuk detoksifikasi badan secara semulajadi dan juga baik untuk kekalkan tahap kesihatan badan.

3) Minum air masak banyak2. Minum air masak banyak2 di sini bermaksud kita perlu minum air yang secukupnya untuk keperluan badan kita. Cara2 nak tahu badan kita cukup air atau tidak, boleh refer di sini.

APAKAH BEZANYA PRODUK SET KURUS SHAKLEE?

1) Dapat memberikan nutrien yang mencukupi.

2) Sumber protein dengan indeks glisemik yang rendah.

3) Bebas daripada GMO.

4) Telah diuji secara klinikal.

5) Hanya menggunakan bahan2 asas yang semulajadi.

BERKESAN KE SET SHAKLEE NI?

Anda boleh lihat di sini review tentang orang yang dah berjaya turunkan berat badan dengan bantuan set kurus shaklee ini.

BAGAIMANA ANDA INGIN DAPATKAN SET KURUS SHAKLEE BERSAMA FREE CONSULTATION?

Anda boleh hubungi saya di:

Aina (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
Tel. No.: 013-9695362 (Boleh whatsapp/LINE)
Email : aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UMP Gambang, Inderapura dan sekitar Kuantan, Pahang. 
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.