4 Mitos Popular Kuruskan Badan!


Mempunyai badan yg ramping dan menarik sememangnya menjadi idaman kebanyakan insan terutamanya rakyat Malaysia (Malaysia Negara paling ramai rakyat obes di Asia Tenggara, ranking No 1 di Asia tenggara). Namun apalah gunanya jika kurus tapi tidak sihat, oleh itu amatlah penting bagi kita untuk mengetahui cara-cara pengurusan berat badan yang betul. Kita sering diperkenalkan dengan tips-tips pengurusan berat badan yang pelbagai, namun yang mana selayaknya di ikut dan yang mana yang patut di buang jauh. Kita perlu pandai memilih. Di sini saya sertakan “4 MITOS POPULAR MENGURUSKAN BADAN!”

1. Mitos: Jangan makan nasi!
Ini merupakan mitos paling terkenal di Malaysia. Sesuai pula dengan fakta makanan ruji rakyat Malaysia adalah nasi, lalu nasi dipersalahkan atas dasar penyebab kegemukkan. Nasi penyebab gemok? Fakta ini ada betul dan ada salahnya. Nasi merupakan sumber karbohidrat yang sangat baik bagi badan anda. Ia juga boleh didapati dengan memakan roti dan kentang.

Masalahnya bukan pada makanan, tetapi pada “amalan” pemakanan. Makan nasi yang berlebihan memang menggemukkan, namun ia bergantung kepada jumlah senaman yang diamalkan anda. Lebih banyak makan sumber karbohidrat lebih banyak perlu anda amalkan senaman. Dinasihatkan anda makan nasi segengam sahaja sekali makan untuk mengekalkan berat badan anda dan kurang segengam nasi untuk tujuan mengurangkan berat badan. Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui kadar bahagian makanan yang perlu ada dalam setiap hidangan.



2. Mitos: Perlu langkau (skip) masa makan
Jangan sesekali anda amalkan, ia bukannya akan mempercepatkan proses menguruskan badan tetapi ia akan melambatkan proses ini. Kenapa ia terjadi? Ia akan mengakibatkan metabolism badan anda menurun setiap kali anda skip makan dan ini akan mengurangkan kadar pembakaran kalori oleh badan. Anda bukan sahaja tidak kurus, malah rugi berlapar sahaja. Yang anda perlu lakukan bukanlah skip makan, tetapi kawal nafsu pemakanan anda.

Mengikut pakar diet dan pemakanan, makan 5 kali sekali amat digalakkan. Ini kerana badan anda akan mengekalkan metabolism aktif pada setiap masa. Bagi yang berkerjaya mungkin agak sukar untuk mengamalkannya atas alasan kekangan masa. Ini boleh diatasi dengan mengamalkan makan 3 kali sehari dengan makanan sampingan selang masa.

“Contohnya: Anda bersarapan pkl 7 pagi dan makan tghhari pkl 1. Anda boleh amalkan makan makanan sampingan pada pkl 10 pagi, cukup sekadar 2 keping tuna sandwich, biskut ataupun buah”



3. Mitos: Terlampau mengharap makanan tambahan
Makanan tambahan sememangnya terbukti dalam membantu anda untuk menguruskan badan, tetapi jangan bergantung sepenuhnya pada makanan tambahan. Lihat saya hitamkan perkataan “membantu”, ini kerana ia bukanlah satu perkara yang pasti melainkan anda gabungkan makanan tambahan dengan pengamalan cara hidup sihat (sentiasa amalkan senaman dan makan diet yang seimbang).



4. Makan lepas pkl 8 malam menggemukkan
Fakta ini kurang tepat dan kurang olahannya. Jam berapa kita makan tidak menentukan kadar kegemukkan seseorang. Tetapi kadar kemasukan kalori kedalam badan (makan) dan kadar pengeluaran/pembakaran kalori dari badan melalui senaman, itulah yang paling penting. Jika anda hanya membakar sedikit sahaja dari jumlah kalori yang di ambil seharian, inilah yang akan menggemukkan anda. Mungkin fakta “Makan lepas pkl 8 malam menggemukkan” ini di ambil kira kerana kebiasaannya selepas jam 8 malam kita akan berhenti dari melakukan sebarang aktiviti yang membakar banyak kalori.



Sebenarnya, apa yang perlu kita fahami di sini ialah pengertian diet itu sendiri. Perkataan diet itu bukan lah hanya merujuk kepada program pemakanan pengurusan berat badan untuk jangka pendek sahaja. Namun ianya program pengurusan kesihatan dan berat badan untuk amalan sepanjang hayat. Betulkan niat, InsyaAllah anda akan mampu amalkan dan capai hidup yang sihat. 

No comments:

Powered by Blogger.