Detoksifikasi suatu keperluan!
Kita
kini hidup dalam persekitaran yang penuh dengan pencemaran, malah dalam minuman
dan makanan yang kita ambil pun tidak terlepas dari bahan-bahan tercemar.
Sedarkah anda yang toksin yang terdedah ini dapat berkumpul dalam badan. Ini sangat memudarat kan dan memberi impak yang
kuat terhadap mutu kesihatan anda.
Pernah
tak anda merasa mudah letih, kulit menjadi sangat sensitif dengan persekitaran,
alergi yang tak berkesudahan (cthnya allergi habuk), ada “eye bag” / mata bengkak, dan minda mudah hilang fokus pada sesuatu.
Ini tandanya anda perlu MENYAHTOKSID! /
DETOX! Badan anda.
Asasnya
, “detox” ini bermakna membuang
bahan- bahan merbahaya atau bahan bertoksin dari badan. Secara semula jadi
badan manusia diciptakan istimewa dengan fungsi menyahtoksid melalui organ-organ badan seperti hati,
peparu, buah pinggang, kulit dan usus. Namun ,jika anda mengumpul terlampau byk
toksin dalam badan fungsi organ ini boleh terencat lalu akan menganggu mutu
kesihatan anda secara langsung.
Sumber-sumber
toksin yang dikenalpasti terkumpul dalam badan kita diperolehi dari tempat dan
punca ini:
Toksin dari
luar:
1. Melalui
pernafasan (Bahan pencuci rumah,
penyaman udara, karpet, gam, asap rokok)
2. Makanan
dan minuman (Buah dan sayur yang disembur racun, ikan dari sungai tercemar, air
kotor)
3. Penyerapan
melalui kulit. (Sentuhan secara lansung dengan bahan toksid)
Toksin dari
dalam badan:
1. Metabolism
badan (Bagi penghasilan tenaga, badan perlu mengurai dan membakar lemak dan
protein. Hasil sampingan proses ini adalah toksin.
2. Pencernaan
tidak lengkap (Makan terlalu banyak, gabungan makanan yang tidak sesuai contohnya
makan buah bersama susu)
1.
Elak penyakit kronik
Toksin di persekitaran
bertanggungjawab atas kebanyakan penyakit kronik , seperti kanser, strok dan
sakit jantung. Dengan program menyahtoksid, kita dapat membantu sistem badan
membuang toksin berlebihan di dalam badan dan mengelak pembentukan penyakit
kronik.
2.
Meningkatkan mutu immun badan
Kurangnya toksin dalam badan
dapat memastikan immun sistem berfungsi
dengan baik bagi mengelakkan jangkitan penyakit.
3.
Mengurangkan berat badan
Toksin mengganggu pembakaran lemak,
ini salah satu punca pertambahan berat badan. Proses “detox” akan membuang toksin yang disimpan di dalam sel lemak badan
dan meningkatkan metabolisma.
4.
Awet muda
Badan akan dapat menyerap nutrient
dengan lebih effisyen lalu membantu mengekalkan keremajaan kulit.
5.
Meningkatkan kualiti hidup
Badan tidak berfungsi dengan baik
apabila banyaknya toksin terkumpul di badan. Nyahtoksin akan mengelak kita
mendapat penyakit seperti sakit sendi, sakit kepala, masalah pencernaan,
masalah tidur,kurang tenaga dan sebagainya.
6.
Menambahkan tenaga
Anda akan merasa lebih bertenaga
dari segi fizikal dan mental serta emosi. Kualiti tidur juga akan meningkat.
7.
Mencantikkan kulit
“detox”
dapat
memperbaiki kulit, menguatkan akar rambut dan kuku serta memberi kulit yang
sihat berseri.
8.
Kesihatan mental
Terbukti toksin yang tinggi di
dalam badan dapat mengganggu emosi dan fokus mental seseorang. Anda akan dapat
berfikir lebih jelas dan membuat keputusan lebih rasional dengan kurang nya
toksin di badan.
Bagi
mengetahui bagaimana caranya untuk membuang toksin dalam badan? Sila baca
artikal seterusnya “10 cara sihat dan mudah menyahtoksin”
No comments: