Vitamin Untuk Bantu Cepat Hamil
Salah satu keperluan untuk pasangan yang sudah berkahwin dan inginkan zuriat adalh perlunya memastikan suami dan isteri mempunyai gizi yang seimbang dan cukup untuk badan mereka. Salah satu usaha yang boleh mereka lakukan adalah dengan mengambil vitamin yang dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesuburan mereka dan sekaligus bantu untuk cepat hamil. Jadi apakah vitamin Shaklee tawarkan yang dapat bantu untuk cepat hamil?
Empat cadangan vitamin ini amat penting dalam meningkatkan tahap kesuburan suami isteri. Apakah fungsi setiap vitamin ini?
KESUBURAN WANITA
Dua vitamin penting yang dapat membantu dalam meningkatkan kesuburan wanita adalah GLA dan B-Complex.
GLA adalah antara vitamin utama yang penting untuk tingkatkan kesuburan isteri. Salah satu kelebihan GLA adalah ia dapat membantu wanita untuk menghasilkan lendir serviks yang berkualiti yang juga dikenali sebagai 'Mukus serviks putih telur' atau 'egg white cervical mucus'. Cecair serviks jenis ini adalah sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat adalah medium perlindungan yang sempurna untuk sperma dari segi tekstur dan pH. Pentingnya cecair serviks yang berkualiti adalah supaya apabila sperma dilepaskan ke dalam faraj, ia mampu berenang melalui cecair serviks dan menuju ke tiub fallopio untuk disenyawakan dengan telur. Selain itu, GLA juga penting untuk menstabilkan kitaran haid. GLA juga mampu mengecilkan cyst. GLA complex mempunyai asid lemak Omega-6 yang penting untuk penghasilan Delta Gamma Linoleic Acid (DGLA). DGLA penting untuk penghasilan hormon prostaglandin. Banyak kajian menunjukkan prostaglandin dapat memberi kesan yang mendalam terhadap cyst. GLA complex shaklee juga mempunyai Vitamin E yang dapat membantu mengurangkan risiko pembentukan cyst.
Vitamin B-complex lengkap dengan vitamin B6, B12 dan asid folik. Pengambilan asid folik adalah penting bagi wanita yang merancang untuk hamil. "Mana-mana wanita yang merancang untuk hamil dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang perlu mula mengambil multivitamin setiap hari dengan kandungan 400 mikrogram asid folik," kata Dr Wider. Vitamin ini juga berfungsi untuk mengatur dan menyokong hormon reproduksi dan menentukan kadar kesuburan bagi wanita. B-complex juga bertindak sebagai vitamin anti-stress. Bagi isteri yang cuba hamil, amat penting untuk bebas daripada tekanan.
KESUBURAN LELAKI
Untuk kesuburan lelaki pula, 2 vitamin yang penting adalah Zink dan CoQHealth.
Zink adalah merupakan supplement yang penting bagi lelaki. Ini adalah kerana, zink diperlukan dalam proses pembentukan testosterone. Zink merupakan komponen utama dalam cecair mani dan yang menyebabkan ia berwarna putih. Peningkatan yang sangat jelas dalam jumlah air mani dapat dilihat pada lelaki yang telah mengambil 50mg untuk 100mg zink tambahan sehari bersama makan makanan yang kaya dengan zink. Selain itu, pengambilan zink bersama B6 dapat mengurangkan paras hormon prolaktin. Hormon prolaktin adalah hormon yang mampu mengurangkan nafsu seks pada lelaki.
Satu kajian yang diterbitkan dalam 'Journal of Fertility and Sterility' mendedahkan bahawa lelaki yang mempunyai CoQ10 yang lebih rendah daripada biasa dalam cecair mani, mereka cenderung mempunyai sperma dengan 'low mortality'. Kajian itu juga mendapati bahawa dengan pengambilan CoQ10 (200mg/hari), subjek akan mengalami peningkatan 'mortality' sperma yang ketara. Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Andrologi menunjukkan kesihatan sperma pada lelaki bertambah apabila 300mg CoQ10 diambil setiap hari. Selai itu, ia juga memberi kesan yang baik terhadap bilangan dan morfologi sperma.
Ini adalah antara cadangan2 vitamin yang dapat membantu dalam meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri dan sekaligus dapat bantu untuk cepat hamil. Anda berminat? Hubungi kami segera untuk dapatkan vitamin untuk tingkatkan kesuburan pada harga yang istimewa!!Plus, kami juga ada sediakan jadual khas untuk cara pemakanan vitamin set subur ini.
Untuk melihat apa kata mereka yang telah merasai kebaikan set kesuburan ini. Sila klik sini SET KESUBURAN SHAKLEE
Untuk melihat apa kata mereka yang telah merasai kebaikan set kesuburan ini. Sila klik sini SET KESUBURAN SHAKLEE
Hubungi kami di:
Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UMP Gambang, Inderapura dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
No comments: