Banyak mana perlu saya minum air?
Ramai yang
beranggapan bahawa minum air yang banyak sangat bagus utk badan. Namun, ramai
juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air
secara berlebihan dari keperluan badan mereka. Apakah kesannya?
1) Jumlah isipadu darah meningkat akan membebankan jantung dan salur darah.
2) Buah pinggang anda pula perlu
bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem
peredaran darah dalam badan anda.
3) Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, dan menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah dan mual.
Bagi mengelak hal-hal diatas terjadi, anda perlu tahu berapa jumlah air yang optimum badan anda perlukan sehari. Ada 3 cara yang mudah untuk mengetahuinya:-
1) Bagi mengira jumlah air yang diperlukan oleh
badan anda sehari. Ikut formula di bawah:
Sebanyak satu liter utk setiap 25 kg berat badan.
Contoh, berat abu 75kg; 25 kg = 1 liter air
oleh itu, 75 kg / 25 kg = 3liter air sehari harus
di minum
atau;
2) Rasa haus sebagai penunjuk badan anda memerlukan
air!
atau;
3) Lihat pada warna air kencing anda. Sekiranya warna
air kencing anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik
manakala warna air kencing yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air
untuk sistem badan anda yang lebih baik.
Semoga bermanfaat. "JOM MINUM AIR"
No comments: