Perubahan Dalam Diri Bila Mula Terjebak Dengan Shaklee

Saturday, December 03, 2016
Sejak terjebak dengan dunia Shaklee ni, bukan sahaja aina dah terlebih health conscious, tapi aina juga start tambah kenalan yang semua positif dan sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan. Istilah dengki, nak sabotaj orang ke walaupun kami jual produk yang sama memang takde langsung!

 

Kawan-kawan baru ni juga yang sentiasa mengingatkan aina untuk sentiasa baiki hubungan dengan Allah. Dulu aina pernah juga protes, dah kenapa kalau nak dapatkan sales kena bangun tahajjud, baca surah al-waqiah, surah al-mulk, solat dhuha, sedekah, istighfar, berzikir dan macam-macam lagi la. Macam tak kena je buat ibadah sebab nakkan habuan dunia.

Tapi buat la juga kan. Takde la protes terang-terangan. Lama-lama tu baru sedar yang manusia ni kalau nak buat kebaikan kena 'paksa' dulu. Kena aim benda yang dia nampak. Bila dah selalu buat dan menjadi rutin, lama-lama baru rasa hikmah nya, keikhlasan datang dengan sendiri, kemanisan buat semua tu.

Siapa kata dunia bisnes ni tiada cabaran sendiri? Sangat mencabar ok. Sebab itu pentingnya amalan-amalan rohani ni. Tahajjud membantu kita membina kekuatan dalaman, sedekah mengajar kita untuk tidak terlalu cintakan harta benda dunia, redha dengan segala kekurangan dan solat dhuha sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dengan segala nikmat yang diberikan.

Selain itu, confident level semakin tinggi sejak terjebak dengan bisnes shaklee ni. Penting tu untuk ada confident level yang tinggi sebab kita nak mejual kan. Kalau tak confident macam mana nak menjual,ye dok? Dulu seorang yang pendiam, sekarang dha makin banyak mulut. Dulu yang malu-malu nak pist status kat fb, sekarang penuh wall aina pasal info kesihatan dan info mengenai shaklee. Dulu yang malas nak baca buku, sekarang dah makin rajin tau!hahaha

Jadi, tu antara benda positif yang merubah cara hidup aina sedikit sebanyak sejak 'terjebak' dengan group orang positif ni. 😊

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.