Kenangan Lucu Yang Tidak Boleh Dilupakan Waktu Sekolah
Sebut pasal kenangan, zaman sekolah adalah antara zaman yang best dan banyak kenangan tak boleh dilupakan. Terutama masa sekolah menengah, SMKA TAHAP yang sedikit sebanyak banyak mencorak diri ni.
Yang paling tak boleh lupa waktu form 3. Masa tu baru habis trial PMR. Pergi ke bilik guru untuk hantar apa ntah masa tu. Tiba-tiba seorang cikgu laki minta tolong untuk kait buah jambu dekat pokok depan rumah dia sebab ramai cikgu perempuan tengah hamil dan mengidam waktu tu.
Aina dan 2 orang lagi rakan pergi la ke rumah cikgu tu untuk ambil buah jambu. Tanya isteri cikgu tu dia cakap galah takde. Alamak, tak tahu nak buat apa. Last2 kami buat keputusan 2 orang panjat pokok, sorang tunggu bawah kutip buah.
Bayangkan dengan pakai baju kurung dan tudung labuh tu kami panjat pokok,hahaha. Sekali, ada sorang cikgu math kami (hensem ok) lalu dengan motor dan berhenti beberapa meter daripada pokok tu. Saya dan sorang lagi kawan yang ada atas pokok kunun-kunun tak bergerak dengan harapan dia tak perasan ada orang atas pokok.
Tapi nak dijadikan cerita, akhirnya cikgu math tau juga siapa yang panjat pokok tu. Allahuakbar..malunya tak tau la nak cakap apa. Dengan semut penuh dalam baju lagi. Tapi takpela, janji dapat memenuhi kehendak cikgu-cikgu yang mengidam kan.
Dan masa aina form 5, aina masuk kelas dan jumpa ada satu plastik buah jambu atas meja. Dalam hati dok pikir siapa la bagi ni. Tiba-tiba kawan aina bagi tau, "ni Cikgu Shamsul bagi. Dia cakap aok suka ngat makan jambu. Dia bagi satu plastik". Ok, kejadian 2 tahun lepas dia ingat lagi..aduh..malu2.🙈🙈🙈
Dan sebenarnya banyak lagi la kenangan kat sekolah ni. Kenangan dekat asrama, dewan makan, kelas, lab. Semua bila terkenang balik, rasa nak gelak je. Masa reunion semula dengan kawan-kawan dulu..macam2 la cerita zaman sekolah keluar.
Dan pengalaman itu lah telah sedikit sebanyak mencorakkan siapa diri ini hari ini. Dan guess what? Aina berkahwin pun dengan mamat yang duduk depan aina dalam kelas masa form 4 n form 5...kuikuiui..
Laluan setiap hari dari asrama ke sekolah
Bawa ammar jalan-jalan tengok sekolah abah n mama,hehe
Tangga legend nak ke kelas ni..hehe
Bila la boleh repeat lagi ke sekolah ni bersama kawan-kawan. Sambil reunion, boleh cod shaklee kat orang-orang jerantut,hehehe.
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
No comments: