Kenali Pengasas Syarikat Supplement No 1 di US

Sunday, December 11, 2016
Dalm blog ni aina selalu sebut Shaklee..shaklee..shaklee...tapi korang tau tak sebenarnya Shaklee tu adalah nama pengasas syarikat company supplement yang aina dok jual ni? Meh aina nak cerita sikit kisah Dr. Forest C. Shaklee dan macam mana tertubuhnya syarikat Shaklee ni.

 

Alkisahnya, family beliau tinggal di tempat yang mempunyai persekitaran yg kotor kerana aktiviti perlombongan arang batu di Iowa. 

Kesian sejak lahir Doktor sahkan beliau tak boleh hidup lama. Anggaran dalam 8 tahun sahaja kerana disahkan penyakit tuberculosis. Tetapi mak ayah beliau tidak berputus asa. Mereka mula berpindah ke persekitaran yg lebih sihat dan dekatkan diri dengan alam semulajadi, udara lebih bersih dan amal herba semulajadi untuk proses pemulihan. Dan akhirnya, apabila beliau meningkat usia remaja, doktor sahkan penyakit TB beliau terkawal.

Sebab itu Dr. Shaklee mula mempunyai minat yang mendalam dalam mengkaji alam semulajadi  dan beliau percaya kekurangan zat makanan dapat dipulihkan dengan memberi lebih banyak makan berkhasiat.

Pada tahun 1915, beliau telah mencipta 'vitalized minerals' iaitu multivitamin pertama dunia, sebelum konsep vitamin telah difahami sepenuhnya. Dan perkataan vitamin yang diguna pakai sehingga kini datang daripada singkatan 'vitalized minerals' Pada tahun 1956 beliau menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia

Tatkala orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada alam semulajadi dengan mencari bahan-bahan semula jadi untuk menghasilkan vitamin. Dan korang nak tau? Beliau juga di antara yang terawal yang mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia tau? Tak tahu? Meh beli basic h. 😁

Keluarga Shaklee menubuhkan syarikat mereka bukan untuk mengait keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada untuk membantu orang untuk hidup lebih sihat. Dr. Shaklee mahu setiap produk harus menjadi yang terbaikdan memenuhi keperluan sebenar, bukan hanya sekadar diletak di atas rak.

Hebat kan? Jadi vitamin pertama di dunia ni adalah hasil ciptaan Dr. Shaklee sendiri. Sedar tak sedar vitalized mineral atau sekarang dikenali sebagai vitalea dah berusia lebih 100 tahun tau! Dan masih menjadi permintaan tinggi sehingga sekarang. Disebabkan kualiti produk Shaklee yang sangat terjaga, syarikat dia dapat bertahan sehingga berpuluh tahun dan semakin maju. Jadi, bila produk bagus, of course la bisnes akan terus maju ye dok?

Nak cuba produk high class beserta konsultasi ni? Boleh hubungi aina k.

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.