Mudah Hamil : Fahami 10 fakta ovulasi dan kesuburan

Assalamu'alaikum..

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti inginkan zuriat sebagai pelengkap hidup. Tetapi tidak semua pasangan akan dikurniakan zuriat seawal tahun pertama perkahwinan. Ada yang terpaksa tunggu sehingga 4 hingga 5 tahun baru dikurniakan zuriat. Kat sni saya nak kongsikan konsep ovulasi dan kesuburan; iaitu 2 benda yang penting untuk memudahkan para isteri hamil. Apabila kita memahami fakta mengenai ovulasi dan kesuburan, lebih mudah untuk kita merancang keluarga. Jom lihat apakah 10 fakta ovulasi dan kesuburan yang perlu kita tahu. 



Fakta 1# Fahami period cylce anda

Apabila kita tahu kitaran haid kita, ini akan meningkatkan peluang untuk hamil. Fasa pertama bermula pada hari pertama anda haid. Badan anda akan menghasilkan hormon untuk mematangkan telur anda. Antara hari ke2 dan ke14, hormon ini juga membantu menebalkan dinding uterus anda supaya ia mempunyai persekitaran yang kondusif untuk telur yang telah disenyawakan. Fasa ini juga dikenali sebagai follicular stage.


Sumber: http://lakecharlesobgyn.com/Complete/231-Endocrinology-Menstrual-Cycle.aspx

Fakta 2# Apa yang berlaku waktu ovulasi?

Secara purata kitara haid adalah 28-32 hari. Proses ovulasi akan berlaku antara hari ke 11 dan 21 dalam kitaran haid anda. Waktu ini, sejenis hormon yang dikenali sebagai luteinizing hormone (LH) meningkat dan telur yang sudah matang akan dibebaskan. Pada masa yang sama, cervical mucus akan meningkat untuk membantu pergerakan sperma ke telur. 

Fakta 3# Apa yang paling penting adalah waktu yang sesuai

Setiap wanita dilahirkan dengan 1-2 juta telur, tetapi hanya 300-400 sahaja yang akan release melalui ovulasi. Kebiasaannya, satu telur akan dibebaskan setiap bulan. Telur yang dibebaskan akan melalui tiub fallopian . Jika waktu ini suami isteri bersama, telur akan disenyawakan oleh sperma dan kemudian akan bergerak ke uterus. Jika persenyawaan tidak belaku dalam 24 jam, telur akan meninggalkan ovari dan seterusnya hilang. Sperma dapat hidup antara 3-5 hari dalam uterus wanita. Oleh itu, amat penting untuk kita ketahui waktu ovulasi (atau waktu subur isteri) supaya mudah untuk merancang dapatkan zuriat.

Fakta 4# Jejak waktu subur isteri
Sumber: google
Secara umum, peluang paling tinggi untuk hamil adalah bersama dengan suami 1-2 hari sebelum berlaku ovulasi. Ingat fakta 3#, sperma hidup 3-5 hari dalam rahim isteri kan? Cara untuk ketahui waktu subur, jika anda mempunyai kitaran haid 28 hari,  Hari yang ke 14 adalah waktu subur anda. Oleh itu, digalakkan untuk bersama suami pada hari ke 12 hingga 14. Kitaran haid anda boleh jadi lebih pendek atau lebih panjang. Untuk memudahkan anda, muat turun aplikasi tracking ovulation ke hp anda untuk tahu waktu subur anda.

Fakta 5# Jejak waktu subur isteri menggunakan suhu


Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Basal_body_temperature
Selepas telur anda dibebaskan, hormon progesterone akan meningkat. Hormon ini akan menyebabkan suhu badan anda meningkat sedikit. Mengambil suhu badan di waktu pagi sejurus lepas bangun tidur boleh membantu kita untuk mengagak jika berlaku ovulasi. Tetapi cara ini adalah kurang tepat jika dibandingkan dengan mengira hari waktu subur anda.

Fakta 6# Jejak waktu subur isteri melalui hormon


Sumber : Google
Peningkatan hormon LH akan cetus ovari untuk bebaskan telur yang sudah matang. Peningkatan hormon ini biasa berlaku 36 jam sebelum telur dibebaskan. Ovulation kit berfungsi mengukur tahap hormon LH dalam air kencing untuk membantu mengira hari ovulasi anda. Kit ini ada dijual di kedai2 farmasi. Ia juga lebih tepat.

Fakta 7# Tips untuk merangsang ovulasi

Terdapat pelbagai bukti menunjukkan persekitaran berkait rapat dengan kesuburan. Jika anda ingin meningkatkan peluang untuk hamil, anda perlu:
*Makan makanan tinggi kandungan folic acid.
*Lebihkan mengambil makanan organik
*Kawal berat badan supaya berat sentiasa ideal (melalui diet dan senaman)
* Makan supplemen dan vitamin seperti folic acid.

Fakta 8# Berat badan mempengaruhi kesuburan

Satu kajian telah menunjukkan BMI yang melebihi normal, mengambil 2 kali ganda lebih masa untuk hamil berbanding mereka yang BMI normal. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obese, mengurangkan berat badan boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan dan peluang untuk hamil. Menurut American Society for Reproductive Medicine, apabila berat badan urun sebanyak 5-10% dapat meningkatkan ovulasi dan kadar peluang untuk hamil. Obesiti juga boleh menyebabkan kurang subur dan level tesosterone yang rendah di kalangan lelaki. Tetapi, terlampau kurang berat baan juga boleh menyebabkan kurang subur.

Fakta 9# Bagaimana cara tingkatkan kesuburan lelaki?

Antara perkara para suami boleh lakukan untuk meningkatkan kesuburan ialah:

* Kurangkan tekanan
* Elak merokok
* Kekalkan berat badan ideal
* Makan makanan tinggi kandungan zink (boleh didapati dalam daging, whole grain, seafood dan telur), selenium (daging, seafood, cendawan) dan Vitamin E. Boleh juga amalkan vitamin untuk tingkat kesuburan lelaki. Lihat di sini.
*Elak mandi dalam kolam air panas dan sauna kerana ia boleh mengurangkan bilangan sperma.


Fakta 10# Bagaimanakah konsep Urine Pregnancy Test (UPT)?

UPT digunakan untuk check  kehadiran hormon kehamilan yang dikenali sebagai hCG dalam badan anda. hCG ini akan terhasil sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan melekat di dinding uterus anda. Orang tua biasa cakap "dah lekat". Ujian ini biasanya kita lakukan di awal pagi (air kencing pertama di waktu pagi) kerana pada waktu ini kandungan hCG tinggi.

Apa pun, sebagai orang Islam, kita kena ingat, rezeki semuanya daripada Allah. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha. Oleh itu, jangan sesekali berputus asa dan selalu lah meminta daripada-Nya. Elakkan tekanan dan gembira lah selalu k. Allah kan ada. =)


FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.