10 Cara Terbaik Untuk Menaikkan Selera Makan Si Kecil

Friday, August 14, 2015
Assalamu'alaikum

Siapa kat sini yang mempunyai masalah anak susah nak makan? Atau takda selera nak makan? Saya juga mengalami masalah yang sama dengan anak saya. Tiap kali suap makanan, dia akan luah balik makanan tu. Susah sangat nak kunyah dengan telan. Tapi alhamdulillah, setelah saya amalkan beberapa tips yang saya cari di google, makin ok selera makan dia. Allahuakbar, masa tu memang rasa bersyukur yang teramat sangat. Jadi apakah antara tips yang saya berjaya kumpul untuk tingkatkan selera makan anak?

1) Adakan jadual waktu makan untuk anak. Apabila ada jadual makan yang tetap,  apabila tiba waktu makan, dia dengan sendirinya akan rasa lapar.
sumber: http://www.onetouchdiabetes.co.in/live-with-diabetes/eating-healthy

2) Buatkan suasana waktu makan satu suasana yang menyeronokkan. Waktu makan adalah waktu paling sesuai untuk kita bercakap perkara2 yang happy je dan mengukuhkan lagi family bonding. Elakkan suasana stress waktu makan kerana ia boleh mematikan selera makan. Universiti Nevada ada mencadangkan, mainkan lagu kegemaran anak waktu makan untuk menaikkan perasaan gembira dan secara langsung dapat menaikkan selera makan.

3) Sediakan makanan anak-anak dalam bentuk yang menarik perhatian dan penuh warna. Gunakan pelbagai jenis sayur dan buah yang mempunyai macam-macam warna untuk membantu menghias pinggan anak anda.
versi orang yang creatif
sumber: http://www.lushome.com/food-art-adds-fun-amazing-edible-decorations-eating-experience/105203
Bila mama Ammar cuba menjadi kreatif..hehe
4) Jangan sesekali marahkan anak waktu makan. Anak yang kecil masih belum paham sepenuhnya adab di meja makan. 

5) Elakkan beri makanan atau snack yang tidak berkhasiat antara waktu makan. Ini untuk mengelakkan perut anak rasa kenyang apabila tiba waktu makan.

6) Berikan makanan berlainana tiap kali waktu makan untuk elakkan anak berasa bosan dengan makanan yang sama.

7) Jangan sesekali paksa anak makan apabila dia taknak makan. Sentiasa cuba offer makanan dari masa ke semasa sampai dia nak. Bila dia lapar, pasti dia akan makan.

8) Lakukan eksperimen dengan offer pelbagai jenis makanan kepada anak dan cuba lihat makanan mana yang boleh menaikkan selera makan mereka.

9) Galakkan anak anda untuk melakukan aktiviti fizikal seperti berenang, bermain bola, lumba lari, dan berbasikal untuk anak cepat rasa lapar. Setakat ni, memang antara aktiviti wajib ammar la main bola dan lumba lari dengan mama dia..hehe

10) Berikan multivitamin kepada anak anda. Jika badan anak kekurangan vitamin, ia sekaligus memberi kesan kepada selera makan anak anda. Anda boleh campur sedikit Mealshake Shaklee ke dalam susu atau jus kegemaran anak anda untuk membekalkan vitamin secukupnya. Sudah ramai yang berjaya dengan kaedah ini untuk menaikkan selera anak anak. Boleh la cuba tau.


 Jom tengok video di bawah ni macam mana Puan Sylvia Yong dan Puan Irayanti Mohamad yang berikhtiar berikan mealshake kepada anak mereka yang kurus kering dan sering sakit di taska. Dan anak mereka makin bertambah berat dan selera makan selepas 3 bulan amalkan mealshake dan juga immune system badan anak puan Irayanti pun bertambah baik.



Semoga tips2 yang diberikan dapat membantu para ibu bapa di luar sana untuk meningkatkan selera makan anak-anak mereka. Saya doakan semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat, cergas dan cerdas ya...Amiinn.. Untuk dapatkan mealshake, jangan lupe ye hubungi saya di:

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.