8 Tips mudah didik anak duduk dalam carseat

Sunday, August 09, 2015
Assalamu'alaikum..

Sejak ammar jatuh terhantuk dashboard sampai penuh darah dalam mulut, kami terus decide nak wajinkan ammar duduk dalam carseat tiap kali naik kereta. Satu cabaran juga nak train ammar duduk dalam carseat sebab dah setahun setengah baru nak train. Jadi tahap meronta dia tu memang kuat la. Tapi alhamdulillah makin hari makin nampak positif progress ammar. Jadi kat sini saya nak share beberapa tips yang saya gunakan untuk ammar sentiasa happy duduk dalam carseat.

1) Sentiasa berdoa dan meminta dengan Allah
Yang ni memang perkara wajib saya buat setiap hari.. Saya sentiasa amalkan konsep nak apa2 minta dengan Allah. Sebelum carseat sampai lagi ( carseat saya beli online dekat lazada, memang harga lagi murah daripada kedai..hehe), tiap2 hari sampai sekarang saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga permudahkan kami suami isteri untuk didik ammar duduk dalam carseat demi keselematan dia. Doa seorang ibu kan mustajab. Jadi gunakan kelebihan yang ada.

2) Bisikkan pada telinga ammar tiap kali ammar tido
Ini pun tips saya cilok daripada parenting course. Tiap kali anak tido (baru tido la..bukan dah lama), bisikkan pada telinga anak kita ape yang kita nak dia jadi atau buat. Konsep yang mereka ajar, apabila anak baru tido, otak kiri sudah dalam keadaan tidur, tapi otak kanan masih dalam separa tidur. Jadi waktu ni kita suntik kata2 positif dan harapan kita pada anak kita. InsyaAllah berkesan. Jadi tiap2 malam bila ammar baru je tido, saya usap2 kepala dia sambil cakap 'ammar anak yang soleh, anak yang baik, anak yang dengar cakap mama abah. Tiap kali naik kereta, ammar suka duduk dalam carseat'.

3) Sediakan makanan dan minuman kegemaran anak
Sangat membantu bila ammar tunjuk tanda2 boring. Bagi air vitagen atau milo atau biskut kegemaran dia, dapat tenangkan hati dia untuk sementara waktu.
Minum air vitagen...nyum..nyum..nyum..
4) Bawa mainan atau buku aktiviti
Ini untuk elakkan ammar rasa bosan bila duduk dalam carseat dalam jangka masa yang lama. Ammar lebih suka tengok gambar2 dalam buku dia. Jadi saya akan bawa beberapa buku gambar haiwan dan kenderaan. Bila dia menunjukkan tanda2 untuk protes, alih perhatian dengan tunjuk gambar2 dalam buku. Buat la nada ceria dan excited. Memang sangat membantu.
5) Tunjuk apa yang ada di sekeliling
Ammar memang suka tengok bas, lori dan kereta2 besar. Dia akan buat ekspresi kagum sangat bila tengok kenderaan2 besar ni. Jadi, tiap kali dia dah tunjukkan tanda2 boring, terus tunjuk dia bas, lori. Kadang2 boleh juga tunjuk benda2 lain yang ada di jalanraya macam traffic light, pokok, awan, bukit dan sebagainya. Ajar beberapa simple vocab. Sebagai contoh bila ada di traffic light, kita cakap dengan anak kita, 'red...stop! Green...go!'. Selain buat dia jadi ralik dengan apa yang kita tunjuk, sedikit sebanyak dapat membantu anak kita untuk tambah vocab.

6) Nyanyi dan buat gaya sekali
Lagu yang sangat membantu untuk buat ammar happy lagu ' the wheels on the bus'. Memang dia suke sangat sebab dia boleh join menari dengan mama dia..haha.
Buat gaya 'wiper on the bus'
7) Amalkan konsep setiap kali kereta bergerak, wajib duduk dalam carseat
Ini adalah salah satu tips yang rakan saya berikan. Tiap kali anak menangis nak keluar daripada carseat, hentikan kereta dan buat keluar anak. Katakan pada dia, bila kereta nak gerak, wajib duduk dalam carseat. Bila dia tenang sedikit, letak semula dalam carseat dan mulakanlah perjalanan anda.

8) Lampin mesti kering dan bersih dan perut anak kenyang
Sebelum mulakan perjalanan, lebih2 lagi long distance, pastikan lampin anak bersih dan perut sudah kenyang.

Alhamdulillah, setakat ni ammar makin ok duduk dalam carseat. Awal2 dulu menangis macam histeria juga la. Tapi kita sebagai ibu, jangan sesekali putus asa. Cekalkan hati dan banyakkan bersabar dan banyakkan berdoa. Ammar pun masih lagi dalam proses nak biasakan diri. Doakan semoga ammar sentiasa happy duduk dalam carseat ye. Semoga anak2 anda pun sentiasa happy duduk dalam carseat dan semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kita. Harap tips2 yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada semua. =)


FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.