12 makanan yang membantu untuk bakar lemak berlebihan
Assalamu'alaikum
Bakar lemak berlebihan atau dapat bentuk badan yang langsing dah kurus adalah impian semua orang. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, tapi ia juga mampu mengurangkan risiko2 untuk mendapat penyakit seperti sakit jantung, sakit lutut, sakit belakang, dan juga darah tinggi. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit2 ni berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal. Jadi, ada ke makanan yang bila kita makan boleh bantu untuk bakar lemak berlebihan dalam badan? Jom kita tengok.
1) Tenusu rendah lemak: Susu, yogurt, cottage cheese.
Kesemua ini mengandungi kalsium dan terdapat satu kajian menunjukkan apabila kita tidak mendapat keperluan kalsium harian yang mencukupi, badan akan melepaskan sejenis hormon calcitrol. Hormon ini menyebabkan badan kita untuk menyimpan lemak. Tetapi, jika kita mengambil keperluan kalsium harian yang mecukupi, ia dapat membantu badan untuk bakar lemak.
Mengikut kajian yang telah diisukan pada bulan April di Obesity Research, produk tenusu dapat meningkatkan pengurangan berat badan. Jadi, cukupkan lah keperluan kalsium harian anda. Tak suka minum susu? Takpe, ostematrix kan ada. Salah satu suplemen favourite saya. Kenapa? Boleh tengok di sini.
2) Buah beri
Buah beri kaya dengan serat. Serat adalah komponen utama jika hendak turunkan berat badan. Ia akan buat anda rasa kenyang berpanjangan dengan pengambilan kalori yang rendah. 1 cup serving raspberries mengandungi 8g serat dan hanya 60 kalori! Strawberry, blackberry dan blueberry adalah contoh buah beri yang tinggi serat.
3) Bijiran tinggi serat
Satu kajian yang diterbitkan di Journal of the American Dietetic Association menunjukkan wanita yang makan bijiran untuk sarapan pagi, 30% kurang mempunyai berat badan berlebihan berbanding dengan mereka yang bersarapan dengan telur, donut atau muffin. Bijirin tinggi serat mempunyai rendah kalori dan serat membantu anda rasa kenyang sepanjang pagi.
4) Buah citrus: Oren, lemon, limau nipis
Makanan yang mempunyai kandungan vitamin C dapat membantu proses metabolisme lemak lebih cepat. Anda hanya perlu 60 mg vitamin C setiap hari untuk keperluan asas badan anda. Tetapi, menurut kajian, jika anda naikkan keperluan vitamin C kepada 500 mg sehari, ia dapat meningkatkan sehingga 39% proses bakar lemak ketika anda bersenam. Penyelidik di Scripps Clinic, mendapati peserta yang makan grapefruit setiap hidangan selama 12 minggu dapat mengurangkan purata 3.6 pounds. Tetapi jika makan vitamin C berlebihan, ia akan dibuang melalui air kencing. Sebagai alternatif, boleh ambil sustained release vitamin C yang mempunyai teknologi pelepasan 100 mg vitamin C ke dalam tubuh badan setiap jam. Jadi, tiada pembaziran akan berlaku. Best kan? =)
5) Teh Hijau
Teh hijau mengandungi kafein yang membantu badan anda untuk membakar lebih kalori semasa anda sedang rehat. Teh hijau juga mengandungi sejenis compound ECGC yang membantu meningkatkan metabolisme badan anda.
6) Air
Air membantu menyingkirkan toksin dalam badan yang menyebabkan penurunan metabolisme badan. Dengan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dapat membantu proses pencernaan bekerja dengan lancar dan sekaligus menyingkirkan toksin2 yang tidak diingini. Penyelidik di German menyatakan subjek kajian yang minum lebih kurang 17 oz air telah meningkatkan metabolic rate mereka sebanyak 30%. Air juga bertindak sebagai penahan selera dan menyingkirkan sodium dan toksin.
7) Kacang soya
Kacang soya mengandungi lecithin yang membantu dalam menghalang sel-sel dalam badan untuk menyimpan lemak. Malangnya kebanyakkan soya di pasaran adalah genetically modified. Jadi pilihan yang terbaik adalah ESP yang diperbuat daripada non-GMO kacang soya.
8) Ikan : Salmon, Tuna, Sardin
Kesemua ikan ini mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi. Omega-3 akan mengubah sejenis hormon, leptin di dalam badan yang secara langsung mempengaruhi metabolisme. Minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega 3 akan meningkatkan enzim yang bertanggungjawab untuk bakar lemak dan menurunkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyimpan lemak. Kajian juga menunjukkan ia mampu meningkatkan pembakaran kalori sebanyak 400 kalori sehari! Ikan seperti salmon dan trout adalah sumber terbaik omega-3. Tetapi anda juga boleh mengambil supplemen seperti OmegaGuard dalam diet harian anda.
9) Daging tanpa lemak
Kesemua jenis daging tanpa lemak membantu meningkatkan metabolisme badan dan akan bakar lebih banyak lemak kerana untuk mencernakan daging dengan sempurna, ia memerlukan lebih tenaga. Selain itu, pengambilan protein membantu mengekalkan jisim otot semasa ketika dalam proses penurunan berat badan, metabolisma badan kekal full speed dan ia tetap membakar kalori walaupun kita dalam keadaan rehat.
10) Makanan pedas seperti cili
Satu kajian menunjukkan terdapat satu chemical compound; capsacin yang boleh didapati dalam cili, mampu meningkatkan metabolisma badan. Makan makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma badan sehingga 25% sehingga 3 jam. Lauk seperti sambal belacan, memang wajib ada dalam menu kita!
11) Brokoli
12) Bawang putih
Bawang putih adalah pencair darah semulajadi. Selain itu ia juga mempunyai keupayaan untuk membakar lemak. Kebanyakkan orang tidak suka untuk makan bawang putih kerana bau nya. Tetapi, dengan menambah bawang putih ke dalam menu diet anda, ia dapat membantu pembakaran lemak dalam badan anda dan beberapa kelebihan yang lain. Untuk lebih mudah, telan sahaja garlic complex dari Shaklee untuk dapatkan keberkesanan yang sama.
Best kan? Sambil makan, boleh meningkatkan metabolisma badan dan sekaligus membakar lemak yang berlebihan. Tapi perlu ingat, kalau betul-betul serius untuk turunkan berat badan, harus la dengan diet dan juga senaman yang betul. Berminat dengan vitamin2 yang awesome dan terhangat di pasaran dunia ni? Boleh hubungi saya di:
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
No comments: