5 tips penting penjagaan kulit muka supaya kekal sihat dan berseri

Assalamu'alaikum...

Semua orang inginkan kulit yang bersih, sihat dan berseri. Faktor persekitaran, cara pemakanan dan gaya hidup seseorang memang boleh memberi kesan kepada kulit kita. Kat sini saya nak kongsikan 5 tips asas dalam penjagaan kulit muka supaya kulit kita sentiasa sihat, bersih dan berseri. Tak susah pun, 5 je benda kena buat. =)



1) Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari.

Salah satu perkara yang paling utama dalam penjagaan kulit adalah, lindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Pendedahan yang berpanjangan pada sinaran matahari boleh menyebabkan muncul tanda-tanda penuaan dengan cepat seperti kedut, jeragat dan lain-lain. Selain itu, risiko untuk mendapat kanser kulit pun tinggi.

Untuk perlindungan daripada sinaran matahari, anda perlu:

# Gunakan sunblock. Malaysia ni kan negara panas, jadi sebelum keluar rumah, sapu la broad-spectrum sunblock dengan SPF paling kurang 15. Sapu setiap 2 jam atau lebih kerap jika anda pergi berenang atau sentiasa berpeluh.

# Cari perlindungan. Kalau boleh, elak daripada kena cahaya matahari antara pukul 10pg hingga 3pm di mana waktu ini sinar matahari paling terik.

# Pakai pakaian yang sesuai. Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang dan topi yang lebar untuk mengelak daripada kena sinar matahari yang terik.

2) Jangan merokok

Tabiat merokok boleh menyebabkan kulit kelihatan lebih tua dan kedut makin banyak. Merokok akan menyempitkan salur darah di lapisan kulit paling luar. Ini menyebabkan aliran darah makin kurang dan akhirnya kulit akan kurang mendapat oksigen dan nutrien yang penting untuk kulit yang sihat.

Selain itu, merokok juga boleh memusnahkan kolagen dan elastin (fiber yang bertanggungjawab memberi elasticity pada kulit).

3) Penjagaan kulit tanpa bahan kimia

Untuk penjagaan kulit yang terbaik, kita perlu:

# Elak daripada menggunakan sabun ada bahan kimia yang kuat. Sabun yang mengandungi bahan kimia yang kuat boleh mengeringkan kulit anda. Pilih lah sabun bebas bahan kimia seperti Gentle Deep Foaming cleanser.

Nak rasa kulit lagi bersih, sapu juga soothing radiance whitening softener untuk membersihkan sel-sel kulit mati dan juga lebihan kotoran di kulit. Rasa licin je kulit gitu.

#Sapu moisturizer. Gunakan Ultimate protection whitening lotion sebelum keluar rumah. Ia bukan sahaja tidak melekit, kulit rasa lembut je di samping itu ia juga melindungi kulit anda daripada UV.
4) Pemakanan yang seimbang

Pemakanan yang seimbang dan sihat sangat penting untuk penjagaan kulit. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dapatkan nutrisi yang penting untuk kulit. Banyak kajian menunjukkan, pengambilan makanan kaya dengan vitamin C dapat membuatkan kulit kita kelihatan lebih muda dan sihat. Selain itu, vitamin E juga adalah terbaik untuk kulit kita. Jika rasa tak dapat vitamin yang cukup melalui pemakanan, ambil lah vitamin-vitamin tambahan untuk mencukupkan keperluan harian anda.

5) Pengurusan tekanan dengan baik

Tekanan yang tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan kulit anda akan lebih sensitif dan jerawat makin banyak di muka. Untuk menggalakkan kulit yang sihat, cuba uruskan tekanan anda. Pergi bercuti atau bersantai di tepi pantai dan menguruskan masalah dengan bijak adalah antara cara yang boleh uruskan tekanan anda. =)

Untuk dapatkan vitamin dan set skincare bebas bahan kimia yang terbukti sangat awesome ni, boleh dapatkan dengan saya dan hubungi saya di:

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.