Resepi sup ayam sedap dan mudah

Saturday, August 15, 2015
Assalamua’laikum

Hari ni saya nak kongsikan satu resepi sup ayam memang best. Saya dapat resepi ini daripada internet dan dan di ‘adjust’ resepinya mengikut citarasa tekak den..hehe. Resepi ni tak menggunakan sup bunjut. Suami saya yang sebelum ni tak suka sup ayam pun, approve resepi ni dan selalu juga dia minta buat. Dan yang paling penting Ammar la yang paling berselera makan sup ni dengan nasi.

Gambar hiasan. Sumber: google

Jadi, bahan-bahannya adalah:

Seekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
*1 kulit manis
*3 biji buah pelaga
*4 biji buanga cengkih
*2 kuntum bunga lawang
2 biji kentang
 lobak merah
daun bawang
air

Cara-cara:

1) Rendam rempah 4 beradik (yang bertanda *) dengan secawan air panas (simpan air rendaman untuk masuk dalam sup)
2) Kisar bawang putih dan bawang merah. Kemudian tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
3) Tapis rempah yang direndam tadi (simpan air rendaman, jangan buang), dan tumis sekali.
4) Masukkan ayam. Perlahankan api dan tutup periuk. Biarkan bahan tumis mesra dengan ayam tu selama 10 min. Kalau agak2 nampak macam nak hangit, masukkan sedikit air rendaman rempah tadi. Biarkan sehingga ayam separuh masak.
5) Kemudian masukkan air rendaman rempah, air masak (masuk ikut banyak mana nak kuah), kentang dan lobak. Biarkan sehingga kentang empuk dan ayam masak. Reneh dalam api perlahan.
6) Akhir sekali perasakan dengan garam. Masukkan daun bawang dan tutup api.

Macam mana? Mudah je kan? Selamat mencuba ye!

Oh ye, kuah sup ni memang sedap juga bila buat kan jadi bubur nasi. Caranya mudah sahaja. Amik sup ayam dan beberapa ketul ayam bahagian tulang. Masukkan nasi. Biarkan ia masak sehingga kuah hamper kering dan mendapat tekstur bubur yang dingini. Bubur nasi ayam ni memang saya akan buat stok untuk ammar. Simpan dalam bekas kecik banyak dan letak dalam freezer. Bila nak makan, ambil dan panaskan sahaja. Senang!!=)

FB : Aina Amin

Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.


No comments:

Powered by Blogger.