Review Buku Resepi Makanan Bayi 6 bulan Ke Atas
Assalamu'alaikum dan salam Ramadhan..
Sebelum ini ada orang bertanyakan saya apakah buku yang saya guna sebagai rujukan saya untuk masak masakan bayi sebab resepi2 semua nampak best!! Ok, kat sini saya nak kongsikan buku yang saya rujuk selama ini sebab bagi saya memang buku ini sangat membantu saya. Iye la, first time mom, mana la tahu nak masak makanan baby sangat. Makanan orang dewasa tau la.
Tarraaaa...ni la buku yang saya suka sangat tu. Sampai koyak2 dah page tengah. Buku "How to feed your baby with healthy homemade meals" ditulis oleh Sara Lewis ni memang banyak membantu terutama kepada first time mother yang nak masak makanan bayi yang sudah masuk 6 bulan.
Apa yang bestnya buku ni, resepi2 terbahagi kepada 5 stages mengikut umur bayi. Daripada early weaning, 6- 61/2 bulan, 7-9 bulan, 9-12 bulan dan daripada bayi ke kanak2. Dan setiap stage akan disenaraikan makanan yang boleh kita introduce dan yang tak boleh bagi lagi.
Isi kandungan buku |
Untuk para ibu yang keluarga mereka mengamalkan dier vegetarian, dalam buku ini juga ada ajar makanan apa yang sesuai dan perlu diberikan supaya bayi kita mendapat kesemua keperluan nutrien yang badan mereka perlukan. Jadi tak perlu risau k.
Antara resepi2 yang terdapat dalam buku ni. Selain masak makanan bayi menggunakan ikan, dalam buku ni juga ada resepi yang menggunakan sumber protein daripada daging, lembu dan ayam, dan setiap resepi akan diberikan cara-cara dengan menggunakan gambar juga bagi memudahkan kita untuk rujuk. Oh ya, ada juga resepi yang dia menggunakan 'khinzir' salah satu bahan sumber protein, biasa la, penulis pun orang putih, bukan orang Islam. Jadi, tak payah la guna resepi tu. Kalau nak guna juga, boleh modified guna la ayam. =)
Selain itu, bila anak kita dah pandai nak makan sendiri, suap makanan sendiri, dalam buku ni pun ada tunjuk resepi2 finger food yang mudah untuk anak kita pegang dan suap sendiri. Selain itu, cara-cara nak hias makanan pun ada ditunjukkan. Sesuai la untuk kanak-kanak yang fussy eater ni. Menghias makanan dengan cantik adalah salah satu cara untuk menarik perhatian anak-anak untuk makan.
Dalam buku ni pun ada la bagi tau apa yang perlu kita sediakan untuk prepare makanan bayi (terutama sekali yang first time nak buat ni). Kalau anak jenis fussy eater, macam mana cara terbaik nak cope dengan mereka. Dan macam2 lagi la info menarik. Sesetengah orang suka mencari maklumat melalui en.google. Tapi bagi saya, buku still the best dan senang. Kalau dapat buku yang semua maklumat dalam satu buku je lagi best kan?hehe..Oh, buku ni saya beli di Big Bad Wolf. Jadi harga murah jela. Tak sampai rm10 pun rasenye. Tak ingat dah. Beli sebelum ammar lahir lagi..hehe. Saya pernah juga tengok buku ni dijual di BookXcess dekat AmcorMall. Harga tak ingat berapa. Sape-sape berminat boleh la cuba tengok di situ. ^_^
Kalau anak anda ada masalah nak makan, hubungi saya, saya boleh cadangkan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan selera anak-anak anda.
Selamat Berpuasa!!
Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
wah bestnya buku..awal2 dlu sy guna juga buku ..skrg main campak je apa yg ada dlm peti hhehe
ReplyDelete