11 kebaikan minum jus lemon terhadap kesihatan badan

Lemon adalah antara buah citrus yang biasa dan mudah didapati di supermarket di seluruh malaysia. Rasa dan bau yang menyegarkan membuatkan buah lemon sangat popular sebagai minuman harian. Ia biasa digunakan dalam membuat minuman ringan, koktel dan juga ditambah dalam teh. Buah lemon yang kaya dengan vitamin c mempunyai senarai manfaat yang panjang. Di India, ia digunakan sebagai ubat untuk masalah2 kesihatan.

Kandungan Nutrisi Air Lemon

Seperti mana yang kita semua maklum, lemon adalah sumber vitamin dan mineral yang baik dan penting untuk kesihatan tubuh kita. Ia mempunyai kalori yang rendah (29 kcal/ 100gm). Ia kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang menakjubkan. Selain itu, ia mengandungi vitamin A, vitamin B6 dan vitamin B1 (thiamine). Mineral yang terdapat dalam lemon termasuk copper (mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti-radang), kalsium (baik untuk tulang dan gigi) dan kalium (mengekalkan keseimbangan pH dan air).

Kandungan nutrien yang luas dan bermanfaat membuatkan air lemon adalah sangat bagus untuk kesihatan. Jom kita lihat antara manfaat-manfaat air lemon.

AIR LEMON SUAM

1) Pencernaan

Sistem pencernaan yang betul memainkan peranan penting dalam kesihatan badan kita. Pencernaan yang tidak sempurna boleh menyebabkan beberapa komplikasi kesihatan. Oleh itu, air lemon suam amat mujarab untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan. Mulakan hari anda dengan satu cawan lemon suam dalam keadaan perut kosong setiap hari. Ia adalah minuman pagi yang paling sihat. Pengambilan air lemon setiap hari dapat membantu masalah pencernaan seperti kembung, pedih hulu hati dan lain-lain. Ia juga merawat sembelit. Gangguan pencernaan berlaku disebabkan oleh tahap pH yang rendah, dan air lemon yang bersifat alkali apabila masuk ke dalam tubuh badan kita akan membantu seimbangkan tahap pH dalam badan.

2) Menguatkan sistem imun badan

Sistem imun melindungi badan kita dengan memerangi penyakit. Sistem imun yang lemah membuat badan kita mudah terdedah kepada penyakit dan jangkitan bakteria. Air lemon suam mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti virus yang dapat emalwan bakteria berbahaya. Sifat antioksidan nya membantu menghapuskan toksin daripada badan. Selain itu, kandungan vitamin C dalam lemon dapat membantu menguatkan lagi sistem imun badan kita.

MINUM AIR LEMON DI PAGI HARI

Kesihatan dan tahap tenaga anda sepanjang hari bergantung kepada apa yang anda makan pada waktu pagi. Segelas air lemon suam memberikan permulaan hari yang sihat, bertenaga dan menyegarkan.

3) Kesihatan Oral

Secawan air lemon pada waktu pagi adalah baik untuk kesihatan mulut. Anti-bacteria property membantu menghapuskan bakteria mulut yang bertanggungjawab menyebabkan nafas berbau. Ia juga membantu dalam melegakan sakit gigi dan radang gusi. Selain itu, ia juga membantu memutihkan gigi kerana lemon merupakan agen pemutihan semulajadi. Pastikan berkumur dengan air kosong selepas pengambilan air lemon untuk mengelakkan kerosakan enamel gigi.

4) Mood Baik

Mood tidak baik boleh merosakkan hari anda. Mulakan pagi anda dengan air lemon untuk meningkatkan mood baik anda. Vitamin C yang terdapat dalam lemon adalah pengurang tekanan semulajadi.


AIR LEMON DAN MADU

5) Membantu Dalam Menurunkan Berat Badan

Madu dan lemon merupakan kombinasi yang terbaik dan popular dalam penurunan berat badan. Minuman ini telah menjadi sebahagian daripada beberapa program penurunan berat badan. Untuk mengurangkan berat badan, ambil segelas air suam dan tambah 1 sudu teh madu dan perah sebiji lemon ke dalamnya. Minum dalam keadaan perut kosong setiap hari pada waktu pagi. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan membakar kalori dengan cepat. Metabolisme dirangsang untuk menggunakan lemak sebagai sumber tenaga, menyebabkan anda menurunkan berat badan. Serat pectin yang terdapat dalam lemon mengurangkan rasa lapar dan membuat anda rasa kenyang.

6) Rawatan Demam dan Selsema

Madu dan lemon adalah rawatan dari rumah yang sudah lama diamalkan untuk demam selsema. Hanya perlu tambah 2 sudu madu dan jus lemon ke dalam secawan air suam. 90% demam selsema disebakan oleh virus. Kedua-dua lemon dan madu mempunyai sifat anti-virus yang mampu melawan virus yang menyerang badan. Lemon juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi yang dapat meningkatkan sistem imun. Madu dapat melegakan sakit tekak dan merawat batuk. Kombinasi madu dan lemon juga dapat membantu masalah hidung tersumbat dengan mencairkan lendir2 yang tidak diingini.

AIR LEMON DAN GARAM

7) Penyahtoksik yang Bagus

Kombinasi lemon dan garam dapat membantu membersihkan toksin-toksin yang terkumpul dalam badan. Hasilnya..sudah tentu boleh dilihat dengan penurunan berat badan, kulit berseri dan pencernaan yang lebih baik.

8) Mengimbang pH Badan

Air lemon dan garam adalah cara yang paling berkesan untuk mengembalikan tahap pH badan anda. Lemon adalah bersifat asid tetapi apabila ia di dalam badan kita, ia bersifat alkali. Keseimbangan pH adalah penting untuk tahap kesihatan yang baik. Keseimbangan pH yang baik membantu penyerapan nutrien pada tahap optimum, penghadaman, penyingkiran toksin dan lain-lain.

JUS LEMON

Jus lemon terkenal sebagai minuman yang menyegarkan dan sihat. Malah ia adalah salah satu bahan yang paling banyak digunakan. Jus lemon juga digunakan sebagai bahan pengawet dan juga sebagai bahan dalam resepi untuk memberikan rasa masam. Tetapi apa yang menjadikannya lebih berharga adalah dapat meningkatkan tahap kesihatan badan.

9) Kesihatan Jantung

Penggunaan jus lemon sangat memberi manfaat kepada jantung kita. Kalium yang terdapat di dalam lemon mampu mengawal tekanan darah tinggi manakala vitamin C merendahkan paras kolestrol dan menghalang pembekuan darah dalam pembuluh darah. Ia dapat mencegah strok, serangan jantung dan masalah jantung yang serius.

10) Kesihatan Kulit

Jus lemon adalah minuman yang bagus untuk kesihatan kulit anda. Segelas jus lemon setiap hari dapat membantu masalah kulit. Kandungan vitamin C yang tinggi dalam jus lemon membantu menghapuskan radikal bebas yang bertanggungjawab menyebabkan kedutan dan penuaan. Vitamin C juga membantu dalam penyembuhan tisu yang rosak, mencerahkan bintik-bintik hitam dan mencegah jerawat. Pengambilan jus lemon setiap hari mampu membuat kulit anda lebih cerah berseri.


11) Kesihatan Rambut

Vitamin C di dalam jus lemon dapat membantu merawat dan mencegah masalah rambut seperti rambut bercabang, rambut kering dan kelemumur. Antibacterial property di dalam jus lemon membantu melawan bakteria dan membantu kulit kepala lebih sihat.

Jadi, air lemon atau jus lemon bukan sahaja menyegarkan, malah memberi banyak manfaat kepada kesihatan kita. Lepas ni boleh la kita melupakan semua jenis minuman manis dan tin dan beralih kepada homemade lemon juice yang mudah, lazat, menyegarkan dan sihat! =)

Aina Mohd Amin (ID: 1092280)


FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.