7 Masalah biasa ketika menyusukan bayi dan jalan penyelesaian

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, Allahuakbar, Subhanallah..Bulan ni dah masuk setahun 4 bulan saya susukan anak soleh ni. Satu perjalanan yang banyak suka dan duka selama setahun 4 bulan ni. Harapnya dapatlah teruskan susukan ammar sehingga at least dia capai umur dua tahun. Satu perkara yang bukan mudah tapi bukan mustahil kan?
 Teringat masa mula2 ammar baru lahir, banyak masalah yang saya hadapi untuk susukan ammar. Yela, kali pertama jadi ibu, takde la pandai terus kan? Jom saya nak share masalah2 yang saya hadapi masa nak susukan bayi dari awal dia lahir hingga sekarang dan jalan penyelesaian yang saya buat. Harap dapat membantu para ibu di luar sana! =)



1) Latching Problem

Ini adalah masalah yang paling biasa dihadapi oleh para ibu yang nak susukan bayi. Saya dulu memang ada masalah ni dengan bayi pun tak reti nak melekap dengan betul. Bila bayi tidak melekap dengan betul, masalah yang akan timbul, puting akan rasa sakit sehingga boleh luka.

Penyelesaian:

a) Pastikan mulut bayi memenuhi kawasan areola di bawah puting. Untuk membantu bayi anda mendapatkan cara melekap yang betul, geletek bawah dagunya atau tunggu sehingga mulutnya terbuka luas (masa meraung atau menguap) dan suakan puting anda. Kita akan tahu bayi mendapat kedudukan yang betul apabila dagu dan hidungnya menyentuh payudara anda, bibirnya melebar dan kawasan areola bawah puting sudah tidak kelihatan.
sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Breastfeeding

2) Sakit ketika menyusu

Jika posisi melekap dah betul, tapi masih rasa sakit dan pedih semasa menyusu, mungkin disebabkan oleh puting kering dan 'crack'. Ini adalah masalah biasa bagi ibu yang menyusu untuk pertama kali. Saya juga mengalami masalah yang sama dulu. Sampai tahap luka dan berdarah. T_T

Penyelesaian:

a) Boleh cuba sapu nipple cream untuk bagi puting lembap dan tidak kering.
Ini salah satu rakan baik saya semasa menyusu.
b) Semasa mandi, elak sapu sabun di bahagian puting kerana sabun boleh menyebabkan puting anda kering.

c) Cara paling mudah dan tak perlu keluarkan duit pun, sapu susu anda sendiri pada kawasan luka tu. InsyaAllah cepat baik.

3) Susu kurang

Oh, ini adalah masalah paling utama pada awal2 penyusuan. Saya sendiri juga pada awalnya mempunyai masalah ni yang sehingga boleh buat stress. Tapi ingat, bayi yang baru lahir mempunyai perut sebesar buah ceri sahaja. Jadi jangan expect bayi yang baru lahir untuk minum 3-4oz sekali minum. Boleh refer gambar di bawah untuk rujukan kita.

Penyelesaian:

a) Elak daripada tekanan. Semasa menyusu, ibu wajib rasa tenang dan gembira. Abaikan kata-kata orang sekeliling macam 'cukup ke susu ni?', 'ade ke susu ni?', 'guna pump murah kut', perlu buat tu, perlu buat ni..bla..bla..bla...kata-kata ni memang biasa kita akan dapat daripada orang sekeliling kalau nampak macam susu kita antara nak tak nak je keluar. Apa yang perlu kita buat, pekak kan telinga, tutup facebook dan segala jenis media sosial, tumpukan perhatian pada bayi anda. Fikirkan bertapa indah dan bestnye hadiah yang Allah bagi kita ni. Bila kita tenang, susu lebih banyak akan keluar.

b) Semasa pump susu, elakkan daripada tengok susu yang terkumpul dalam botol (khas untuk ibu yang bila pump, susu keluar sedikit je). Apa yang perlu kita buat, semasa pump, tutup mata dan bayangkan banyak susu yang keluar. InsyaAllah, tengok2 dah penuh susu dalam botol. Jangan perlekehkan 'the power of mind'. Saya selalu buat macam ni dan alhamdulillah memang menjadi. 

c) Pemakanan harus seimbang dan cuba amalkan makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu. Boleh refer di sini.

d) Cuba pergi berurut untuk bagi badan kita relaks je. Bila badan relaks, susu pun senang terhasil.

e) Rangsang payudara anda dengan selalu buat teknik marmet atau urutan guna tangan atau pump menggunakan breastpump anda. Takpe kalau susu keluar setitik dua je, teruskan pump atau urut sentiasa, jangan putus asa k.

4) Sakit di bahagian caesarean atau luka pembedahan

Yang ni khas untuk para ibu yang melahirkan bayi melalui pembedahan. Menyusukan bayi dalam keadaan duduk kadang2 boleh menekan bahagian luka pembedahan (ouucchhh...i feel u!!memang sakit kan?huhu). Jadi apa yang perlu kita buat?

Penyelesaian

a) Alas dengan bantal menyusu atau bantal biasa di atas kawasan pembedahan. Ini untuk mengelakkan daripada berat bayi menekan bahagian pembedahan ketika kita menyusukan bayi.

b) Posisi menyusu dalam keadaan baring juga boleh membantu. Tapi awas, jangan sampai ibu juga tertido sekali. Bahaya jika tiba2 payudara anda menutup hidung bayi anda dan boleh menyebabkan bayi lemas.

c) Posisi menyusu dalam keadaan 'clutch or football hold'. Ini pun antara cara yang diajar oleh nurse kepada saya. Dan bagi saya posisi macam ni lebih mudah untuk saya bagi bayi saya melekap dengan betul.
http://www.babycenter.com/0_positions-and-tips-for-making-breastfeeding-work_8784.bc

5) Sakit belakang atau lenguh2 badan

Ini perkara biasa untuk ibu menyusu terutama sakit belakang. Posisi waktu menyusukan bayi adalah paling penting.

Penyelesaian.

a) Sandar pada dinding apabila susukan bayi ketika dalam keadaan duduk. Posisi duduk dalam keadaan lurus badan sangat penting apabila susukan bayi anda. Bukan sahaja penting untuk masa sekarang, tapi apabila kita tua juga sangat penting duduk dalam keadaan posture yang betul.

b) Apabila susukan bayi dalam keadaan baring, tampung bahagian belakang anda dengan bantal peluk supaya anda tidak rasa lenguh baring dalam keadaan mengiring dalam jangka masa yang lama.

c) Dapatkan rehat yang mencukupi.

6) Bengkak susu

Bengkak susu juga adalah antara masalah biasa bagi semua para ibu yang sedang menyusukan bayi. Saya sendiri sudah 2 kali demam akibat bengkak susu. Walaupun ia adalah masalah biasa, tetapi ia tetap merbahaya kepada ibu jika ia dibiarkan tanpa apa2 rawatan.

Penyelesaian:

a) Susukan bayi anda sekerap mungkin di payudara yang bengkak supaya bayi anda dapat menarik susu yang telah 'block' di kawasan2 tertentu.

b) Tuam di kawasan yang anda rasa ketul2 dengan tuala panas dan sambil tuam, pump payudara anda.

c) Sambil pump, cuba urut dalam circular motion di kawasan yang terasa ketulan2 susu yang telah block.

d) Tuam dengan kobis.

e) Elak makan makanan yang menyebabkan susu anda terhasil lebih banyak (milk booster).

7) Leaking

Perkara ni sering terjadi apabila kita sedang susukan anak, dan tiba2 rasa basah di payudara sebelah lagi. Atau apabila anda sedang bekerja, tiada masa untuk pump. Ini terjadi apabila payudara kita penuh.

Penyelesaian:

a) Pakai disposable atau washable nursing pad. Dengan cara ni, baru la baju anda tidak basah.

Selain daripada penyelesaian2 yang saya senaraikan di atas, saya juga mengamalkan supplemen yang sememangnya banyak membantu saya sehingga sekarang dan ini jugalah menyebabkan saya jatuh cinta dengan Shaklee! 

Ini adalah antara masalah2 yang saya sendiri pernah alami dan saya yakin kebanyakkan para ibu di luar sana juga mengalami masalah yang sama macam saya kan? Perjalanan menyusukan bayi selama 2 tahun bukanlah perkara yang mudah tetapi bukan juga perkara yang mustahil. Setiap masalah yang dihadapi, ada jalan penyelesaian. Yang penting, sebagai seorang ibu, kita perlu cekal, tabah dan sentiasa menanamkan impian untuk susukan anak anda selama 2 tahun. Just enjoy the journey! =)


Aina Mohd Amin (ID: 1092280)


FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

2 comments:

  1. Bf baby memang byk cabaran, namun semuanya boleh diatasi. Those challenges make the journey wonderful and memorable :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.