11 Kesalahan-kesalahan biasa kita lakukan di bulan Ramadhan

Friday, June 19, 2015
Assalamu'alaikum...

Hari ini sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Bagaimana puasa kita setakat ini? Bertenaga sepanjang hari? Tidak bermaya sepanjang hari? Macam mana pula denga ibadah kita? Sempena bulan Ramadhan ni, saya nak kongsikan beberapa kesalahan biasa yang kita (saya la terutamanya) lakukan dalam bulan Ramadhan. Semoga ramdhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas.



1) Menganggap Ramadhan lebih kepada adat

Kebanyakkan kita telah hilang nilai kerohaniannya. Kita berpuasa dari subuh hingga maghrib seperti zombie hanya kerana semua orang pun berpuasa. Kita sering lupa, ini adalah peluang keemasan untuk semua umat Islam untuk membersihkan hati dan jiwa kita daripada segala dosa. Kita juga sering melepaskan peluang untuk memperbanyakkan doa kepada Allah untuk ampunkan dosa kita dan menyelamatkan diri kita daripada api neraka.

2) Terlalu tertumpu kepada makanan dan minuman

Kadang-kadang kita sentiasa terlampau menumpukan perhatian kepada makanan dan minuman. Hampir satu hari dihabiskan untuk merancang nak masak apa, persediaan raya nanti macam mana, nak gi bazar Ramadhan kat mana, beli makanan apa sehinggakan perkara ibadah seperti solat, membaca Quran dan ibadat-ibadat lain terabai.

3) Makan dan minum terlalu banyak

credit: http://health.detik.com/
Waktu sahur sebolehnya nak sumbat makanan sebanyak mungkin kerana takut nanti akan lapar sepanjang hari. Ini adalah konsep yang salah. Seeloknya makan berpada-pada dan berhenti sebelum kenyang. Ambil makanan yang mempunyai glisemik indeks yang rendah supaya dapat kekal bertenaga sepanjang hari seperti oat, beras perang, wholegrain. Selain itu, elak bersahur dengan makanan tinggi sodium seperti fast food , sosej, burger, makanan ringan, pizza kerana sodium boleh menyebabkan badan kita kehilangan air dengan cepat. Pengambilan makanan tinggi potassium  adalah terbaik seperti pisang, kurma dan susu kerana potassium dapat mengekalkan air dalam badan dan elak kita rasa dahaga sepanjang hari.

4) Makan dengan laju waktu berbuka

Makan dengan laju boleh menyebabkan kita makan dengan terlebih. Kenapa? Perut memerlukan masa untuk menghantar signal ke otak untuk beritahu yang kita dah kenyang. Selain itu, kunyah makanan dengan perlahan dapat speed up sistem pencernaan kita dan juga dapat maintain kan berat badan kita. Jadi takde la berat kita naik masa bulan puasa.

5) Minum air dengan banyak semasa berbuka

Yang ni saya percaya ramai yang buat kan?Sebab saya pun sama kadang2. Tapi sememangnya cuba elakkan minum air dengan banyak waktu berbuka. Ini adalah keran perut kita akan dipenuhi dengan air dan membuat kita cepat kenyang.

6) Tidur sepanjang hari
credit: http://www.nyunyu.com/main-article/detail/yang-paling-ditunggu-pas-bulan-puasa/
Sesetengah orang akan cuba tidur selama mungkin supaya masa berlalu dengan pantas. Perbuatan ini bukan sahaja memberi kerugian kepada kita, malah antara sedar atau tidak, Ramadhan akan berlalu begitu sahaja. Silap haribulan, puasa kita pun sia-sia..Nauzubillah..Jadi, jangan mengelat ye.

7) Membazir masa


Setiap detik di bulan Ramadhan adalah sangat bernilai dan sangat sayang jika kita isi waktu kita dengan perkara-perkara tidak berfaedah seperti menonton wayang, bermain video game atau lepak di mana-mana dan berborak kosong. Apa kata kita isi masa kita dengan berzikir, istighfar, solat dan membaca Quran sepanjang bulan Ramadhan. Kita cuba 'berpuasa' bukan sahaja makanan dan minuman, tetapi 'berpuasa' daripada melakukan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah.

8) Tidak bersahur

Sahur sangat penting supaya badan kita kekal cergas bertenaga sepanjang hari. Hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut: 
"Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada keberkatan" (Bukhari, Muslim)
"Perkara yang membezakan di antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah sahur" (Muslim) 
9) Melepaskan peluang keemasan berdoa ketika berbuka

credit: http://www.kompasiana.com/kearifan-umi/
Antara waktu yang doa sangat mustajab adalah ketika orang berpuasa hendak berbuka. Jadi masa nak dekat2 berbuka tu, duduklah di meja makan dan berdoalah banyak-banyak. Jangan gunakan waktu ini untuk bersembang2, termenung tengok jam dan susun-susun makanan..rugi..rugi..

10) Bersenam selepas waktu berbuka

Elakkan bersenam selepas kita berbuka kerana selepas makan, darah banyak mengalir ke kawasan perut untuk sistem pencernaan bekerja tahap optimum. Jika kita terus bersenam selepas berbuka, sistem pencernaan menjadi slow.

11) Mensia-siakan malam-malam terakhir Ramadhan dengan persiapan raya

Oh..ni pun biasa kita lakukan. Nak mencuci rumah, siapkan kuih raya, jahit baju raya lagi, gi shopping last minute malam2 (shopping siang penat berpuasa) sehingga kita terlupa untuk mengejar lalilatul qadar di 10 malam terakhir. Aishah r.ha berkata: " Bila sepuluh malam terakhir tiba, Rasulullah s.a.w. mengetatkan tali pinggangnya (iaitu bersungguh-sungguh beribadat atau menahan diri dari berseronok dengan isteri-isterinya), berjaga malam dan mengejutkan keluarganya (dari tidur)" (Bukahari dan Muslim)". 

Jadi tahap manakah kita sekarang? Takpe, hari ini baru masuk 2 Ramadhan. Berubah la kepada yang lebih baik. Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah kita di bulan yang mulia ni dan mohonlah keampunan sebanyak mungkin dengan Allah s.w.t. Semoga kita semua tergolong dikalangan orang2 yang diampunkan dosa.

Wallahu'alam



Aina Mohd Amin (ID: 1092280)


FB : Aina Amin
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.

No comments:

Powered by Blogger.