7 Cara-cara mengajar bayi anda makan sendiri
Mengajar bayi anda untuk suap makanan sendiri adalah satu cabaran bagi semua para ibu. Mana taknya, sudah tentu akan bersepah yang amat dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk selalu membersihkan makanan yang bersepah-sepah. Bila kita tahu bayi kita ingin suap makan sendiri? Mudah..bila tangan dia yang kecil dan montok tu sepantas kilat akan cuba mengambil mangkuk makanan atau sudu yang kita gunakan untuk suap dia. Jadi macam mana cara terbaik untuk kita latih bayi kita untuk suap makanan sendiri? Kat sini saya kongsikan beberapa cara yang saya daripada buku 'How to feed your baby with healthy homemade meals'.
1) Cover bayi anda sebaik mungkin.
Anda boleh cuba pakaikan bib yang ade lengan jika anda jenis tak suka nak tukar baju bayi anda banyak kali.
2) Semasa suapkan bayi anda,biarkan dia main dengan makanan. Seeloknya berikan dia satu sudu supaya dia boleh berlatih pegang sudu.
3) Biarkan bayi anda menggunakan cawan dan sudu. Jangan risau makanan dan air tumpah, itu adalah perkara biasa.
4) Galakkan bayi anda untuk mengambil makanan. Apabila koordinasi dia semakin bagus dan dia sudah memahami cara makan, lebih banyak makanan akan disuap ke tempat yg sepatutnya.
5) Apabila bayi anda semakin membesar,berikan bayi anda makanan 'finger food'. Ini dapat membantu anak anda untuk memegang makanan dengan mudah dan dengan harapan dia akan suap ke dalam mulut.
6) Pastikan kain bersih atau tisu sentiasa ada supaya senang anda ingin mengemas kemudian.
7) Sentiasa bersabar dan take things slowly. Biarkan bayi anda meneroka satu stage baru dalam hidup dia dan enjoy!!!=)
Aina Mohd Amin (ID: 1092280)
FB : Aina Amin
FB Fanpage: Ainaez-Superb Supplement
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Tas, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara adalah melalui pos.
No comments: