Cara Untuk Hilangkan Rasa Kebas Tangan

Thursday, October 12, 2017
Pernah dapat whatsapp daripada kawan aina yang dia alami masalah kebas tangan. Tak lama lepas tu, ada sorang lagi kawan aina ngadu dalam group ada masalah kebas-kebas tangan. Dan aina tak sangka, bukan kawan aina je, ramai rupanya yang ada masalah kebas tangan ni, terutama wanita. Buktinya, ramai yang mesej tanya mengenai vitamin yang sesuai untuk masalah kebas tangan,

Cara Untuk Hilangkan Rasa Kebas Tangan

Kebas pada jari dan sekitar tangan adalah perkara biasa berlaku terutama waktu cuaca sejuk atau posisi tangan tidak betul ketika tidur. Kebiasaannya ia akan berlaku dalam tempoh masa yang sekejap kemudian ia akan hilang dengan sendiri.

Tetapi bagi masalah kebas tangan yang berterusan boleh disebabkan pelbagai masalah kesihatan lain. Jadi jika berlaku kebas tangan dalam tempoh yang lama, aina sarankan jumpa dengan pakar perubatan untuk dapatkan rawatan dan elak symptom daripada bertambah teruk.

Menurut Perunding Ortopedik Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Beacon; Dr Terence Tau Khai Wei, antara masalah kesihatan yang melibatkan kebas tanga ni adalah Carpal Tunnel Syndrome (CTS). 

CTS ialah penyakit berkaitan saraf dan apabila saraf terganggu, pergelangan dan jari akan berasa kebas serta ridak selesa. Pada bahagian pergelangan manusia, terdapat bahagian yang membentuk seperti terowong atau dikenali sebagai Terowong Carpal. Dalam terowong ni, terdapat beberapa tisu penting yang laluinya termasuk saraf. Bila terowong ni main terhimpit, akan menyebabkan rasa kebas.

Masalah seperti diabetes, artritis dan mempunyai sejarah kecederaan di pergelangan tangan serta wanita hamil adalah golongan tertinggi alami CTS. 

Tangan kebas juga boleh disebabkan oleh:


1) pertambahan lemak menyebabkan saraf pada terowong menjadi sempit.
2) selalu menggunakan gajet seperti tablet dan telefon pintar.
3) Terlampau lama menaip mahupun melayari internet.
4) Kekurangan vitamin B dan kalsium.

Apakah Vitamin Yang Dapat Bantu Masalah Kebas Tangan?

1) B Complex

Dr. Terence sarankan pengambilan vitamin B untuk atasi masalah kebas tangan. Vitamin B adalah antara vitamin yang sangat penting untuk saraf kita. Tapi vitamin B complex macam mana yang bagus?

Bagi aina sudah semestinya b complex shaklee. Vitamin b complex shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin iaitu B1, B2, B3, B6 dan B12. Selain itu ia juga mengandungi asid folik, biotin dan d-calcium panthotenate. Dan kalau korang nak tahu, asid folik dalam bcomplex shaklee merupakan asid folik semulajadi pertama di dunia tau. 

Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1949298/

2) Omega Guard

Selain bcomplex, aina suka cadangkan ambil juga omega guard. Omega guard mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi dan sangat membantu untuk mengurangkan keradangan. Terdapat juga satu kajian yang diterbitkan di Jurnal Neuroscience mencadangkan omega-3 mempunyai peranan penting dalam mempercepatkan pemulihan saraf yang rosak.

Sumber: https://www.sciencedaily.com/releases/2012/01/120111103856.htm

Cara Untuk Hilangkan Rasa Kebas Tangan
Cara Untuk Hilangkan Rasa Kebas Tangan

3) Ostematrix

Dan satu lagi supplement aina cadangkan ambil ostematrix untuk topup keperluan kalsium harian anda. Dan bestnya ostematrix ni, bukan sekadar mengandungi kalsium sahaja, tetapi juga mengandungi magnesium yang sangat penting untuk mengurangkan rasa kesakitan pada saraf. Selain itu ia juga membantu untuk bagi otot kita lebih relaks.

Cara Untuk Hilangkan Rasa Kebas Tangan

Cara Untuk Hilangkan Rasa Kebas Tangan

Jadi kalau korang ada masalah kebas-kebas tangan, saranan pertama aina, jumpa dulu dengan doktor. Untuk dapatkan rawatan dan juga untuk pastikan ia bukan disebabkan oleh penyakit-penyakit kronik. Lepas jumpa doktor, boleh juga konsisten dengan 3 vitamin aina sarankan seperti di atas. Ketiga-tiga vitamin hanyalah supplement untuk bantu saraf kita lebih sihat. Jika anda berminat untuk dapatkan ketiga-tiga vitamin yang aina sebutkan tadi, boleh hubungi aina.

FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

No comments:

Powered by Blogger.