6 Nutrisi Penting Untuk Tulang Patah Cepat Sembuh dan Bercantum
Apabila berlaku keretakan tulang atau tulang patah, jangan risau atau khuatir kerana ia tetap boleh bersambung semula secara semulajadi. Dengan syarat, perlu dapatkan rawatan doktor . Kebiasaannya doktor akan simen bahagaian anggota badan yang patah untuk elak banyak pergerakan dan bantu sel tisu tumbuh semula.
3 Peringkat Proses Penyembuhan Tulang Patah
1) Selepas 72 jam pertama -Inflamasi dan pembekuan darah
2) Hari ke 2 hingga minggu ke 6 - Proses penyembuhan berlaku. Ketika ini tisu di bahagian tulang patah bekerja keras untuk membentuk soft callus (asas binaan tulang).
3) Dalam masa beberapa bulan sehingga setahun - Peringkat pembentukan semula tulang. Di tahap ni soft callus akan mula semakin matang dan tulang keras dan sihat terbentuk.
Sumber: 3 Phases of Fracture Healing
Kepentingan Nutrisi Mempengaruhi Penyembuhan Tulang
Kepentingan nutrisi dalam penyembuhan tulang tidak dapat disangkal lagi. Bila badan mendapat segala keperluan nutrisi dengan baik, ia boleh mempercepatkan proses pemyembuhan tulang patah.
Nutrisi yang baik bermakna perlu makan diet yang mengandungi protein, antioksidan, minerals dan vitamins. Kesemua ini adalah kunci kepada mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah. Bagi mereka yang susah untuk dapatkan diet yang betul atau untuk cukupkan nutrisi yang badan perlukan, supplements adalah jalan terbaik untuk cukupkan keperluan nutrisi anda supaya dapat bantu proses penyembuhan.
70% berat tulang terdiri daripada mineral seperti kalsium, phosphorus, magnesium, silicon dan zink. Sebab itu ketika penyembuhan tulang, ia memerlukan kesemua mineral ini.
Mendapatkan vitamin dan mineral yang cukup sangat penting dalam penyembuhan tulang yang sihat. Sementara protein dan mineral adalah binaan asas untuk pembentukan tulang, vitamin pula ada pemangkin kepada banyak proses pembaikan tulang. Khususnya vitamin B dan vitamin C,D dan K memainkan peranan penting dalam penyembuhan tulang belakang.
Apabila ia berkait dengan penyembuhan tulang, badan kita secara semulajadi akan lakukan proses kompleks di peringkat selular. Namun ia terpulang kepada kita untuk pastikan badan kita cukup segala nutrien yang diperlukan supaya badan kita dapat jalankan tugasnya dengan baik.
6 Nutrisi Penting Untuk Bantu Tulang Patah Cepat Sembuh
Ini adalah antara supplement yang aina cadangkan untuk bantu cepatkan proses penyembuhan tulang patah atau retak.
1) ESP Soy Protein - Merupakan sumber protein sooya non-GMO. Ia mempunyai 9 jenis asid amino yang lengkap yang badan perlukan. Protein adalah binaan asas untuk hasilkan sell-sel tulang yang baru untuk menggantikan sel-sel tulang yang telah roak atau mati.
2) Ostematrix - Ia mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium adalah komponen mineral utama yang diperlukan dalam pembentukan tulang yang sihat dan kuat. Magnesium dan vitamin D adalah mineral yang membantu penyerapan kalsium yang optimum kepada tulang. Pengambilan kalsium tanpa magnesium dan vitamin D adalah tidak baik untuk badan.
3) Bcomplex - Penting untuk pembentukan saraf yang sihat.
4) OmegaGuard - Mempunyai kandungan omega-3 yang tinggi. Ia bertindak sebagai anti-keradangan, bantu untuk kurangkan bengkak, mencegah degradasi tulang rawan pada sendi serta memelihara sendi yang cedera. Omegaguard juga bertindak sebagai pelincir dalam melancarkan pergerakan sendi.
5) Vitamin C - Bantu dalam proses penyembuhan luka. Vitamin C juga apabila bergabung dengan protein, akan bantu badan untuk hasilkan kolagen.
6) Collagen Powder Shaklee - 90% protein dalam tulang adalah kolagen. Sebab itu pentingnya kolagen untuk pastikan tulang lebih sihat dan kuat. Kolagen penting dalam pembentukan tulang, tulang rawan dan tendon.
Saya ingin kongsikan dua testimoni bagaimana nutrien-nutrien ini sangat penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah.
1) Seorang wanita berusia 67 tahun patah tangan tapi boleh sembuh dengan cepat sehingga doktor pun terkejut. Apa yang dia amalkan?
2) 3 Bulan Terpaksa jadi 'ironman' kerana Tulang Belakang patah sebelum sembuh sepenuhnya.
Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni (2015). Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.
Doktor cakap akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..
Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.
Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. Dengan izinNya jua. Alhamdulillah…Menakjubkan!!
Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya.
Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.
Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.
Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.
Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.
Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih.
Tulang patah yang tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan kecacatan fizikal. Jadi sebaiknya jangan pandang ringan dengan masalah tulang patah. Dapatkan rawatan dengan segera. Penuhi temujanji yang ditetapkan oleh doktor pakar kerana melalui xray sahaja kita dapat tahu sama ada tulang kita sembuh sepenuhnya atau tidak.
Untuk dapatkan supplement yang membantu proses penyembuhan tulang patah, boleh hubungi aina.
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.
Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.
No comments: