5 Sebab Stress Bahaya Untuk Isteri

Thursday, October 12, 2017
Post kali ni khas untuk para suami untuk ketahui betapa bahayanya stress untuk isteri. Tidak kira la isteri yang bekerja atau suri rumah, para isteri sekarang mempunyai kecenderungan untuk rasa stress sehingga boleh menjejaskan psychology mereka.

5 Sebab Stress Bahaya Untuk Isteri

Ketahuila para suami, stress lakukan kerja rumah dan mengasuh anak bukanan tekanan yang direka atau dibuat-buat. Ia adalah satu tekanan emosi yang sangat mendera mental para isteri terutama jika para suami jenis yang tidak membantu dan juga tidak cuba untuk memahami.

Jalan paling mudah untuk tahu betapa penatnya isteri untuk uruskan rumah tangga sorang-sorang, aina sarankan cuba satu hari berikan 'cuti' kepada isteri anda selama satu hari. Biarkan isteri keluar bersama rakan-rakan dan anda cuba uruskan rumah dan anak-anak. Dan rasai sendiri penat atau tak uruskan sendiri.

Stress jika dibiarkan sangat bahaya dan boleh 'memakan' diri pasangan kita secara fizikal dan mental. Stress bukan sahaja boleh memberi kesan kepada mental, tetapi ia juga boleh memberi kesan pada tahap kesihatan kita.

Dr. Hamid Arshat ada menyatakan, sepanjang beliau bertugas sebahai doktor dan telah merawat pelbagai jenis penyakit, beliau merumuskan bahawa stress merupakan penyebab dan pencetus utama penyakit seperti serangan jantung dan stroke.


5 Sebab Stress Bahaya Untuk Isteri:




1) Haid Jadi Tidak Teratur



Pernah tak tiba-tiba isteri anda mengadu haid kejap datang kejap tak. Bila tak datang, ingatkan hamil. tapi buat UPT result negative. Mengikut kajian, stress yang akit ataupun kronik boleh memberi kesan kepada hormon dan sekaligus menyebabkan haid tidak teratur.


2) Rambut Gugur



Stress dan rambut gugur tak dapat dipisahkan. Bila badan kita stress melampau, ia akan menyebabkan folikel rambut masuk kepada fasa berehat. Jika dibiarkan berterusan, rambut boleh gugur dengan tiba-tiba waktu tidur, sikat rambut dan waktu tengah mandi. Sedar-sedar, atas lantai bilik anda sudah penuh dengan rambut gugur!


3) Jerawat Naik


Bila kita stress, hormon cortisol dalam badan akan meningkat. Hormon ini akan menyebabkan kalenjar minyak pada kulit untuk merembeskan lebih banyak minyak. Ini akan menyebabkan kulit semakin 'subur' dengan pertumbuhan jerawat!


4) Gemuk



Stress berkait rapat dengan peningkatan hormon cortisol dalam badan. Dan hormon cortisol akan menyebabkan metabolisma badan semakin turun. Selain itu, bila paras hormon cortisol meningkat, paras insulin dalam badan juga akan meningkat. Ini akan menyebabkan paras gula semakin menurun. Secara tak langsung, ia akan menyebabkan badan menjadi 'sugar craving'. Biasa kan bila stress tiba-tiba rasa nak makan coklat, kek, ais krim dan apa-apa benda yang manis?


5) Kurang Subur



Terdapat kajian menunjukkan wanita yang mempunyai kandungan enzim alpha-amylase yang tinggi, menurunkan potensi seorang wanita untuk mengandung. Dan enzim alpha-amylase berkait rapat dengan stress. 

Sumber: NIH Study Indicates Stress May Delay Women Getting Pregnant

Jadi, jika anda inginkan isteri anda cantik dan sihat dalaman dan luaran seperti zaman anak dara, anda kena pastikan tahap stress isteri anda terkawal. Adat la hidup berumah tangga, pasti akan ada stress. Tetapi sebagai ketua keluarga, anda mampu untuk mengurangkan bebanan isteri anda dengan membantu kerja-kerja rumah, menjaga anak dan kadang-kadang berikan 'me-time' kepada isteri anda untuk dia recharge emosi, mental dan fizikal mereka.


Cara Lain Untuk Mengurangkan Stress Isteri?


Selain daripada tu, hadiahkan juga bcomplex dan vitamin antioksidan kepada isteri tersayang. Bcomplex terkenal sebagai vitamin anti-stress. Kebiasaannya stress akan terjadi bila badan rasa penat sangat dan banyak masalah berlaku dalam masa yang sama. Jadi fungsi utama bcomplex adalah untuk menukarkan makanan kepada tenaga dengan lebih efficient. Jadi badan tidak akan rasa penat dan otak dapat berfikir dengan lebih tenang.

5 Sebab Stress Bahaya Untuk Isteri

Antioksidan pula penting untuk lindungi sel daripada radikal bebas akibat stress. Jadi kalau nak isteri sentiasa kelihatan cantik, awet muda, boleh juga hadiahkan vivix, vitamin A, C dan E untuk isteri tercinta. Bila isteri sihat dan gembira, insyaAllah rumah tangga akan lebih harmoni. 

5 Sebab Stress Bahaya Untuk Isteri

Kesimpulannya, untuk jadi suami yang awesome dan soleh, bantulah isteri anda untuk mengurangkan tahap stress mereka. Bantu dengan kerja rumah dan asuh anak. Bawa mereka berjalan-jalan walaupun sekadar pergi ke Mr.DIY. Paling best, hadiahkan bcomplex, vivix, vitamin A, C dan E untuk mengurangkan stress dan dalam masa yang sama melambatkan penuaan. Cantik pun untuk suami juga kan? Macam biasa, berminat nak beli vitamin anti-stress dan juga kecantikan ni, boleh hubungi aina.


FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.


Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

2 comments:

  1. bahaya kalau stress2 ni takut jadi macam kes tikam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat. kesihatan mental ni sama penting dengan kesihatan fizikal.

      Delete

Powered by Blogger.