4 Cara Untuk Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan
Jeragat adalah salah satu masalah kulit yang paling susah untuk hilang. Betul tak? Dah cuba macam-macam jenis produk daripada semahal-mahal produk sehingga semurah-murah produk, tetap tak beri kesan. Malah kulit muka makin teruk! Sampai rasa nak berputus asa kan?
Tunggu dulu...
Sebelum kita nak atasi masalah jeragat ni, kita perlu tahu dahulu punca utama munculnya jeragat. Setiap orang mempunyai punca yang berbeza, tidak sama. Aina bagi contoh, kebiasaannya orang akan cakap bila masuk umur 30an, jeragat akan mula muncul sebagai tanda penuaan.
Tetapi tahukah kamu, ada juga budak sekolah seawal usia 14 tahun yang sudah mula ada jeragat? Takkan nak cakap proses penuaan dia berlaku dengan cepat? Haa.. bagi remaja ini, punca utama munculnya jeragat di muka disebabkan oleh masalah hormon yang tidak stabil. Bila hormon tidak stabil, kulit muka akan jadi lebih fragile dan kurang effective untuk lindungi kulit daripada sinaran uv.
Bila kulit kena sinaran uv daripada matahari, sel kulit akan rosak dan mati. Dan sel kulit yang mati itu yang akan menyebabkan terbentuknya tompok hitam. Jadi pentingnya kita tau dulu punca berlakunya jeragat supaya kita dapat atasi masalah dengan lebih effective. Kali ni aina nak kongsikan 4 cara yang boleh anda lakukan untuk hilangkan jeragat dengan berkesan.
1) Yakin boleh hilang
Ini paling penting. Nampak macam takde kaitan je kan? Tapi jangan sesekali memandang rendah pada the power of mind. Bila kita buatkan diri kita percaya jeragat boleh hilang, badan akan akan memberi tindakan yang sama. Selain itu, apa yang kita fikirkan itu juga adalah satu doa.
Jika asyik fikir tak boleh je, badan akan bertindak dengan stop semua proses penyembuhan kulit muka kerana kita dah set dalam otak kita yang jeragat tidak boleh hilang. Jadi think positive!
2) Ambil Makanan Yang Tinggi Antioksidan
Sumber : http://www.bard.edu/cep/blog/?p=4210 |
Bayangkan kalau kulit kita nampak segar, tegang dan sihat macam buah epal ni? Tahu tak apakah rahsia kulit buah ni?
Jawapannya ialah ANTI-OKSIDAN YANG TINGGI.
Pentingnya antioksidan ini dalam buah adalah untuk bantu ia melindungi daripada sebarang penyakit dan bantu ia kekal segar dan sihat.
Begitu juga dengan kulit kita. Kulit kita sentiasa terdedah dengan pencemaran, radikal bebas, sinaran uv yang semuanya boleh merosakkan kulit. Jadi sebab itu pentingnya untuk ambil antioksidan setiap hari untuk lindungi kulit kita daripada rosak.
Antara kelebihan antioksidan pada kulit ialah:
1. Menghilangkan jeragat dan kesan penuaan lain.
2) Menghalang kerosakan sel kulit.
3) Memperlahakan proses oksidasi yang boleh mengakibatkan jeragat.
4) Mencerah dan menyegarkan kulit.
Dan untuk pengetahuan anda, wanita di US dah tak berapa nak pandang dah supplement kolagen. Mereka lebih suka memilih reseveratrol (sejenis antioksidan semulajadi daripada buah-buahan) yang berikan kesan lebih baik daripada mengambil kolagen.
3) Stabilkan hormon dan tingkatkan kolagen dalam kulit.
Hormon
Seperti aina mention sebelum ni, ketidakstabilan hormon juga boleh menyebabkan berlakunya jeragat. Hormon yang tidak stabil boleh melemahkan kesihatan kulit kita.
Masalah hormon tidak stabil boleh berpunca daripada stress, hamil dan pengambilan perancang. Kesannya, keupayaan kulit untuk lakukan proses pemulihan dan juga perlindungan menjadi kurnag berkesan.
Untuk stabilkan hormon, aina cadangkan anda ambil minyak Borage kerana ia sangat berkesan untuk stabilkan hormon.
Kolagen
Bila usia meningkat lebih 25 tahun, kulit akan mula kurang hasilkan kolagen. Dan kita pun tahu kolagen dan kulit cantik tidak dapat dipisahkan.
Jadi macam mana nak naikkan kolagen secara semulajadi? Boleh ambil makanan berprotein dan juga vitamin C yang bantu untuk merangsang penghasilan kolagen dalam kulit.
Jika ingin mengambil supplement kolagen pun boleh. Tetapi pastikan pemilihan produk kolagen itu betul, dapat memberi kesan yang kita inginkan dan berbaloi dengan pelaburan anda.
Baca sini: 4 Tips Memilih Suplemen Kolagen yang Terbaik
4) Elakkan Terdedah Kepada Cahaya Matahari
Cahaya matahari adalah punca utama terbentuknya jeragat. Jadi bila kita dalam proses untuk hilangkan jeragat, jangan pula kita hampiri punca jeragat ini. Terdedah kepada matahari yang terik akan menyebabkan bintik hitam jeragat akan muncul semula.
Tapi takkan nak berkurung dalam rumah je kan? Antara cara yang anda boleh lakukan:
1) Elakkan berpanas
2) Pakai krim sunblock sebelum keluar rumah.
3) Jika matahari terlalu terik, lindungi muka dengan cara pakai topi atau payung.
Cadangan Produk
Pilihan No 1 : Vivix (Highly Recommended)
Bagi anda yang sudah cuba bermacam-macam produk tetapi tetap tidak berkesan, puan wajib cuba vivix!
Vivix mengandungi gabungan reseveratrol 15 jenis polyphenol dan mempunyai kesan 10 kali ganda lebih berbanding antioksidan. Rata-rata mereka yang menggunakan vivix, pasti akan perasan perubahan pada kulit mereka yang lebih flawless dan cantik semulajadi.
Fungsi utama vivix ialah:
1) Mengatasi punca jeragat seperti hormon, kerosakan kulit dan lindungi sel kulit daripada sinaran uv.
2) Memberi tona kulit lebih sekata.
3) Menegang dan melicinkan kulit.
4) Mencerahkan jeragat.
5) Mampu atasi masalah kulit lain.
Pilihan No 2: ESP, Vitamin C dan GLA Complex
Dalam set jeragat yang aina cadangkan ni mengandungi ESP, Vitamin C dan GLA Complex. Kesemua vitamin ni sangat penting untuk atasi punca jeragat dan dalam masa yang sama untuk rawat sel kulit yang rosak. Fungsi utama set jeragat ni:
1) ESP sumber protein lengkap 9 jenis asid amino yang penting untuk hasilkan sel kulit yang lebih sihat. Ia juga penting untuk hasilkan kolagen dalam badan.
2) Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas punca kerosakan kulit, mencerahkan kulit, merangsang penghasilan kolagen, melindungi kulit daripada sinaran UV.
3) GLA complex diekstrak daripada minyak borage, mengandungi GLA berkepakatan tinggi, tulen dan semulajadi. Ia sangat membantu untuk stabilkan hormon. Ia juga mengandungi Vitamin E yang sangat penting untuk kesihatan kulit.
Jika anda berminat untuk hilangkan jeragat, anda boleh whatsapp aina 013 969 5362. InsyaAllah aina akan bantu sebaik mungkin sehingga anda dapat result yang anda ingini. Jadi jangan biarkan masalah jeragat terus berleluasa. Bila kulit muka lebih licin dan flawless, keyakinan diri pun meningkat. Dan paling penting, suami pun makin sayang.
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.
Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.
bahaya ni bila dh ada jeragat. susah nak hilang
ReplyDeletebetul..cegah lebih baik. tapi tal mustahil nak hilangkan.
Delete