8 Sebab Utama Kenapa Rasa Susah Nak Capai Impian -Part 1
Assalamu'alaikum. Pagi tadi aina join satu kelas (kelas pun dalam whatsapp, mudah kan?), bagaimana cara nak capai impian kita dengan mudah dan tenang. Jadi macam yang aina janjikan dalam post di facebook aina sebelum ni, aina nak share beberapa point penting kepada pembaca semua bagaimana nak berjaya capai impian kita.
Sebelum tu pernah tak korang rasa yang kita ni tak ditakdirkan untuk berjaya? Rasa macam tak layak nak berjaya macam orang lain atau tak mampu pun. Aina sendiri kadang-kadang ada perasaan macam tu nak-nak lagi bila diuji sikit terus rasa down dan giveup.
Tapi seperti mentor aina cakap, kita ni sebenarnya diciptakan oleh Allah untuk jadi JUARA. Tidak diciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahNya. Setiap hari sebanyak 15 kali kita diseru "hayya alal falah". Marilah menuju kejayaan.
Korang tau tak, lahirnya korang didunia ni pun menunjukkan kita dah berjaya. Kenapa? Bayangkan dalam 120 juta sperma yang ayah kita pancarkan, satu je yang berjaya tembusi ovum ibu kita. Dan yang satu itu adalah KITA. 120 juta tau, bukan 12 sperma je. Bayangkan berapa banyak competition tapi kita yang berjaya.
So apa yang perlu kita lakukan, wajib buang rasa ragu-ragu dalam diri. Kerana keraguan dan rasa was-was ini tak lain tak bukan datang daripada syaitan yang sedaya upaya taknak kita berjaya. Syaitan sangat suka kita buat kerja asal buat je, buat pun malas-malas, tak bersungguh-sungguh. Kalau nak menangkan syaitan, silakan layan perasaan lemau tu.
Kali ni aina nak kongsikan dulu 4 sebab utama kenapa rasa susah nak capai impian dek kerana bisikan syaitan ni. Next post aina terangkan lagi 4 sebab.
1) Melemahkan jiwa untuk melangkah.
Bagaimana caranya? Syaitan akan berikan kita rasa takut, ragu-ragu dan was-was. Risau untuk membuat keputusan yang salah. Risau jika buat nanti tak jadi. Takut apa kata orang. Sentiasa bertangguh dengan alasan nak 'tunggu masa yang sesuai', 'tunggu pandai', 'tunggu cukup modal' dan sebagainya yang at the end kita tak buat apa-apa juga.
Pernah tak ada perasaan 'takut la nak share, kang orang kata aku berlagak baik', 'risau la nak share banyak-banyak, kang dikecam pula'. Tak lain tak bukan semua tu la bisikan syaitan yang nak kita terus mereput tak buat apa-apa.
2) Membuat Kita Teralih Fokus
Dalam hidup kita biasa dah ada perancangan. Dah buat to-do-list, vision board. Semua dah buat sebagai usaha nak capai impian. Tapi tiba-tiba datang perasaan "Kejap lagi la" "Ada masa lagi" "Eh, cerita best, layan kejap la".. tangguh kerja sampai tanpa sedar dah banyak masa terbazir.
Yang ni memang kronik dan ramai yang tewas. Terutama yang dah buat vision board cantik-cantik, dah buat jadul siap tampal lagi, dah buat plan, pastu lost. Jadual tak follow. To-do-list hilang ntah ke mana. Lepas tu rasa frust dan down berbulan-bulan.
Sebab itu Rasulullah suruh kita ingat kepada MATI. Ramai orang takut nak mati sebab teringatkan amalan tak cukup lagi, dosa tak bertaubat lagi. Cuba kita fikir sejenak "Kalau aku mati kejap lagi, apa yang akan jadi pada anak-anak aku?". Mengingati MATI buka setakat fikir seksa kubur je, tapi amanah-amanah yang masih tinggal kat dunia ni.
Para ilmuan dulu jadikan INGAT MATI sebagai motivasi untuk mereka buat kerja bersungguh-sungguh, betul-betul fokus dan buat sehingga jadi. Bayangkan Imam Nawawi pada umur 40 tahun je dah banyak tulis kitab terutama kitab Hadis Arbain. Bayangkan kalau dia dok tangguh-tangguh, entah kita sekarang ni kenal atau tak hadis 40.
Tapi biasanya orang kita sangat sensitif kalau sebut-sebut mati ni. Bila sebut mati terus ingat dok doakan yang buruk-buruk. "Setiap jiwa itu akan merasai mati". Jadi kenapa taknak prepare bab ni? Kalau bab kahwin laju je prepare macam-macam walhal tak semua orang ditakdirkan kahwin kan?
3) Membataskan kemampuan diri
Manusia diciptakan fitrahnya adalah menjadi juara. Tapi dibisiknya kepada kita yang kita tak pandai, tak cukup, tak mampu, hidup biasa-biasa saja lah. Hidup biasa, low profile, semua tu betul. Tapi biarlah dengan keadaan kita CUKUP dengan apa yang ada tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Bukan cukup-cukup makan je.
Maksud CUKUP di sini ialah cukup dengan apa yang kita ada, ada tabungan sendiri, simpanan masa depan pun ada, masa kecemasan pun ada. Kita tidak bergantung pada orang lain dan tak kisah langsung pasal orang lain. Bila tak cukup, kita akan asyik tengok apa yang orang lain ada. Maka akan timbul pula rasa dengki dan iri hati. Semua ni sifat iblis.
Bila kita rasa cukup dengan apa yang ada, kita akan letakkan kebergantungan kita pada Allah semata-mata. Tapi kalau tak cukup, mula la harapkan bantuan orang lain. Bila orang taknak tolong, kita pula dok mengata macam-macam. Jadi, kita kena doa dan juga usaha biar kita CUKUP dan tak perlu bergantung kepada sesiapa kecuali kepada Allah semata-mata.
4) Merendah-rendahkan diri sendiri
Iblis ni memang tak suka orang lain lebih daripada dia. Sebab itu masa Allah suruh sujud pada nabi Adam, dengan perasaan angkuhnya iblis tak nak. Jadi seboleh-bolehnya konco-konco iblis ni cuba buatkan kita ni duduk level lagi rendah daripada dia. Sebab dia tahu kita ni lebih bagus, jadi dia akan berusaha hasut kita untuk merendah-rendahkan diri sendiri. Dia lagi suka kalau kita takde impian, takde cita-cita dan mudah putus asa.
Yang ni sangat common kan? Rasa diri tak bagus macam orang lain. Rasa macam loser sangat. Menghina diri sendiri ni sebenarnya HARAM dalam Islam. Kita tak boleh hina diri sendiri. Jangan rasa diri kita ni, kita yang punya. Sebenarnya diri kita ni Allah yang punya. Kita pinjam je untuk sementara waktu. Jadi jangan biasakan diri dok hina ciptaan Dia Yang Maha Pencipta.
Ok, aina share sampai sini dulu. Lagi 4 point akan aina share di next post ye. Semoga post kali ni berikan kebaikan kepada semua. Sila la share di mana-mana media sosial supaya lebih ramai lagi yang akan dapat manfaat daripada post ni dan bersama-sama kita menjadi orang berjaya.
Baca: 8 Sebab Utama Kenapa Rasa Susah Nak Capai Impian -Part 2
Baca: 8 Sebab Utama Kenapa Rasa Susah Nak Capai Impian -Part 2
FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362
Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.
Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.
Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.
Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.
No comments: