8 Cara Untuk Pastikan Bekalan Susu Badan Cukup Selepas Cuti Bersalin

Thursday, October 05, 2017
Bagi ibu yang bekerja, pasti akan risau sama ada bekalan susu anak cukup atau tak bila masuk kerja nanti. Lebih-lebih lagi bila mula sibuk bekerja, susah nak curi masa untuk pamp susu, makan tak jaga, ditambah tekanan kerja. Semua itu boleh menyumbang kepada susu badan semakin merundum.

8 Cara Untuk Pastikan Bekalan Susu Badan Cukup Selepas Cuti Bersalin

Aina walaupun bekerja dari rumah sambil menjaga anak sendiri, aina juga pernah alami fasa susu badan semakin merundum. Kalau awal-awal dulu perah 10oz dalam sekali perahan tanpa ada masalah. Aina pernah sekali susu semakin sedikit. Nak dapatkan 5oz pun struggle! 

Ada orang cakap, ala,duduk dengan anak, bagi jela direct. Tidak semudah itu tau kawan-kawan. Lebih-lebih lagi aina buat bisnes daripada rumah. Jadi ada jadual yang aina patut patuhi. Deadline yang perlu follow. Jadi kadang-kadang aina akan berikan susu kepada ammar menggunakan botol untuk memudahkan aina buat kerja.

Jadi aina nak kongsikan 8 cara untuk pastikan bekalan susu badan untuk anak kita sentiasa cukup walaupun dah start bekerja.

1) Mind Set
Sentiasa set kan fikiran positif dan yakin bekalan susu badan cukup untuk anak. Kerana apa yang kita fikir juga merupakan satu doa. Jadi tetapkan dalam hati dan yakin susu sentiasa ada dan cukup untuk anak.

2) Alat Bantu

Sediakan kemudahan yang ada. Sebagai contoh pump susu yang boleh hands free atau nursing cover. Dua benda penting ni boleh memudahkan kita untuk perah susu di mana-mana sahaja. Dan paling best sambil buat kerja pun boleh perah susu.

3) Elak Emosi Cemas

Jika berlaku kesuntukan masa untuk perah susu atau berkursus, jangan tertekan. Kerana terkanan boleh mengurangkan susu production. Apa yang kita boleh buat, bertenang dan cuba berbincang dengan suami cara untuk selesaikan masalah. Antara cadangan aina, 2 gadjet penting bila pergi berkursus nursing cover dan juga pump yang boleh hands free. Jadi akan memudahkan pergerakan anda.

4) Rangsang Payudara

Lakukan rangsangan pada payudara. Kita perlu faham konsep brestfeeding ini bergantung kepada supply and demand. Bila permintaan tinggi, penghasilan susu pun tinggi. Cara untuk elak penghasilan susu merudum ialah dengan sentiasa mengosongkan payudara anda dengan memerah atau menyusu secara terus.

5) Wujudkan Jadual Memerah

Perlu ada sesi memerah yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. Jangan sesekali tunggu payudara penuh baru nak perah. Ini akan menyebabkan penghasilan akan merudum. Pentingnya jadual memerah secara kerap adalah untuk menghantar signal kepada otak supaya untuk hasilkan lebih banyak susu.


6) Dapatkan Sokongan

Sokongan daripada orang tersayang seperti suami sangat penting sepanjang tempoh penyusuan. Jika jarnag jumpa suami terutama suami yang sering perlu outstation, dapatkan sokongan daripada rakan-rakan yang juga seorang ibu atau sedang susukan anak. Biasanya bila ada geng ni lagi semangat untuk kita teruskan amalan penyeusuan.

7) Fikirkan Sesuatu yang Menggembirakan

Tiap kali lakukan sesi emmerah susu, fikirkan sesuatu yang indah atau menggembirakan hati anda. Sentiasa relaks dan tatap gambar atau video bayi anda sebagai pembakar semangat untuk memerah susu. Bila anda gembira, hormon oxytoxin akan meningkat dan sekaligus membantu penghasilan susu. Jangan sesekali stress ok.

8) Ambil milk booster atau supplement

Setiap orang ada milkbooster masing-masing. Macam aina milkbooster aina adalah durian dan ESP. Setiap kali aina minum ESP, payudara akan cepat penuh. Dan supplement juga dapat membantu badan kita untuk sentiasa bertenaga, kurang stress bila ingin memerah susu.

Jadi jangan risau bila dah naik kerja nanti. InsyaAllah ada rezeki anak anda untuk minum susu anda selama 2 tahun sekurang-kurangnya. Menyusukan anak selama 2 tahun bukan satu perjalanan yang mudah. Tapi dalam masa yang sama tidak mustahil. Apa yang paling penting, anda cuba enjoy sehabis mungkin sepanjang tempoh menyusu ni. Kerana once dah wean off, akan rasa rindu tau. 

Kalau tercari-cari supplement untuk membantu sepanjang tempoh menyusu, boleh roger aina k.

FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

No comments:

Powered by Blogger.