Supplement Yang Membantu Ibu Bapa Lebih Tenang dan Kurang Marah Anak Kecil

Friday, December 02, 2016
Haa...pernah dengar tak dengar ada supplement yang dapat membantu untuk mengurangkan rasa mudah sangat nak marah pada anak, terutama anak kecil. Pernah tak bila si kecil buat kesalahan, kita marah kaw..kaw..kaw nya. Bila dia tidur, kita tengok muka anak kita, timbul rasa keinsafan sebab marah teruk sangat. Tapi lepas tu terjadi lagi.
 Biasa kan? Aina rasa hampir 90% ibu bapa pernah rasa benda yang sama. Termasuk la aina. Kenapa jadi macam tu sebenarnya?
 

Sebenarnya perasaan marah adalah satu perasaan semulajadi yang terjadi pada semua orang. Dan perasaan itu akan timbul bila berlakunya ancaman, kecewa, kritikan. Marah boleh buatkan orang bertindak agresif. Bila kita hilang pertimbangan akibat marah, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini dan tindakan yang tidak rasional yang boleh menyebabkan kita mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati atau lebih teruk pukul. Selain daripada ia boleh memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling kita, dalam masa yang sama, ia juga boleh memberi kesna kepada kesihatan kita seperti meningkatkan tekanan darah, dan level adrenaline.

Antara tips yang ibu bapa boleh buat untuk kawal rasa marah terhadap anak-anak ialah:

✅ beristighfar selalu.
✅ asingkan diri sebentar daripada anak-anak (time off).
✅ bila hendak marah, tarik nafas dalam-dalam.
✅ambil wudhuk dan solat.

Bagaimana pula dengan supplement? Ada ke supplement yang dapat membantu? Mesti la ada! 2 supplement utama yang boleh buat mood rasa lebih happy, tenang dan buat kita berfikir dengan lebih rasional adalah:

👨🏻B-COMPLEX. 

Bila kita menahan marah, ia akan menyebabkan level homocysteine meningkat. Satu laporan yang telah dikeluarkan di "Biological Psychiatry" (isu Ogos 2006) telah mengesahkan vitamin B berkait scara langsung dengan level homocysteine yang boleh menyebabkan marah terutama bagi pesakit yang mempunyai masalah kemurungan. B complex dikatakan mampu menurunkan tahap homocysteine.

Selain itu, vitamin B6 sangat penting dalam menghasilkan neurotransmitter otak termasuk la serotonin. Serotonin sangat berkaitrapat dengan mood gembira.

Vitamin B12 mempunyai beberapa peranan termasuklah membantu dalam pembentukan lapisan lemak keliling sel-sel saraf yang turut dikenali sebagai sarung myelin (myelin sheath). Sarung myelin seharusnya utuh untuk sistem saraf berfungsi dengan baik. Kekurangan B12 dalam badan boleh memberi kesan buruk kepada sarung myelin. Ini akan memyebabkan impuls tidak dapat dihantar dengan baik. Kesannya, kita tidak dapat berfikir dengan baik.

 

👩🏻 Omega-3

Menurut kajian yang telah dilaporkan di "Progress in Neuro-Psychopharmacology & Biological Psychiatry" yang telah dikeluarkan di isu Febuari 2008, pengambilan supplement asid lemak omega-3 membantu dalam mengawal masalah marah.

Daripada pengalaman aina sendiri, dulu memang senang sangat stress dan marah anak. Nak-nak lagi bila anak masuk umur 2 tahun. Bila dia mula dalam fasa self-oriented dan semua benda nak cuba. Kadang-kadang tahu anak masih dalam fasa belajar dan exploring. Masih banyak benda tak faham. Tapi tak tahu kenapa susah sangat nak kawal marah. Lepas marah mula menyesal. Tapi lepas tu buat lagi. Tahap stress tu sampai migrain juga la kepala ni.

Jadi aina fikir, tak boleh jadi ni. Takut tahap stress tu sampai memberi kesan kepada kesihatan. Jadi aina mula amalkan bcomplex. Sebab utama aina ambil bcomplex sebab aina tahu bcomplex adalah vitamin terbaik untuk anti-stress.  Jadi, lepas aina ambil bcomplex, antara kesan yang aina dapat, aina dah jarang marah anak!! Dah mula boleh tolerate apa-apa pun kesalahan yang anak buat. Dulu hampir setiap hari ada je benda nak marah. Sekarang rasa lebih cool 😎! Ya Allah, memang aina suka sangat. Rasa tenang je. Takde dah gaduh dengan ammar hari-hari,hahaha.

Dan bukan aina je rasa benda yang sama. Ada customer ni pun sama juga! Hehe

 

Jadi, kalau asyik rasa stress je tak kira la di rumah atau tempat kerja sekali pun, cuba ambil 2 vitamin penting ni terutama sekali b-complex. Memang dapat membantu kita untuk berfikir dengan lebih tenang dan jelas dna buat rasa lebih tenang dan tak mudah melenting. Dan untuk kesan yang terbaik, semestinya b-complex dan omega guard daripada shaklee! Boleh hubungi atau pm aina untuk maklumat lebih lanjut.

FB : Aina Amin
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos.

Sumber:

😎Vitamin B, 2009, Better Health Channel, State Government of Victoria, 
http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Vitamin_B
😎Vitamin B6, 2009, Office of Dietary Supplements, National Institutes of Health, 
http://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminB6-HealthProfessional/
😎Vitamin B12, 2009, Office of Dietary Supplements, National Institutes of Health, 
http://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminB12-HealthProfessional/





No comments:

Powered by Blogger.