6 Tips Untuk Elak Berat Badan Naik Mendadak Ketika Hamil

Tuesday, October 03, 2017
Salah satu masalah bila hamil ni kerap sangat lapar. Betul tak? Bila lapar makan, bila asyik makan mula la berat naik dengan drastiknya. Terlebih berat badan naik je, daat pula date kena minum air gula untuk rule out kencing manis. Dan paling stress, bila orang tegur badan dah macam kena pam-pam je. Siapa ada masalah ni? Meh aina nak kongsikan 6 tips untuk elak berat badan korang naik dengan mendadak ketika hamil.

6 Tips Untuk Elak Berat Badan Naik Drastik Ketika Hamil


KEPERLUAN KALORI


Menurut Pakar Pebidanan dan Sakit Puan Columbia Asia Seremban, Dr. Norintan Zainal Abidin Shah, ibu hamil tidak perlu makan secara berlebihan daripada start hamil sehingga lah ke minggu ke-26. Makan seperti biasa. Tiada istilah makan untuk 2 orang yang seperti dicanang-canagkan oleh orang kita.

Seorang ibu hamil perlukan lebih kurang 2000 kalori sehari. Tetapi masuk minggu ke-27 sehingga bersalin, keperluan kalori akan meningkat sedikit ke pada 2200 kalori. Jika pengambilan kalori kita lebih daripada yang kita perlukan, sudah semestinya yang lebih itu akan ditukarkan kepada lemak dan akhirnya menyebabkan kegemukkan dan juga berat naik berlebihan.

Jadi pentingnya untuk kawal makan ketika hamil. Bila hamil bukan bermakna itu adalah tiket free untuk kita makan seperti selera dinasour tau!

Jika anda mempunyai masalah selalu lapar terutama di waktu malam, kita perlu kenalpastu punca rasa lapar. Kerana rasa lapar boleh disebabkan beberapa faktor. Bukan sebab perut minta diisi sahaja.

FAKTOR BOLEH MENYEBABKAN RASA LAPAR

1) Tekanan atau Stress


Walaupun tak hamil pun, bila kita stress mesti rasa nak makan je kan? Sebab bila makan kita akan rasa gembira. Perut kenyang, hati senang. Sounds familiar kan? Jika ia dijadikan satu tabiat, ia akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak. Saranan aina, cari perkara lain (selain daripada makan) untuk atasi rasa stress. Cari perkara yang boleh gembirakan kita seperti telefon kawan lama dan berborak, mengadu pada pasangan, tengok filem kegemaran. Kalau macam aina, terus tidur!

2) Bezakan Antara Lapar dan Haus.

6 Tips Untuk Elak Berat Badan Naik Drastik Ketika Hamil

Kadangkala otak kita tak dapat bezakan sama ada kita perlukan makanan atau air. Ada kajian menunjukkan di dalam otak kita, sensor untuk haus sangat dekat dengan sensor lapar. Jadi, bila waktu malam ada rasa lapar je, mulakan dengan minum air kosong terlebih dahulu.

3) Waktu Makan Tidak Menentu


Jika kita tidak jaga waktu makan di siang hari mungkin disebabkan oleh kesibukan waktu kerja, ia akan menyebabkan kita rasa sangat lapar pada waktu malam. Bila ada terlampau lapar, nafsu makan akan membuak-buak sehingga rasanya seekor ayam pun boleh habiskan sekelip mata. Padahal pada waktu malam kita tidak perlukan banyak kalori. Jadi bila kita makan berlebihan, lebihan kalori yang tidak digunakan akan ditukar kepada lemak dan menyebabkan berat badan naik banyak.

4) Sediakan Mealplan dan Kalori Setiap Hidangan.


Sebolehnya kita tahu anggaran kalori setiap hidangan kita ambil waktu sarapan, makan tengahari, minum petang, dan makan malam. Mudah untuk kita tahu sama ada pengambilan kalori kita akan terlebih atau tidak. Pilihan makanan sangat penting. Kurangkan yang bergoreng sebab makanan bergoreng lebih tinggi kalori berbanding yang rebus dan kukus.

5) Kurangkan Pengambilan Gula


Pengambilan gula berlebihan akan memudahkan kenaikan berat badan. Satu masalah dengan makanan manis seperti kek, coklat, ais krim, kuih dan air manis, ia akan menyebabkan pelepasan tenaga yang cepat (high glycemic index). Dalam kata lain, perut akan cepat rasa lapar semula. Dan badan akan mula rasa ketagihan gula. 

Sebaiknya elak la pengambilan makanan dan minuman manis dan gantikan dengan snek-snek yang berkhasiat atau makanan yang mempunyai low glycemic index. Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah mampu melepaskan tenaga secara perlahan-lahan dan membuatkan rasa kenyang yang lama.

6) Serat Tinggi

6 Tips Untuk Elak Berat Badan Naik Drastik Ketika Hamil

Sentiasa amalkan makana yang berserat tinggi seperti buahan dan sayuran. Buahan juga boleh dijadikan sebagai snek sihat bila rasa lapar. Air kosong perlu diambil secukupnya.

Selain itu aina juga sarankan ambil omega guard sepanjang kehamilan. Ia bukan sahaja baik untuk perkembangan otak bayi, tetapi sangat membantu dalam mengawal kenaikan berat badan secara mendadak ketika hamil. Ini adalah kerana, omega-3 terbukti dalam kajian dapat bantu untuk bakar lemak berlebihan. 


Aina harap post kali ni dapat memberi manfaat kepada semua. Silakan share di semua media sosial jika anda rasakan ia bermanfaat. Untuk mencari set hamil atau set pantang shaklee atau mana-mana vitamin Shaklee, boleh roger aina k. 


FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

2 comments:

  1. ibu mengandung sgt risau kalau badan naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila berat badan naik banyak sangat, akan tingkatkan risiko gdm dan hypertension

      Delete

Powered by Blogger.