10 Makanan Kaya Dengan Zat Besi Untuk Naikkan Hb Ibu Hamil

Monday, October 02, 2017
Bila kita hamil, kita mempunyai risiko tinggi untuk dapat anemia. Anemia akan menyebabkan darah tidak mempunyai sel darah merah yang cukup untuk bawa oksigen ke seleruh badan dan juga bayi anda.

10 Makanan Kaya Dengan Zat Besi Untuk Naikkan Hb Ibu Hamil

Ketika hamil, badan akan hasilkan lebih banyak darah untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil tidak dapatkan bekalan zat besi secukupnya atau nutrien lain, badan tidak dapat hasilkan sel darah merah yang cukup untuk badan. Anemia akan menyebabkan badan rasa penat dan lemah. 

Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pra-matang. Sebab itu pentingnya untuk check paras hb bila buat checkup setiap bulan dan perlu pastikan sentiasa di paras normal.

Selain daripada pengambilan vitamin, terdapat beberapa jenis makanan yang menagndungi zat besi dan dapat bantu untuk naikkan paras hb anda.

Makanan Tinggi Zat Besi.


1) Lentil - 1 cawan = 6.59mg zat besi.

2) Bayam - 1 cawan = 6.43mg zat besi.

3) Nasi - 1 cawan = 7.97mg zat besi.

4) Daging - 3 auns = 5.24mg zat besi.

5) Kacang buah pinggang - 1 cawan = 5.2mg zat besi.

6) Tiram - 3 auns = 5.91mg zat besi.

7) Kacang kuda - 1 cawan = 5mg zat besi.

8) Biji Labu - 1/4 cawan = 2mg zat besi.

9) Kacang soya - 1 cawan = 4mg zat besi.

10) Kacang hitam - 1 cawan = 4mg zat besi.

10 Makanan Kaya Dengan Zat Besi Untuk Naikkan Hb Ibu Hamil

Cara Untuk Tingkatkan Penyerapan Zat Besi Dalam Badan.


Selain daripada pengambilan makanan tinggi zat besi, kita juga perlu ambil makanan tinggi vitamin c. Ini adalah kerana vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi dalam badan. Kalau makan makanan tinggi zat besi tapi tak diserap atau sikit je yang diserap tak guna juga kan? Jadi sebab itu pentingnya vitamin c. Cara terbaik ialah untuk mengambil makanan tinggi zat besi bersama-sama dengan zat besi.

Bagi pengambilan supplement zat besi, sangat digalakkan untuk dijarakkan dengan pengambilan ubat terutama antibiotik (jika tengah ambil ubat). Ini adalah kerana sesetengah ubat dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat besi dalam badan. Jadi jarakkan dalam 2 jam.

Begitu juga dengan makanan atau minuman tenusu. Pengambilan makanan yang mengandungi kalsium boleh menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Jadi elakkan pengambilan supplement zat besi bersama produk tenusu atau supplement kalsium.


Aina harap post kali ni dapat membantu sedikit sebanyak ibu yang sedang hamil sekarang yang mempunyai masalah paras hb yang rendah. Ingat, bukan saja-saja je tau doktor atau nurse marah kalau tengok hb level kita tak cantik. Tapi ia boleh menyebabkan komplikasi ketika mengandung dan juga melahirkan.

Nasihat aina, banyakkan makan makanan berkhasiat. Elakkan pengambilan caffein. Supplement ketika hamil jangan sesekali tinggal. Dan usaha sedaya upaya untuk tingkatkan paras hb anda. Jika rasa post kali ni bermanfaat, sila la share di mana-mana sosial media. Dan jika tercari-cari vitamin untuk kehamilan dan juga set pantang Shaklee, boleh roger aina k.

FB : Aina Amin
No ID: 1092280
FB Fanpage: Jom Sihat dan Cantik
Tel No: 013-9695362

Email: aina061@gmail.com
COD area: Indera Sempurna, Taman Selamat, Tanjung Api, Kampung Selamat, Tanjung Lumpur, Taman Gelora, Balok, UIA, Inderapura, HTAA dan sekitar Kuantan, Pahang.

Penghantaran ke seluruh negara melalui pos. 

Anda berminat menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin dan keberkesanannya terbukti selamat dan berkesan melalui landmark study, saya memerlukan pengedar di seluruh Malaysia.

Hubungi Aina 013-9695362 jika berminat untuk menjana income sehingga 5-6 angka bersama Shaklee. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

2 comments:

  1. Malam td baru terbaca tentang zat besi ni. Caffeine salah satu penghalang dari zat besi di serap ke dalam badan. Sebaiknya elak kan amik caffein semasa pregnant.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..saya dulu kalau ambil minuman cafein, hb terus drop.

      Delete

Powered by Blogger.